Wednesday, June 30, 2010

konsert amal gaza


mari kita sertai bersama dua konsert amal yang bakal diadakan pada masa, tempat dan tarikh yang tertera seperti di bawah ini. berhibur dan beramal lah ke jalan diredhai-Nya.

masuk adalah percuma. tiada bayaran dikenakan.


1. KONSERT MAHABBAH GAZA

di Stadium Malawati

pada 10 hb Julai 2010

jam 8.30 malam

bersama artis-artis nasyid tanah air seperti :

Rabbani | Raihan | In-team | Now See Heart | Ummul Qura | Saujana



2. KONSERT AMAL GAZA DI HATI bersama wira-wira mavi marmara

di dewan besar utem, kampus durian tunggal, melaka


pada 16 hb Julai 2010


jam 8.00 malam


penampilan istimewa kumpulan nasyid terhangat indonesia shoutul harakah


ayat-ayat cinta bercerita.


saya pernah cakap saya suka sangat movie ketika cinta bertasbih. sebelum ini hanya boleh tengok cerita ini di laptop sahaja. ulang banyak kali pun tetap tak puas hati. kali ini saya baca novel nya pula. kedua-dua novel ketika cinta bertasbih karya ustaz habiburrahman el-shirazy ya Allah memang tebal sangat dan berat. tetapi saya puas hati dapat baca kedua-duanya. sampai berpinar mata saya ini mahu memahamkan setiap baris ayat indonesia pekat itu. em pening sedikit


ini part yang paling menyentuh hati bagi saya. mungkin bagi anda biasa sahaja, dong sayang. hehe

"Menurutku,
cinta adalah kekuatan yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman
mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah
itulah cinta!"

kata-kata cinta dari Ayatul Husna.

dibalas pula oleh ayat-ayat cinta dari Anna Althafunnisa.

"Mmm... cinta! Menurutku,
Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar.
Namun jika cinta ku datangi aku jadi malu pada keterangan ku sendiri.
Meskipun lidah ku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keledai terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta
Dan percintaan..."

dan kedua-dua ungkapan cinta yang ada dalam movie ini diambil dari petikan puisi Rumi dalam Diwan Shamsi Tabriz dan diterjemahkan oleh Abdul Hadi W.M.

wah. mantap sungguh ayat-ayat cinta dari indonesia ini. saya pun boleh jadi layu. :)


~ desir pasir di padang tandus. segersang pemikiran hati. terkisah ku di antara cinta yang murni. bila keyakinan ku datang. kasih bukan sekadar cinta. pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan. maafkan bila ku tak sempurna. cinta ini tak mungkin ku jaga. ayat-ayat cinta bercerita. cinta ku padamu. bila bahagia mula menyentuh. seakan ku bisa hidup lebih lama. namun harus ku tinggal cinta, ketika ku bersujud.

mudahkan pernikahan.


Pertama - Jangan terlalu mementingkan sama level pendidikan. apabila ada lelaki yang baik ingin melamarmu, maka pertimbangkan lah dengan memohon petunjuk dari Allah s.w.t. jangan terus menolak tanpa memohon petunjuk dari-Nya. Mohonlah pada Allah s.w.t :

" Wahai Tuhan yang pengasih, berilah aku petunjuk, jika lelaki ini baik bagi dunia dan akhiratku, maka permudahkan lah urusan pernikahan ku dengannya, bukakan lah hati kami agar sentiasa berkasih sayang."

Kedua - Berbincanglah dengan ibu bapa yang terlalu mementingkan
material, jangan meminta wang hantaran terlalu tinggi. jangan kata zaman sekarang harga barang mahal, maka wang hantaran mesti ikut harga semasa juga, kerana harga muslimah yang berkahwin lebih mahal lagi dari harga barang-barang.

shhh..masih boleh berunding lagi kan?

Ketiga - Walimah itu memang perlu dibuat, namun bersederhana sahaja, yang penting menjamu makanan sekadar termampu, tidak perlu hingga menyewa tempat yang
grand dan memberikan cenderahati yang mahal tapi tiada ertinya kepada tetamu. keberkatan itu harus ada.

Rasulullah memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik adalah yang terendah. sabda Rasulullah s.a.w :

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah saw lagi :

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Bersabda Baginda lagi :

“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja ; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumahnya. setengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham).

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya :

“Tiada berkahwin Rasulullah s.a.w dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat Al Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. contohnya ayat dalam surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki. akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam.

hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan. kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.


- Sampaikanlah apa-apa yang datang dari ku walaupun hanya satu ayat.
(daripada hadis riwayat bukhari).


Tuesday, June 29, 2010

rindu sama mereka.


sudah lama saya tidak berjumpa dengan teman-teman saya ini. mereka lah teman rapat saya semasa kami mengambil diploma sama-sama di udm kusza. entah kenapa saat ini saya rasa rindu akan mereka. iye lah. pasti rindu sekali! sudah 1 tahun tidak berjumpa. kali terakhir bertentang mata pun masa
time kami sama-sama berkonvokesyen diploma.

itu pun takda lah menghabiskan masa yang lama untuk bersua. setakat bersapa salam sahaja. insyAllah jika diizinkan oleh-Nya harapan saya agar kami akan bertemu di dalam keadaan yang lebih baik lagi.


saya juga rindu sahabat-sahabat dekat saya. buat kak su, kak ngah, amalina, amal, afifah, syidah dan ramai lagi saya ingin bersama-sama lagi pada semester akan datang. doakan semoga saya bertambah amal-Nya.


ada lagi. buat rakan-rakan satu
group semasa di smk chukai iaitu farah, fiqah, aisah dan ayuni. ini dia kenangan semasa saya dan mereka bergathering tiga (3) tahun yang lepas. itu kali terakhir kami berjumpa.

betul lah kata orang, bila kita sudah semakin dewasa ini, kita akan fikir ibu-bapa sudah tidak menjadi tempat pergantungan yang harus bagi kita. rakan-rakan di tempat belajar pula yang mengambil alih tugas ini. mereka lah suka dan duka bagi kita. even ada saatnya kita akan terluka dengan perangai dan tingkah laku masing-masing yang kadang-kadang kita tidak boleh menerima seadanya juga kan.

tetapi apa pun yang terjadi, keluarga lah yang paling utama sebenarnya. jadi sayangi lah mereka yang berada dekat di hati anda. pesanan ikhlas dari penaja. hehe.

puisi indah


puisi indah hasil karya khalil gibran ini khas untuk anda yang hatinya penuh dengan cinta. cinta sesama insan. cinta pada diri sendiri. cinta kepada keluarga. cinta kepada Rasul-Nya. cinta kepada Tuhan-Nya - semoga berfaedah untuk anda.

Berkah amal soleh tumbuh subur dalam ladang hatiku.
Aku akan menuai gandum,
dan membahagikannya pada mereka yang lapar.

Jiwaku menyuburkan ladang anggur yang ku peras buahnya,
dan ku berikan sarinya pada mereka yang kehausan.

Syurga telah mengisi pelitaku dengan minyaknya,
dan akan ku letakkan di jendela.

Agar musafir berkelana di gelap malam menemui jalannya.
Ku lakukan semua itu kerana mereka adalah diriku.
Andaikan nasib membelenggu tanganku,
dan aku tak bisa lagi menuruti hati nuraniku,

maka yang tertinggal dalam hasratku hanyalah : Mati!
Aku seorang penyair,
apabila aku tak bisa memberi,
aku pun tak mahu menerima apa-apa.

Puisi Indah
karya Khalil Gibran

Monday, June 28, 2010

wanita perhiasan dunia.



Setiap orang adalah unik. setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana Baginda telah ditentukan bersifat maksum. selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Kita tidak perlu berasa susah hati jika kita ini gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. biar bagaimana pun keadaan kita, kita tetap unik dan tanpa kita alam ini tidak sempurna.

Memang
Allah s.w.t menjadikan manusia dengan pelbagai rupa dan gaya. di situlah berkuasanya Allah s.w.t, Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. kita mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri kita.

Nah, anggap ia satu kelebihan. jika kita anggap kita buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. adakah kita menganggap kecantikan sentiasa membawa untung? tidak, tidak selalunya begitu. kadang-kadang kecantikan memusnahkan diri. setelah kita dikenali dengan kecantikan tersebut, ketakutan kita terhadap keburukan lebih besar daripada jika kita semula jadinya buruk.

Orang cantik akan fobia menjadi buruk. setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri sendiri. saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik menghadapi hari tua mereka? bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh
Allah s.w.t supaya ia boleh terbang dan menerjah api. samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. tontonlah filem atau drama-drama di TV. kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri.

Jika kita buruk setidak-tidaknya kita akan bebas dengan rasa riak dan takbur. penghuni neraka kebanyakkan nya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan
Allah s.w.t kepadanya. dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sifatnya sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . cantik pada pandangan Allah s.w.t adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah s.w.t. barang kali juga wanita yang tidak cantik, tapi dia faham Allah s.w.t tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. hargai diri anda kerana kewujudan anda membuktikan kekuasaan
Allah s.w.t yang tiada tandingannya dalam menjadikan sesuatu kepada tiada dan ada! Ok...

Jadi, mari laa kita bersama-sama merenungkan sedalam-dalamnya siapakah kita sebagai manusia dan hamba-Nya di sisi Tuhan yang Maha Kuasa

standard pemain kami harus taat pada Allah.


gooooooooolllllllllllll. itulah dia jaringan yang telah dijaringkan oleh pasukan dari negara ----

sekarang ini musim piala dunia. musim world cup. musim cawan dunia. di mana-mana pun orang asyik sangat bercerita. sampai terangkat-angkat kaki dan kanan masing-masing. iye lah. mahu menerangkan apa yang dilihat setiap hari kan. hehe. boleh dikatakan tidak mengira tempat dan masa. dan tidak mengira peringkat umur dan jantina juga.

saya pun nak juga stori mengenai bola ini kan. tetapi dalam versi yang berbeza. sebab saya tidak minat langsung pada bola. minta maaf, jangan tanya saya apa dia bola. konfim saya tidak boleh jawab.

saya jumpa satu artikel menarik. see ini


Jurulatih Pasukan Kebangsaan Mesir, Hassan Syihata mengesahkan bahawa mereka akan memilih pemain berdasarkan etika pemain (akhlak) dan ketaatannya kepada Allah s.w.t. tanpa perilaku yang baik meskipun mereka berpotensi mereka tetap tidak akan dipilih sebagai pemain kebangsaan.

"Saya selalu mencuba mencari orang yang akan diberi jersi pemain kebangsaan Mesir berdasarkan perilaku dan ketaatannya terhadap Tuhan mereka."

Dia mengatakan bahawa ini telah dibuktikan oleh pasukan bola sepak Mesir yang dapat mengkombinasikan pemain baru dalam satu pasukan sehingga boleh mengalahkan Nigeria dengan tiga gol pada Piala Afrika.

"Hari ini membuktikan kebenaran kata saya, ketika saya memilih pemain yang berakhlak baik."

Mengambil contoh pada Muhammad Zidan, penyerang Mesir yang juga bermain untuk Borussia Dortmund Jerman, Syihata berkata :

"Muhammad Zidan sebelum ini tidak solat, saya kurang suka dengan akhlaknya dan dia menjauh dari kami, namun ketika saya bertemu dia sebelum melawan Brazil di Piala Konfederasi, saya kemudian memujuk dia untuk solat dan saya jelaskan tentang solat kepadanya - kerana hal tersebut sesuatu yang penting bagi umat Islam, dan sejak hari ini dia melaksanakan solat secara teratur."


Anggota pasukan bola sepak Mesir yang lain selalu melaksanakan solat pada waktunya, dan jika mereka sedang dalam latihan, mereka akan berkumpul di padang atau di ruang salin pakaian untuk melaksanakan solat berjamaah dan setelah itu akan kembali berlatih lagi.

Jiwa beragama (religious) dalam diri para pemain bola sepak Mesir tidak terlepas dari banyaknya pengaruh pemain bintang pasukan Mesir iaitu Muhammad Abu Trika dalam hal akhlak dan kesopanan sewaktu berinteraksi dengan seluruh pemain. Trika selalu menjaga solat subuhnya dan memberikan kesedaran kepada para pemain di dalam kumpulannya di kem latihan agar selalu melaksanakan perintah agama yang wajib seperti solat dan tidak lupa membaca Al-Quran.

Setiap kali Abu Trika berjaya menjaringkan gol, maka dia akan segera bersujud syukur. Ini juga yang dilakukan oleh Abu Trika sewaktu bertanding melawan Pasukan Kebangsaan Congo pada bulan September 2008 yang lalu di Stadium Nasional di Ibu Kota Congo, Kinshasa. Aksi di luar kebiasaan pemain bola tersebut telah menyebabkan Mufti Congo, Syaikh Abdullah Mangala Luaba memberikan respons yang positif. Dia sangat bahagia dan senang melihat aksi sujud syukur Trika setelah menjaringkan gol.

Mufti Congo tersebut menyatakan bahawa sujud syukur yang dilakukan oleh Abu Trika merupakan salah satu penyebab semain ramai warga Congo yang masuk Islam. Subhanallah!! Mufti Congo mengatakan :

"Kesan sujud Abu Trika dan rakan-rakan pasukannya sebagai sujud syukur kepada Allah s.w.t setiap kali menjaringkan gol selama pertandingan kumpulan dengan pasukan-pasukan Afrika vs Mesir telah menyebabkan rasa ingin tahu yang mendalam bagi peminat bola sepak di negara kami, apa maksud dari sujud tersebut?"

Dia menambah :

"Didorong rasa ingin tahu yang tinggi, mereka datang kepada kami dan meminta kami menjelaskan mengapa hal ini dilakukan oleh pasukan Mesir dengan bersujud sewaktu selesai menjaring gol. kami menjelaskan kepada mereka bahawa itulah sujud syukur kepada Allah Yang Maha Esa agar para pemain selalu mendapat berkat dan rahmat. Islam menganjurkan hal itu, mereka akhirnya banyak bertanya tentang Islam dan Syariah, dan kami jelaskan hal itu semua kepada mereka sehingga ramai di antara mereka akhirnya menerima ajaran Islam dan masuk agama Islam."

petikan daripada Ahmad Johari b Mohamad - Warwick University

Sunday, June 27, 2010

my mother adalah ummi saya.


saya panggil insan yang telah melahirkan saya dengan panggilan ummi. tidak semua di antara anda yang mempunyai ummi. ada yang lebih selesa dengan panggilan ibu, mama, emak, dan juga mummy. masih ingatkah anda dengan dialog ini di dalam drama dunia baru -

"dengar ini mohd adif, ummi nak pesan, kamu perlu ada ka ba ra ka alif ta nun - keberkatan."

sama tak panggilan ummi yang digunakan di dalam dialog ini. sama kan? hehe. intro yang sedikit bagus yang saya telah gunakan di sini.

tepat pada waktu maghrib 7.30 malam pada hari isnin 02 hb november tahun 19-- yang lepas saya telah selamat dilahirkan dengan berat 3.0 kg. alhamdulillah Tuhan telah memberi peluang kepada saya untuk merasai kenikmatan hidup di dunia. saya merengek kehausan minta disusui oleh ummi. saya menangis kelaparan minta disuapkan makanan oleh ummi.

hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu bagaimana perasaan ummi tatkala selamat melahirkan kesemua tujuh orang anak-anaknya. dan alhamdulillah sekali lagi kerana kami semua sihat dan semakin membesar dengan niat mengabdikan diri kepada-Nya. termasuk lah diri saya sendiri sebagai anak ke-dua dan juga kakak sulung dalam keluarga. saya sentiasa ingin mendoakan yang terbaik untuk keluarga saya.

tiga beranak. satu orang mak dara, dua orang anak dara. hehe

genap lah umur ummi memasuki ke angka 45 tahun pada 25 hb Jun 2010. kiranya saya buat entri ini lewat 2 hari. mana boleh saya lupa akan tarikh ini. saya seorang sahaja yang ingat tarikh lahir semua ahli keluarga. saya juga yang suka buat bising bila tiba tarikh lahir setiap ahli keluarga. dan insyAllah setiap tahun saya tidak akan lupa mereka semua. tarikh ulang tahun perkahwinan abah dan ummi pun saya ingat. tarikh ulang tahun saya pula bila ye? hehe

orang kata cukuplah jika kita sekadar bersolat hajat, membaca yassin dan mendoakan kesejahteraan diri kita apabila tibanya tarikh lahir kita. jadi di kesempatan ini ingin saya mendoakan :

"Allah Selamatkan Kamu. Allah Selamatkan Kamu. Allah Selamatkan Ummi. Allah Selamatkan Kamu."

Semoga Allah s.w.t sentiasa melimpahkan rahmat-Nya yang tidak terhingga ke atas dirimu wahai ummiku sayang.


Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should I pay good mind to
After Allah and Rasul-Allah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?

When you were sick
Stay up all night
Holding you tight?
That right no other
My mother

Who should I take good care of
Giving all my love?
Who should I think the most of
After Allah and Rasul-Allah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?

And when you fell
Who’d pick you up?
Clear your cut?
No one but
Your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to?
Never say no to
After Allah and Rasul-Allah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cries who wiped your tears?
Knows your fears?
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother

ummi, adik debeb dan abah. saya sayang mereka juga.

native deen


ini dia kumpulan nasyid native deen. satu lagi kumpulan nasyid fushion hip-hop yang mencetuskan fenomena di negara washington-dc. konsep nasyid yang lebih kurang sama sahaja macam maher zain. ada persamaan yang saya setuju sangat-sangat di sini. em

kedua-dua lagu yang dibawakan oleh maher zain dan native deen ini semuanya ok, bagus, best dan bermakna. lemak berkrim disukai ramai juga kan. hehe. sekarang saya baru dengar lagu native deen yang bertajuk deen you know, lifes worth, the message dan zamilooni. ada tak sesiapa yang ada full album-nya? send la kat saya. please...i hope

3 ahli kumpulan native deen - Joshua, Naeem, Abdul-Malik

mereka juga terlibat dengan konsert for palestine. ini saya suka. bagus-bagus

Saturday, June 26, 2010

being me


The determination flows in me to be myself. Not just to follow the flow, but choosing the right flow. Sometimes we get mixed up with the situations that we thought we could survive in but the truth is, we're just being an actor in our own poor plays. Got what I mean?

Yess! it always happen to me. In some circumstances, we behave as if we're comfortable being in a clique of people but yet the air felt so thick and so unbreatheable, we draw false smiles in our faces, we laughed our head off but in fact in ourselves, we're just making it all up.

In other times, we failed to be ourselves just to satisfied others, to make them happy as we know that it's hard for them to understand and to accept the real us. But its ok then. If they didn't understand us, just let us understand them, and act what they want us to be. right?

I don't know what had happened to myself. Always thinking about others feeling, about what they felt about me, trying to make them satisfied, making them happy, but still, problems came, unsatisfied people, looking for troubles, self weaknesses became target. I felt like I've lost myself. We couldn't always make people satisfied. But is Allah satisfied with us?

O Allah..please help me.. I'm in trouble..
Correct me what must be corrected
defend me what must be defended
show me whats right from wrong...
O Allah.
O Allah..
O Allah...
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

O Allah, you brought me home

I thank you with every breath I take
Ahh..
All these things are nonsense.
and bluffings...
Just think out of the box!
I have more important things to be thought of
the solution for this breaking ummah.
dakwah. yes!
palestine. yes!
future. for sure!
I must stop all these nonsense now!

selamat berjuang sahabatku.


malam siang berlalu
gerhana kesayuan tiada berkesudahan
detik masa berlalu tiada berhenti oh syahdunya
sejenak ku terkenang ketika perjuangan penuh onak dan cabaran
bersama teman-teman harungi kehidupan oh indahnya
berat rasanya di dalam jiwa
untuk melangkah meninggalkan semua
kasih dan cinta yang terbina
ia kan selamanya oooh..ooh
selamat berjuang sahabatku
semoga allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan ku biar ia berlalu
berjuanglah hingga ke akhirnya
dan ingatlah semua kisah kita
hati ini sayu mengenangkan
sengsara di dalam perjuangan
jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
kedamaian dan jua ketenangan
oooh...oohhh
tetapi ku akur pada hakikat
suka dan dukanya perjuangan
perlu ketabahan dan kekuatan
keteguhan hati berlandaskan iman.

Thursday, June 24, 2010

rahsia hati kerana terluka


saya kadang-kadang suka juga layan cerita cinta. orang kata love story. melayu kita suka sangat create love story kan. ada yang ok and ada yang kurang ok. ada satu drama melayu yang pernah ditayangkan di asto prima. i like it. tajuknya rahsia hati. dilakonkan oleh rita rudaini dan aaron aziz. ok sesuai sangat.

drama ini bercerita mengenai sepasang kekasih yang terpaksa berpisah kerana disebabkan kehendak si jejaka yang mempunyai rahsia hati dan tidak diketahui oleh si gadis. sori. ending story saya tidak pasti macam mana. saya tengok di dalam you tube hanya beberapa episod.

wah. semangat nampak. hehe. sori lagi. saya tidak ada astro di rumah. dan mungkin tidak akan ada sampai bila-bila. abah tidak suka anak-anak dia asyik menghadap tv sokmo. kami tidak diajar untuk sayang akan cerita-cerita di dalam tv itu. abah kata nanti boleh jadi lagha. betul juga kata abah kan.

op. sori kali ketiga. saya tidak mahu bercinta. saya mahu kahwin terus.




beratnya rasa hati nak melangkah pergi.
tetapi apakan daya aku terpaksa.
buat kali terakhir inginku mengucapkan
semoga dirimu berbahagia selalu.
tentang diriku ini terserah padamu tuhan menentukan
.
tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi
.
pandailah aku menjaga diriku ini
.
sekali ku melangkah oh biarlah ku teruskan
.
perjalanan ini walaupun sendirian.

hanya tuhan yang tahu duka lara
hidupku ini tak terkata.
aduhai sayang
ku masih teringat bicaramu yang terakhir.
pedihnya hingga menikam kalbu
.
bisanya.

selamat tinggal sayangku.

selamat tinggal kasihku.

aku terpaksa pergi dahulu.

kerana terluka hati ini.

kiranya tempias membasahi jendelamu
.
itulah air mata yang jatuh di pipiku.
kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu.
oh itulah hidupku yang menyebut namamu.

setelah kian lama tak jumpa

- katanya lagu kerana terluka ini dinyanyikan oleh nurul 1995 -

Wednesday, June 23, 2010

hukum menuntut ilmu



Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Menuntut ilmu adalah fardhu ain ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan."


(Pembelajaran yang menjadi fardhu ain di sini adalah seperti pembelajaran ilmu yang berkaitan dengan mengenali keEsaan Allah s.w.t dan sifat-sifat-Nya, kebenaran Rasul-Nya, sembahyang, bersuci, zakat dan haji. Manakal pembelajaran ilmu hingga ke peringkat dapat mengeluarkan fatwa adalah fardhu kifayah.)

hendaklah diketahui bahawa setiap orang Islam baik lelaki mahupun perempuan tidaklah wajib menuntut setiap cabang ilmu. apa yang diwajibkan hanyalah menuntut ilmu yang berkaitan dengan kerja yang dihadapinya (iaitu ilmu usuluddin dan ilmu fiqh).

kata orang : "Sebaik-baik ilmu itu ialah ilmu yang berkaitan dengan perkara yang dihadapi dan sebaik-baik amalan itu ialah memelihara perkara yang dihadapi."


ppim


sekarang saya tengah rajin mengemas barang-barang lama sebab this is a preparation untuk kembali ke udm-unisza. sedang asyik mengemas, saya jumpa barang ini. see what. lencana badan beruniform saya la. masih comel dan utuh lagi rupanya.

saya join pergerakan puteri islam malaysia (ppim) sejak dari sekolah rendah sehingga menengah. sempatlah juga saya merasa dapat lencana anugerah puteri kecil, puteri bongsu dan puteri tengah. lencana puteri sulung saya tidak sempat nak habiskan sebab kena tukar sekolah lagi. bila masuk universiti, saya takda jumpa dah ppim. so saya join ko-kurikulum lain. since sekolah rendah sudah 3 kali bertukar sekolah. tetapi semuanya dalam negeri terengganu darul iman sahaja



Tuesday, June 22, 2010

berubah perlu


saya tidak suka akan perubahan. tetapi saya sukakan sesuatu yang nampak elok dan cantik. cik shahzuichah, apa yang saya merepek ini? bukan merepek, ini adalah hakikat sebenar kehidupan insani. it is true. it is a reality.

em. kadang-kadang menjadi seorang yang suka berubah pendirian ini susah juga kan. yang ramai kawan jadi makin kurang kawan-kawannya. yang disukai ramai orang akan makin dibenci orang. yang nampak elok dipandang orang pun lama-lama makin tidak elok juga jadinya. itulah dia adat manusia. itu juga perangai manusia. sukar untuk difahami mengapa ini terjadi.

itu hanyalah intro. takda kaitan dengan emosi penulis blog ini, ok. kita stop story about this.

saya cuma terfikir kenapa udm perlu berubah namanya kepada unisza (universiti sultan zainal abidin). saya lebih suka dengan kata nama udm-unisza. lagi comel apa. hehe. rasanya selepas ini, jenuhlah pihak pengurusan unisza kena meeting sokmo. pasti akan ada sedikit demi sedikit perubahannya. udm akan dijenamakn semula. macam bagus bunyinya. saya terima semua ini. harapan agar semua perubahan ini akan memberi impak positif kepada semua pihak insyAllah

kembali ke udm-unisza


result kemasukan ke universiti bagi ex-stpm dan diploma sudah diumumkan dalam beberapa hari yang sudah. kepada yang mendapat tempat untuk menyambung pengajian ke peringkat bachelor or degree or ijazah, tahniah saya ucapkan.

tahniah kepada semua junior-junior saya. tahniah juga untuk semua adik-adik saya yang tidak terbilang rasanya. tahniah untuk syidah (udm-unisza), naimah (usm), acap (upm). saya bangga untuk anda semua. jika ada yang bergembira, pasti ada yang turut berduka. jangan putus asa kepada yang tidak berjaya. pasti ada hikmah yang terbaik untuk anda

specially buat ex-pelajar udm-unisza yang berminat untuk menjadi junior kembali di sini, buat lah rayuan ke udm-unisza yeh. konfim anda akan ditawarkan tempat di sini. dan jangan segan untuk apply course bachelor in computer science (software development) juga. anda pasti akan suka dengan kursus ini

saya mengalu-alukan kedatangan pelajar baru ke udm-unisza pada 04 hb julai ini. betulkan niat, bersihkan hati, setkan minda, persiapkan jati diri dan go on. semoga berjaya dan diredhai-Nya.

Monday, June 21, 2010

jika kamu seharusnya begitu


gambar yang tidak ada kaitan sama sekali dengan tajuk. hehe

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. kerana ia pasti akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitu lah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. setelah dia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya. jangan sesekali kamu meninggalkan dirinya begitu sahaja. kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin dia tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada. jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. cukuplah sekadar keperluanmu. apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. dan akhirnya ia akan dibuang begitu sahaja. sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. anggaplah dia manusia biasa. apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan dan berkhasiat. mengapa kamu berlengah. mengapa kamu cuba mencari makanan yang lain. jika kamu terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu dan mengasihimu. mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain. jika terlalu mengejar kesempurnaan, kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. kamu juga yang akan menyesal.

cc(,),)

Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila DIA menghendaki adanya sesuatu, cukup sekadar DIA berfirman kepada (hakikat) benda itu : "Jadilah engkau!". Maka ia akan terus menjadi.

ini saya, kamu bagaimana?


saya ada cuba salah satu aplikasi dalam buku muka ( facebook). aplikasi yang berbunyi begini - maksud huruf pertama nama kamu. hehe. macam menarik sahaja tajuknya. so saya allow this application. iye la, nak tahu juga maksud nama kita pada pandangan facebook yang dikatakan amat kontroversi sekarang ini kan. mana tahu kena dengan kita. so, ini lah resultnya

perangai di atas ini memang kena betul dengan diri saya. mungkin ini hanya kebetulan bukan suratan. haha. no komen itu sahaja

Sunday, June 20, 2010

hamas pejuang kota suci baitulmuqaddis


semangat menerobos tembok kematian gaza masih ada lagi pada diri aktivis-aktivis floatilla. saya mendapat tahu mereka semua akan bercadang untuk pergi lagi ke tebing gaza selepas ini dalam masa yang terdekat. dijangkakan dalam pertengahan bulan julai, insyaAllah. perjuangan ini tidak akan pudar selagi khidmat saudara se-Islam masih diperlukan. iye kan?

see buku ini. buku bertajuk
hamas pejuang kota suci baitulmuqaddis. sedang isu ini masih lagi hangat diperkatakan di semua media, apa lagi fahamkan diri anda dengan membaca buku karangan saudara maszlee malik ini.

saya tidak mahu bercerita panjang mengenai sejarah hamas dan apa-apa berkaitan dengannya. anda yang ingin tahu mengenai hamas, boleh dapatkan buku ini di pasaran. harganya sekitar rm13.90. murah sahaja kan. abang saya yang beli buku ini di kedai buku popular. saya tumpang baca sahaja. hehe


gadis hantaran.


dua minggu cuti sekolah berlalu. dua minggu saya dipaksa menjadi si gadis hantaran. satu majlis pertunangan. satu lagi majlis perkahwinan. kedua-duanya adalah majlis sepupu lelaki saya. lelaki ok. ke mana-nya telah menghilang sepupu-sepupu perempuan saya. bila mereka mahu berkahwin? mungkin akan menyusul selepas ini. semoga jodoh mereka dipercepatkan.

gambar di bawah ini time majlis pertunangan saudara pidah di sungai dua, pulau pinang. see
yang di belakang itu, semua-nya kawan lelaki sepupu saya. mereka juga mahu menjadi si jejaka hantaran. hehe




yang gambar ini pula saya snap dengan izin pengantin sendiri - abang halim. gambar yang masih lagi fresh sesudah beliau bersiap memakai pakaian raja sehari. sayang sungguh dengan beg duitnya yaa. sampai tidak mahu dilepaskan begitu sahaja. haha.


saya juga disuruh mengetuai rombongan hantaran. ada ke patut makcik bagi saya bawa hantaran sirih junjung. on the spot pula. yang tua-tua sedikit semua segan nak duduk depan. saya seorang sahaja anak dara time mahu berarak itu kot? takpa-takpa. saya suka. satu penghormatan dan pengalaman juga bagi saya. hehe

doa dan harapan dari saya. berbahagialah engkau selagi jasad dikandung badan. perkahwinan itu satu ibadah dan juga sunnah yang dituntut agama.

wassalam.

Thursday, June 17, 2010

berkata syeikh abdul kadir jailani.


Apabila kamu bertemu seseorang, maka lihatlah kelebihan yang ada padanya dan engkau katakan kepada dirimu ; Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah s.w.t lebih baik daripadaku. semoga Allah s.w.t mengangkat darjatnya.

sekiranya dia lebih muda daripada kamu katakanlah ; dia belum lagi menderhakai Allah s.w.t tetapi aku telah banyak menderhakai Allah s.w.t. tidak diragukan lagi, dia lebih baik daripadaku.

sekiranya dia lebih tua daripada kamu katakanlah ; dia lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah s.w.t daripada aku.

sekiranya dia orang alim katakanlah ; dia telah diberi Allah s.w.t apa yang aku tidak dapat dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu.

sekiranya orang itu jahil katakanlah ; dia menderhaka kerana kejahilannya sedangkan aku menderhaka dalam keadaan aku mengetahui dan aku tidak tahu bagaimana kesudahanku dan kesudahannya.

sekiranya orang itu kafir katakanlah ; aku tidak tahu

Luqman Al-Hakim pernah ditanya oleh anaknya,
"Wahai ayahku, apakah perkara yang baik bagi manusia?"

Luqman Al-Hakim menjawab, "Beragama."

Anak : kalau dua?

Luqman : Beragama dan Berharta.

Anak : kalau tiga?

Luqman : Beragama, Berharta dan Malu.

Anak : kalau empat?

Luqman : Beragama, Berharta, Malu dan Baik hati.

Anak : kalau lima?

Luqman : Beragama, Berharta, Malu, Baik hati dan Dermawan.

Anak : kalau enam?

Luqman menjawab,
"Wahai anakku, jika pada diri seseorang itu terkumpul lima perkara tadi, maka dia adalah penegak kepada agama Allah s.w.t dan terhindar serta berjaya menumpaskan pengaruh syaitan."



Wednesday, June 16, 2010

mudahnya menjadi muslim.


1. Cuma perlu 5-10 minit sahaja untuk solat subuh

- masa yang diambil untuk solat subuh lebih singkat berbanding masa untuk bersiap-siap ke sekolah atau bilik kuliah.

2. Cuma perlu 2 minit sahaja untuk bersalaman dengan kedua ibu-bapa, abang, kakak dan juga adik-adik

- tanpa sedar kita meluangkan masa 4 minit untuk memakai kasut.

3. Cuma perlu 5 minit sahaja untuk memakai tudung

- sebaliknya masa yang digunakan untuk mendandan rambut mengambil masa sehingga 20 minit.

4. Cuma perlu 15 minit sahaja untuk solat zohor

- setiap kali makan tengahari, kita meluangkan masa selama 45 minit sama ada dengan sedar atau tidak.

5. Cuma perlu 15 minit sahaja untuk solat asar

- kita sering lupa, kadang kala kita mengambil masa satu jam untuk bergayut di telefon atau berchatting di internet.

6. Cuma perlu 15 minit sahaja untuk membaca al-quran

- sedangkan masa telah terbuang berjam-jam menonton rancangan tv yang mengasyikkan. memang betul sangat seronok jika dapat menghadap cerita menarik. termasuk diri saya juga. kadang-kadang sampai tergelak sorang. hehe

7. Cuma perlu 10 minit sahaja untuk solat maghrib

- sedangkan masa untuk makan malam telah terluang selama satu jam

8. Cuma perlu 2 minit sahaja untuk melafazkan kata-kata penghargaan kepada ibu-bapa juga ucapan sayang kepada suami-isteri dan anak-anak.

- sebaliknya mampu membantah dan bertegang leher kepada ahli keluarga. sampai sanggup bergaduh dan putus persaudaraan

9. Cuma perlu 20 minit sahaja untuk solat isyak

- sedangkan sanggup menonton tayangan lewat malam till the ending...

10. Cuma kira-kira 1 jam 34 minit sahaja yang memenuhi masa seharian kita utnuk melaksanakan ubudiyyah kepada-Nya. selebihnya bagaimana?

Tuesday, June 15, 2010

sikap mukmin yang benar.


1. Kenapa aku diuji?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta."
(QS Al-Ankabut : 2-3)

2. Kenapa tidak beroleh yang aku harapkan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia sangat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia sangat buruk bagimu, Allah s.w.t mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah : 216)

3. Kenapa aku diuji seberat ini?

"Allah s.w.t tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
(QS Al-Baqarah : 286)

4. Aku rasa kecewa.....

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati. padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman." (QS Ali-Imran : 139)

5. Bagaimana sebaik cara aku menghadapinya?

"Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan) serta bertaqwalah kepada Allah s.w.t, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan.)" (QS Ali-Imran : 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah s.w.t) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. kerana sesungguhnya solat itu sangatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (QS Al-Baqarah : 45)

6. Apakah yang aku peroleh daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah s.w.t telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (QS At-Taubah : 111)

7. Kepada siapa patut aku berharap?

"Cukuplah Allah s.w.t bagiku, tiada Tuhan selain dari-Nya. hanya kepada-Nya aku bertawakkal." (QS At-Taubah : 129)

8. Aku tidak dapat bertahan lagi....

"....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah s.w.t. sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah s.w.t melainkan kaum yang kafir." (QS Yusuf : 12)

for the rest of my life


I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together in Jannah
All I know I found myself
I feel so strong
Yes! Every thing was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

I know deep in my heart
And now that you're here in front of me
I strongly feel love
I strongly feel love
And I have no doubt
And I sing it loud that I will love you eternally

I know it deep in my heart

pergilah cinta.


Ku anyamkan puisi indah
Untuk merawat hati yang gundah
Berlalu sudah episod cinta yang indah
Tak perlu dikesali aku harus pasrah

Di jambatan sepi ini
Aku meniti sendiri
Mengenang hari-hari yang silih berganti
Mengenang ceritera cinta yang pantas berlari

Aku mengharapkan cahaya mentari
Menyinari hari-hari suram
Menerangi awan hitam
Dan menyuluh kegelapan malam

Ya Allah Ya Tuhanku
Hanya kau yang bisa memahami
Segala keperitan yang aku alami
Sesungguhnya KAU Pencipta Alam yang aku geruni

Jika benar ini takdir-Mu
Berikanlah aku kekuatan diri
Damaikanlah hati nurani
Tabahkanlah jiwa ini
Agar aku dapat menjalani jambatan api ini

Jika ini juga kehendak-Mu
Biarkanlah cinta itu pergi
Biarkan cerita itu mati
Tumbuhkan lah yg telah mati
Gantikanlah cinta yang pergi
Dengan kasih suci dari-Mu...

Monday, June 14, 2010

di hadapan orang dicintai! ulang entri cinta lagi.


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.




Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.



Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

please delete! kongsi e-mel dari amin


saya mahu berkongsi satu e-mel dari amin. he is my classmate and our class leader. a couple of leader with dindang. hehe. kata amin. please delete! aiiik. delete apa pula ini? saya pelik juga mula-mulanya. sebab baca 3 kali pun tak faham lagi apa yang amin mahu sampaikan. takpa. saya baca lagi. dan akhirnya ohhh. tidak sama sekali. anda pula yang harus baca e-mel ini, ok. baca dengan berhati-hati mengikut langkah yang diberi..

Langkah 1. Go to My Computer
Langkah 2. Select drive C or LOCAL DISK C:\
Langkah 3. Open Program Files
Langkah 4. Open Microsoft Office
Langkah 5. Open Folder Media
Langkah 6. Select CAGCAT10
Langkah 7. Find this image - J0285926.wmf

rupa-rupanya the name of image J0285926.wmf is an israel flag.

satu lagi cara dia. di bawah ini

Langkah 1. Go to My Computer
Langkah 2. Select drive C or LOCAL DISK C:\
Langkah 3. Open Program Files
Langkah 4. Open Microsoft Office
Langkah 5. Open CLIPART
Langkah 6. Select PUB60COR
Langkah 7. Find this - J0152690.wmf, J0212299.wmf, J0216600.wmf, J0237336.wmf

nama-nama gambar di atas ini pun merupakan bendera israel yang terdapat di dalam komputer anda. jika anda mahu tengok gambar-nya dengan lebih jelas, just right click on that picture.

sekian, terima kasih. anda harus segera bertindak. please delete!


Rintihan kalbu cc('_')


Hari ini
Tiada senda dalam bicara
Deru air mata
Merupakan segalanya
Sang hati
Bicara sendri
Bangunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai abdi
Kepada Allah...Allahu Rabbi

Diriku kini sebebas unggas
Terbang riang di angkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indahnya...indahnya oh indahnya

Wahai generasi
Dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah
Kutiplah mutiara mutiara iman
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian

Teruskan oh teruskan
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
Pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu