Monday, January 31, 2011

mesir meruncing!


Salam semua.

Saya sebenarnya takda apa nak dikongsi buat masa ini. alasan yang mudah - kekeringan idea tidak sudah-sudah jadinya sekarang ini. hihi. tiada modal mahu bercerita lagi.
mood pun takda. sudah hilang dibawa arus :( hukhu.

Berita isu tunduk perasaan di Mesir makin meruncing. dalam tv3 tadi ada cakap situasi di sana sudah masuk ke tahap oren. apa itu? saya tidak tahu mana mengenai warna-warna ini. yang saya mahu tahu keadaan adik saya di sana. oh kerajaan malaysia, bertindaklah segera, ok! sayanglah akan nyawa rakyat malaysia di sana...dah, takmau cakap lebih2 di blog ini.

(nasib baik masa saya sedang menaip ini, kerajaan malaysia sudah membuat tindakan sepatutnya. selamatlah engkau....)

dalam facebook pun dah ada page mengenai ini.
Boleh like page ini juga.

- Dr. Nurul Insyirah -

Saya bimbang akan adik saya (gambar di atas kalau belum kenal beliau. hihi comel tak?) di mesir sekarang ini. bukan saya seorang la, semua ahli keluarga saya termasuk sekali. yang paling tak boleh nak senyap for sure ummi saya lah. setiap minit tak berhenti cakap pasal isu ini. betul dah, siapa tak bimbang kan. dia satu-satunya adik perempuan saya yang saya sayanggg lebih. sayang dia sangat la. dahla saya takda kakak perempuan yang boleh berkongsi semua cerita saya op. Along oh along - cepatlah kahwin. Mahu kakak ipar cepat-cepat. hakha :p

eshh..sudah jangan mengarut. kita sambung bab tadi ek

alhamdulillah pagi tadi - ummi ada try calling her. dapatlah dengar suaranya dalam keadaan mamai dan mengantuk. di sana sudah pukul 4 pagi, so memang patut dia tidur merehatkan minda kan? mood agak lega sedikit laa :) sedap sangat berbual dalam 2minit jeh kot, tooouuuuuuuuuut terputus panggilan. bila check kredit, see balance yang tinggal only RM1 selepas ditolak RM12. haha! terkejut ummi saya. haha...nak gelak. nak gelak :p

samapi di sini sahaja dulu...lain kali saya sambung menaip lagi di sini...

Monday, January 17, 2011

Teladan : Kenapa pakai tudung besar-besar?


Pada suatu petang..berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.


Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

"Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh." Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.


Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa, ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je." Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"

Dia mengangguk.

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"Erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

"Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, at least kecederaan tu tak la teruk." dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumacher, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa, kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ini pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak?" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt-belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar."

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas."

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan. Soal keselamatan, kena jaga."

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seat-belt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan."

Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. Dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.


"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik. Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"

Dia menggeleng kepala tanpa suara.

"Hmm, that's why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaannya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt. Hehehe."

Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.


"Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup?"

Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.


"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..Kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar? Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak?" Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.

"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...

"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start." Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.

"Iya." Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil bermonolog sendirian.

"'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir."

Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. Ameen.


Dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pinnya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...