Monday, June 21, 2010

jika kamu seharusnya begitu


gambar yang tidak ada kaitan sama sekali dengan tajuk. hehe

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. kerana ia pasti akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitu lah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. setelah dia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya. jangan sesekali kamu meninggalkan dirinya begitu sahaja. kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin dia tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada. jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. cukuplah sekadar keperluanmu. apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. dan akhirnya ia akan dibuang begitu sahaja. sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. anggaplah dia manusia biasa. apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan dan berkhasiat. mengapa kamu berlengah. mengapa kamu cuba mencari makanan yang lain. jika kamu terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu dan mengasihimu. mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain. jika terlalu mengejar kesempurnaan, kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. kamu juga yang akan menyesal.

cc(,),)

Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila DIA menghendaki adanya sesuatu, cukup sekadar DIA berfirman kepada (hakikat) benda itu : "Jadilah engkau!". Maka ia akan terus menjadi.

0 komen sahaja:

Post a Comment