Tuesday, June 29, 2010

rindu sama mereka.


sudah lama saya tidak berjumpa dengan teman-teman saya ini. mereka lah teman rapat saya semasa kami mengambil diploma sama-sama di udm kusza. entah kenapa saat ini saya rasa rindu akan mereka. iye lah. pasti rindu sekali! sudah 1 tahun tidak berjumpa. kali terakhir bertentang mata pun masa
time kami sama-sama berkonvokesyen diploma.

itu pun takda lah menghabiskan masa yang lama untuk bersua. setakat bersapa salam sahaja. insyAllah jika diizinkan oleh-Nya harapan saya agar kami akan bertemu di dalam keadaan yang lebih baik lagi.


saya juga rindu sahabat-sahabat dekat saya. buat kak su, kak ngah, amalina, amal, afifah, syidah dan ramai lagi saya ingin bersama-sama lagi pada semester akan datang. doakan semoga saya bertambah amal-Nya.


ada lagi. buat rakan-rakan satu
group semasa di smk chukai iaitu farah, fiqah, aisah dan ayuni. ini dia kenangan semasa saya dan mereka bergathering tiga (3) tahun yang lepas. itu kali terakhir kami berjumpa.

betul lah kata orang, bila kita sudah semakin dewasa ini, kita akan fikir ibu-bapa sudah tidak menjadi tempat pergantungan yang harus bagi kita. rakan-rakan di tempat belajar pula yang mengambil alih tugas ini. mereka lah suka dan duka bagi kita. even ada saatnya kita akan terluka dengan perangai dan tingkah laku masing-masing yang kadang-kadang kita tidak boleh menerima seadanya juga kan.

tetapi apa pun yang terjadi, keluarga lah yang paling utama sebenarnya. jadi sayangi lah mereka yang berada dekat di hati anda. pesanan ikhlas dari penaja. hehe.

0 komen sahaja:

Post a Comment