Monday, August 31, 2009

Nur Amrina Rasyada Binti Abdullah.


~ NUR AMRINA RASYADA BINTI ABDULLAH ~

p/s : Comeinyerr...pipi "chubby" cam Chah gak op

"Baby Ramadhan"

Syukur Alhamdulillah....Chah Gembira.Syukur.Teruja.Lega dan macam2 perasaan ada sekarang nie..berdebar2 yee, Chah menjadi kakak sekali lagi, kih2~ Kakak kepada 5 orang adik2 yang semuanya sihat walafiat, 3 orang lelaki (yang gantang2) dan 2 orang perempuan yang comei2 (kah2..perasaanyerr die)...emm

Tarikh 29 Augut 2009 --> bersamaan 7 Ramadhan, Chah baru saje menerima seorang lagi adik perempuan aka~ anak ke-7 dalam famili Chah yang semakin berkembang pesat (aduu...chewah)..Haha, tapi sehingga sekarang, Chah tak berpeluang lagi nak balik ke rumah, walhah disebabkan tuntutan masa dan "assignment" yang semakin "berlambak"....Wahhh, geram rase diri ini....tak tau nak kata ape daa~

InsyaAllah, Chah memang akan balik rumah time cuti raya nanti je laa..So, kepada kaum keluargaku, tunggu laaa kepulangan "princess" mu yang tercinta ini yeee....kih2~ Bincang2 pasal nama "baby", Chah teruja sangat dengan nama AIN NUR ZINNIRAH yang bermaksud "Cahaya Mata Yang Kemerahan" tapi Ummi dah berkenan kat nama NUR AMRINA RASYADA...

Entah.Dua2 sedap bagi Chah, tapi takpe laa opp, Sebab kata Abg Cham lagi, pilihan mak bapak kita adalah yang terbaik tau!! So, Chah ehh...sedar2 laa, jangan bangkang cakap orang tua..Emm, Ok2~ Chah dengar laaa..Eiiiiii, MasyaAllah

Nur Amrina Rasyada Binti Abdullah.Sesuai sangat dengan tuannya nanti.Akak harap Amina (panggilan manja) akan jadi seorang muslimah solehah bila dah besar nanti yee.Oiitt, macam laa budak tue dengar apa yang Chah cakap nie kan? Haha..Malu rasa

Lagi, Jap agi Chah nak bersiap2 ke Bazar Ramadhan pulak nie.Nak beli lauk sahaja.Kami2 kat hostel nie "menanak" nasi sahaja.Lauk semua "cilok" kat kedai.Yang penting, bersyukur atas rezeki Tuhan seadanya..Iye tak,

p/s : Itu sahaja, Terima Kasih....

Saturday, August 29, 2009

"Kerepek2"

Contoh Peket yang berharga rm5

Pengumuman2!!!

Kepada sesiapa yang ingin membeli kerepek2 segera seperti di atas (hanya contoh 1 jenis kerepek sahaja!), boleh mendapatkannya di Bilik BR 116 cawangan UDM kampus KUSZA,

Atau juga boleh berhubung terus dengan saudari Atirah di num 013-_______?

Harga adalah tetap, bermula dari rm2 sehingga rm5 sahaja, kualiti kerepek amat memuaskan (Sedap memang terasa hingga takkan sedar sudah habis dikunyah...kih2~)

So, korang2 budak SMSKPP sem3, mai ar pakat gi beli kerepek dengan kak Tirah yee, bukan selalu berbakti kepada masyarakat di Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini op. kah2!! Harga boleh dirunding dengan dengan beliau sahaja (Chah tak masuk campur, eh) ccc(',')

Kepada anak2 perantau yang ingin pulang beraya di Kampung bersama famili dalam 3minggu dari sekarang ini, sila2 laa bawak balik bekal kerepek ini. Confirm takkan rugi jika membelinya...aka Nisaa' pun sudah "mengecop" (Cam main cop-cop tue laa yee, hihi2) tiga bungkus kerepek untuk "daddy mummy" beliau yang tersayang! Chewah...feeling nak balik kampung laa pulak Chah nie,, ekeh2~

p/s : Chah dah jatuh cinta kat kerepek nie...kah2~

p/s : Tapi duit sudah "pokai" da, kena jimat cermat selalu laa

Thursday, August 27, 2009

"99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman"


01. Bersyukur apabila mendapat nikmat
02. Sabar apabila mendapat kesulitan
03. Tawakkal apabila mempunyai rencana/program
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
08. Jangan usik kekayaan orang
09. Jangan hasad dan iri ati atas "kesuksessan" orang
10. Jangan sombong kalau memperoleh "kesuksessan"
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu taksub dan bercita-cita akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur kerana kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
25. Biasakan solat malam
26. Perbanyak zikir dan do'a kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah s.w.t
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah kerana Allah s.w.t dan berpisahlah kerana Allah s.w.t
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala
41. Berlakulah adil dalam segala urusan
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
45. Perbanyakkan hubungan silaturrahim
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47. Bicaralah secukupnya
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan
54. Hormatilah kepada guru dan ulama
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi
56. Cintai keluarga Nabi saw
57. Jangan terlalu banyak hutang
58. Jangan terlampau mudah berjanji
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti melakukan perbuatan yang tidak berguna
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan
70. Jangan melukai hati orang lain
71. Jangan membiasakan berkata dusta
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
79. Sediakan waktu untuk merenung setiap apa perbuatan yang sudah dilakukan
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
85. Hargai prestasi dan pemberian orang
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan semata-mata
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun ia tidak menyenangkan kita
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
93. Jangan cepat percaya kepada berita "jelek" yang mengaibkan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
97. Berwaspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan penderitaan
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

p/s : Chah bukan budak baik pun...tapi kena jadi sebaik mungkin laa~

Tuesday, August 25, 2009

"Pening Dan Mengarut"

Tiba2 aje kepala Chah nie rasa pening sangat2, sebabnye "simple" aje! Kes banyk "assignment" sejak dua menjak nie laa...Chah xtau nak kata ape daa, just do my "bestest" ajee laa kan, lalala~ Esoknye Ari Rabu ada "Group Presentation" untuk kelas En.Network, jeng2, xsabar2 nak tunjukkan kitorang punya "skill" baguihh punya depan En.Network agi nie...kih2~ Hari Khamis pulak ada "MID-TERM" subjek Statistics & Probability (tapi sapa skang laa Chah xabis2 agi stadi....malas sungguh laa budak kecik nie~ kah2)!

Next?? Chah, k.Tiha dengan Sal skali kena siapkan group proposal untuk subjek Sadam..kawan2, jangan malas2 buat keje yee, make Sure ON THE TIME !! Kami dah berpakat nak buat Sistem Maklumat Kedai Dobi, argghhhh...Chah dah tak ingat ape2 dah nie, camana nak buat sistem yang betul2 mantap dan juga mmpu "mencairkan hati dan perasaan En.Sadam" nie yerr? ooiitt...Cam ade makna jerr tue op, K.Tiha, tundukkan pandangan akak yeee...Jangan nak jeling2 En.Sadam ngan En.Network agi tau....emm

Lagi penting, assignment subjek Data Struct Chah xsentuh2 and xbuat pun lagi nie...alamak, minta maaf yee Dr.Nordin, bukan Chah malas, tapi masa tak "mengijinkan" lagi nie, InsyaAllah~ Pagi tadi jugak baru dapat "group presentation" yang kedua, directed by Pn.Elissa Nadia aka Pn.Comei, kih2..Tapi kali ini, Chah sekumpulan dengan Ummi, it.Ahmad, it.Zack, dan juga 3orang "junior2" Chah, arap masing2 dapat memberi komitmen yang sewajarnya...

Yaa...Maju terus untuk kemantapan jiwa mahasiswa/wi UDM, Malam nie jee Chah xberkesempatan solat tarawikh berjemaah, masa agak "semput" malam ini, tapi Chah dah bertadarus sapa juzuk 6 dah setakat ini..Harapnya sempat laa khatam untuk 30 hari yang genting ini yee...Amiinnnnn

Pengumuman2!! kepada semua mahasiswa/wi UDM, sila2 laaa menjenguk dan bertandang ke GERAI FAKULTI INFORMATIK aka PELAJAR SMSKPP Sem 3 yee, Gerai Nombor Satu bertempat di Bazar Ramadhan UDM --> Di antara menu2 istimewa setiap hari termasuklah :
  1. Puding Caramel Java
  2. Dadih C++
  3. Nasi Goreng Scheme
  4. Kuih Bakar Fortran
  5. Laksa Penang Seberang Takir
  6. Lontong Special K.Kima
  7. Pengat Ubi Hani Madu
  8. Ntah...tak tau daa~ haha
  9. Ada satu lagi menu tambahan..."Biskut Peanut Butter" dari Nabihah (arga rm15)
Hope peserta2 dapat menjual dengan jayanya...alahai~

p/s : Baca laaa lagi yee...InsyaAllah

Sunday, August 23, 2009

"Puasa Yang Berkesan Untuk Kesihatan"

Gejala-Gejala Yang Berlaku Semasa Berpuasa :


Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar (ini adalah fakta yang sahih dan logik!!) selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selesema dan kahak serta lendir dan keputihan..


Pesanan :

"Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya."


Cara Berbuka Dan Bersahur Yang Berkesan :


(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).

(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan

(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tauhu dan kekacang.

(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa

(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah

tercekik tidak akan berlaku.

(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah

kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.


"Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair..."


Cara Berpuasa Yang Tidak Berkesan :


(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)

(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam

(iii) Makan terlalu banyak daging binatang bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.

(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.

(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan

(vi) Tidur selepas kenyang makan makanan yang menjejaskan khasiat puasa yang mengandungi bahan kimia seperti di bawah :


(i) Kopi dan teh.

(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.

(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee

segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.

(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung

dalam badan (water retention)

(v) Merokok


Fasa-Fasa Puasa Yang Berjaya :


  • Fasa pertama (2-3hari) :

"Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah !!"

  • Fasa kedua (3-14 hari) :

"Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu !!"

  • Fasa ketiga(14-akhir puasa) :

"Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar !!"


Amalan Hari Raya Yang Merosakkan Manfaat Puasa :


(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)

(ii) Makan kerap

(iii) Kuih-muih yang payah dihadam

(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan


Manfaat Puasa Yang Berkekalan :


(i) Kurang makan kerana perut dah kecut

(ii) Kesihatan bertambah baik


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."


Saturday, August 22, 2009

"Cari Jodoh"

WALI BAND - Cari Jodoh

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

p/s : Salah satu lagu yang agak baru yang klakar and slamber daa~

Friday, August 21, 2009

"Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan"


Nothing special ~

Just want to say...

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"

"AHLAN WASAHLAN YA-RAMADHAN"

"BANYAKKAN BERAMAL DI BULAN MULIA"

Penuhkan puasa 30 hari yeee,

Tapi taun nie puasa 29 ari jerrr

Knapa sih??

p/s : Tarawikh jangan buat2 lupa erk!!

Tuesday, August 18, 2009

"Cuti dan Ya Ramadhan"


Lalala~
Ingatkan boleh laa rilek2 agi

Tapi tidak boleh sama sekali....
Terase baru ajerr sem ini bermula
Sbab ape tue? emm...
Naik jerr cuti "mid-sem" nie

First week dah ade keje kena disiapkan
ON THE TIME!!
Hari Rabu (26hb) ade presentation
"Digital Certification" aka~ En.Network
Juga kena submit Group Assignment 3

Subjek "Statistics" bersama Pn.Elissa

Hari Khamisnye (27hb) mid-Term Statistics laa plak
Memang berbaloi cuti Chah kali nie...
Oooiitt....Ape kes??

Beg besar penuh diisi dengan buku2 jerr

N my "lappy" wjib kna bwak blik umah
Cayang sangat2~
___________________________________________

Minggu Depan dah start Ramadhan

Harapnya dapat puasa penuh

Walaupun tak mungkin sama sekali~ kih2
Kesiannya kat my Ummi
Dah laa tengah sarat bawak "baby"
Kena masak2 untuk berbuka jugak
Isk2...terharu diriku yang kerdil ini
Kalau laa UDM dapat dialihkan lokasi
Kat sebelah umah Chah jerr
Waaa....seronoknya hidup
Jalan kaki pun sampai, op!
Apa pun, Chah redha seadanya
Kepada kawan2ku sekalian....

"AHLAN WASAHLAN YA RAMADAHAN"
Mari kita pakat gi tarawikh sama2 yee,,,

p/s : Kerjakan sebaik mungkin....Amiin

Monday, August 17, 2009

"Mid Sem-Break"

Assalamualaikum....

Chah tak dapat nak berceloteh panjang2 yaa...just tumpang lalu ajer,,
Nk online kat umah lame2 tak boleh, coz masalah "network" yg agak "slow" daa~
Skang pun sedang dalam cuti mid sem, so InsyaA next week, bru laa boleh online cm bese yerr...

UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA, CAMPUS KUSZA MID SEM-BREAK
Date : 13hb - 22bh Augut 2009
Duration : 10 Day

Biasa laa, stiap kali balik umah, memang Chah tak kan duduk diam..anak dara sejati kata kan, banyak laa keje kat umah kena buat yerr, sume nak diharapkan kat Chah, ehe..."start" bangunnye tido, mandi siap2, kemas2 umah, siap menyapu kasi tak de habuk langsung (kih2~), basuh n jemur pakaian ag yee~ lalala...

Chah pantang kalau umah dan bilik bersepah2, Chah geram ckit2...tapi tak kannya sampai ati nak marah kat adik2 tue, setakat ber"leter" cikit2 boleh laa...Lagi pun adik yang bongsu jerr yang sorang2 duk umah, keciannye kat Aimin...

Dah yang len duk kat hostel masing2...my Abang sulung pun sedang buat praktikal kat Felda Pahang, InsyaA next year my "Along" akan keje sepenuh mse (bidang Kejuruteraan Kimia..gaji mahal tuee wooo~)...Cam dah dekat nak "naik pelamin" yerr, Along...kah2~ dengar2 calon takde ag nie, camnerr nak tolong...emm?

Chah anak kedua~aka anak dara 1st in famili, yg ke3 seorang lelaki gantang,, skang stadi kat Kota BHaru --> amik Cos Diploma Syariah (a future Ustaz...insyA)...yang ke4 plak (my only sister) skang sedang amik persediaan B.Arab di kolej IKIP, insyA this coming Raya akan "fly" ke Alexandria University...bakal seorang doktor muslimah~ Chah sayang adik2 Chah tau!

Adik yg ke5 masih lagi di tingkatan Satu, bersekolah di K.Trg...n adik ke6 darjah 5 di SK.Teluk Kalong, dekat jerr ngan umah Chah nie...jeng2~ Chah tengah ke"hepian" nk mnunggu "baby" bru, adik bongsu Chah, yg dijangka "menjengah" dunia 3ari sbelum nk Raya nanti...

Alalahai~ eksian kat my ummi umur dah 40-an masih lagi kena layan "budak kcik" yee...bile agi laa nk bgi "cucu" kat ummi ngan abah nie, kah2~ Chah mula laa nak berangan tue yerr...

Lupakan, Chah pun xder siapa yang nak ajak kawin lagi nie....tngok laa, 2,3 taun agi macam mane, kih2....Sesuai kerr nak jadi mak org nie, dah laa Chah nie kecik molek2 gtue...emm....

Wateva laaa kan...yang penting, Chah ade laaa Chah yg seadanyerr...Tuhan dah jadikan diriku seadanya, so, tiada sebarang alasan untuk manusia2 lain "mengutuk" manusia lain dengan tak sepatutnyer....Nmpak sangat laa diorang tak pernah nk mensyukuri nikmat Tuhan yang dah sedia ada, tolong laa, Kita Cuma Insan Hidup di Dunia Yang Sementara~ Dunia ini Hanya Pinjaman Kepada Kita Sebagai Hamba Tuhan...k, fine & tadaa~

p/s : Sekian, Terima KAsih.........

Tuesday, August 11, 2009

"Engagement"

~ Time convocation's day ~
~ Aima wif her niece, Ku Ain ~
~ Aima's picture before her engagement, huhu ~
~ Aima in her stylo, kih3x ~

EVENT : "Aima's Engagement"
DAY : "After Friday"
DATE : 07 August 2009 (070809)...nice date yaa~
NAME : "ENGKU NURUL AIMA BINTI TENGKU AMRI"
LOCATION : "BUKIT TUNGGAL"
STATUS : MY BELOVED+SPECIAL FRIEND...congrate dear...lalala~

Just for her, Aima...I want to wish u all the best, with in happiness always.Dont cry anymore, dear~ emm...kih2, Smile, and cheer up too, take care ur relationship with Jason k,,
K, tadaa~

P/s : soriii....quite late daa~

Sunday, August 9, 2009

"Cerpen : Alia Areena"


Kata orang mencintai tak semestinya memiliki. Memiliki juga tak semestinya dicintai. Tapi kalau cinta itu ikhlas dan suci berbekalkan restu Yang Maha Mencintai, kita akan memiliki apa yang kita cintai dan kita akan dicintai oleh yang memiliki. Jadi seharusnya kita ikhlas dalam mencintai jua memiliki.

“Aku terima nikahnya Alia Areena binti Ahmad Abdan dengan mas kahwinnya RM100 tunai”

Dengan hanya sekali lafaz sahaja aku kini bergelar isteri kepada Adam Harris bin Luqman Hakeem. Menitis mutiara jernih dari tubir mataku. Terharu tatkala dahi dikucup suami tercinta dalam majlis membatalkan air sembahyang.

Majlis persandingan berlangsung dengan sangat meriah. Semua sahabat ayah dan ibu hadir menyaksikan persandingan puteri bongsu mereka. Walaupun letih yang teramat sangat,tapi ku dapat lihat betapa gembiranya ibu dan ayah apabila aku dijodohkan dengan lelaki yang baik budi pekerti dari kalangan keluarga yang baik keturunannya. Gembira benar mereka kerana yakin kebahagiaan aku pasti terlakar nanti.

Malam itu, aku dan Adam Harris, solat Isya’ bersama-sama buat pertama kalinya sebagai suami isteri. Kalau dulu kami selalu juga solat bersama, tapi hanya sebagai abang dan adik angkat.

Aku menjadi anak angkat umi dan abi, gelaran buat kedua orang tua abang Adam Harris semasa aku melanjutkan pelajaran di Johor Bahru 2 tahun lepas. Lantaran terlalu lama bersama dan terlalu sayang pada aku, umi dan abi mengambil keputusan menjadikan aku menantu kepada anak kedua mereka,putera tunggal keluaraga Tan Sri Luqman Hakeem.

********************

Aku perasan yang abang Adam leka memerhati aku menyisir rambut. Rambut ikal dan lebat melepasi bahu. Terasa janggal pula bila kali pertama tak betudung depan abang Adam. Belum pernah aku membiarkan lelaki yang bukan muhrimku melihat rambutku.

“Pertama kali lihat rambut Alia. Cantik sangat. Inilah untungnya suami yang memiliki isteri bertudung.” Bicara abang Adam sambil menutup malu kerana perasan perbuatannya ditangkap.

Aku juga hanya tersenyum. Menutup janggal.

“Abang Adam tidurlah atas katil tu, biar Alia tidur atas sofa.” Sambil mengeluarkan selimut dari dalam almari.

“Takpelah, Alia tidur atas katil, biar abang yang tidur atas sofa.”

Terkesima aku mendengar abang Adam membahasakan dirinya ‘abang’. Sebelum ini kami berbahasa menggunakan ‘abang Adam’. Sekali lagi kejanggalan menerjah diri.

“Tempat yang terbaik hanyalah untuk suami, sekarang abang Adam suami Alia, jadi abang Adam tidur atas katil, biar Alia tidur atas sofa.” Balasku. Belum selesa hendak memanggilnya ‘abang’.

“Tapi Alia..”

“Dahlah abang Adam,baik kita tidur. Nanti kalau ibu atau yang lain dengar, lain pula jadinya. Biar Alia padamkan lampu, abang Adam tidurlah ya. Assalamualaikum.”

“Waalaiakumusalam Alia..” balas abang Adam perlahan.

********************

Sebelum keluarga umi hendak masuk meminang, aku pernah berbincang dengan abang Adam Harris tentang apa yang direncanakan. Aku tak nak kami tersalah langkah, tak nak kami menyesal dikemudian hari.

“Alia setuju dengan apa yang umi rancangkan??” Tanya abang Adam Harris perlahan.

“Entah..” jawabku ringkas

Kami senyap tanpa bicara. Hilang kata-kata. Terasa lain benar petang ini.

“Keluarga umi dah terlalu baik pada Alia, begitu juga abang Adam sendiri. Alia tak nak lukakan hati siapa pun, itu sebab Alia ajak abang Adam bebincang. Alia tahu abang Adam dah ada pilihan hati, Kak Zulia kan??” Tanyaku sambil tersenyum.

“Zulia??” Tanya abang Adam kehairanan.

“Alia dah tahu masa kali pertama abang Adam bawa kak Zulia jumpa Alia. Walaupun abang Adam dan kak Zulia tak bagitahu Alia, Alia boleh baca dari raut wajah abang Adam dan kak Zulia” jelasku.

Sekali lagi kami senyap tanpa bicara.

“Alia juga tahu yang abang Adam bukan seorang anak yang suka membantah kata-kata umi dan abi, jadi kalau abang Adam tak setuju, biar Alia saja yang beritahu umi dan abi.Biar Alia beritahu yang Alia dah ada pilihan hati.”

“Tapi..” balas abang Adam dalam nada serba salah.

“Tak apa, Alia tak kisah. Apa yang penting kita tak tersalah membuat keputusan hidup.”

Balasku sambil tersenyum. Agar dapat menghilangkan rasa bersalah yang bersarang di hati abang Adam mungkin. Juga menenangkan hati sendiri. Penipu.

“Tapi umi pasti sangat-sangat kecewa dengan keputusan Alia. Abang Adam pula akan rasa bersalah seumur hidup. Abang Adam tak mahu jadi anak yang menyebabkan air mata umi mengalir, dan membiarkan Alia menanggung semuanyab seorang diri.” Balas abang Adam.

“Bukan abang Adam yang menyebabkan umi kecewa tapi Alia. Abang Adam tak perlu rasa bersalah. Alia tak kisah pun.” Balasku memujuk abang Adam.

“Dan kecewa umi pasti tak lama. Bila abang bawa kak Zulia jumpa umi nanti, pasti umi akan terima. Dan waktu tu,umi pasti dah tak ingat pada Alia lagi. Alia yakin kerana Kak Zulia baik peribadinya. Umi akan terima. Percayalah pada Alia.” Sambungku lagi.

“Tak Alia. Abang Adam tetap akan rasa bersalah dengan umi dan Alia. Abang Adam terima Alia sebagai pilihan umi.” Sambil memandang tepat ke arah ku.

“Apa?? Abang Adam jangan main-main” Balasku terperanjat. Pelik.

“Kita akan teruskan impian umi dan abi. Kita akan bernikah dan berkahwin seperti pasangan lain. Tapi hanya pada nama.” Henti abang Adam disitu.

“Maksud abang??” Aku semakin pelik dan hairan dengan bicara abang Adam.

“Kita berkahwin seperti biasa, dan abang akan lepaskan Alia selepas beberapa bulan kita kahwin. Kita cari alasan yang paling sesuai tanpa melukakan mana-mana pihak. Tidak umi, tidak abi,tidak abang Adam juga tidak Alia.”

“Apa?” hampir luruh jantungku mendengar bicara abang Adam.

“Alia tak perlu risau. Abang Adam tidak akan menyentuh Alia. Abang Adam akan lepaskan Alia sepertimana abang Adam mengambil Alia. Abang Adam janji.” Jelas abang Adam lagi. Penjelasan yang cukup menghancurkan hatiku.

“Selepas tu?” Tak sabar rasanya ingin mendengar butir perancangan abang Adam seterusnya.

“Selepas tu??” Tanya abang Adam semula. Lama juga abang Adam senyap sebelum dia meneruskan bicara seterusnya yang semamngnya tak pernah terlintas difikiranku.

“Selepas tu Alia boleh bersama dengan Izhar. Abang tahu yang Alia sukakan Izhar. Izhar pun sebenarnya sukakan Alia, dia ada bagitahu abang Adam yang dia nak jadikan Alia teman istimewa dia.Tapi dia belum berkesempatan untuk meluahkan kepada Alia.” Lancar bicara abang Adam.

Doktor Ikham Izhar. Sahabat baik abang Adam. Pernah merawat aku ketika kemalangan setahun lepas. Kami memang rapat, tak sangka pula keakraban kami disalah erti. Bukan sahaja oleh abang Adam tetapi juga Izhar.

“Izhar??” tanyaku.

“Ya, Izhar. Abang Adam akan terangkan segala rancangan kita pada dia. Hanya kita bertiga sahaja yang tahu.” Balas abang Adam.

“Jadi maksud abang Adam kita hanya berpura-pura sebagai suami isteri?” tanyaku mendapatkan kepastian.

“Ya..Tapi abang Adam tak paksa Alia untuk turut berlakon dalam drama yang mengarut ni. Abang Adam cuma menyatakan pendapat abang Adam sahaja. Abang Adam tak mahu ada hati yang terluka dengan keputusan kita nanti terutama umi dan abi. Kalau Alia rasa akan terbeban, kita lupakan sahaja.” Jawab abang Adam tenang tapi sayu.

“Alia setuju.Alia juga tak mahu kecewakan umi dan abi.” Entah kenapa begitu mudah aku bersetuju. Sedangkan aku tahu dalam hal ini akan ada hati yang terluka. Aku.

********************

Malam pertama bergelar isteri aku tidur betemankan air mata. Aku tak salahkan sesiapa. Aku yang setuju dengan keputusan ini. Tiada sesiapa yang memaksa.

Hampir 4 bulan melayari bahtera rumahtangga. Kami tinggal bersama umi dan abi. Tiada cacat cela dalam hubungan kami pada pandangan umum. Aku menjadi isteri yang paling solehah dan Adam Harris menjadi suami yang paling mithali. Kami sembahyang berjemaah, ke pejabat bersama, makan pakainya aku sediakan tanpa terbiar walau seinci pun. Dan dia memberiku nafkah zahir yang cukup sempurna. Walaupun aku memiliki pendapatan sendiri, tapi perbelanjaanku tetap ditanggung. Kami dikatakan pasangan yang paling sempurna. Ber ‘abang’ ‘sayang’ dalam bicara. Tapi itu semua hanya di luar kamar tidur. Kami kembali menjadi ‘Alia’ dan ‘abang Adam’ sekembali ke kamar tidur. Aku di sofa dan dia di katil. Plastik.

“Alia rasa dah sampai masa kita hentikan semua lakonan ini.” Bicaraku pada abang Adam selesai solat Terawih. Pertama kali aku bakal berpuasa Ramadhan sebagai seorang isteri.

“Maksud Alia?” Tanya abang Adam bagaikan tak mengerti.

“Alia tak mahu sambut Aidilfitri dengan semua ni. Kalau boleh biar kita akhiri semua ini sebelum Aidlfitri tiba “ Jawabku sambil mengawal perasaan yang bergelodak.

“Tapi macamana kita nak biarkan semua ini berlalu tanpa ada yang kecewa. Abang belum merancang. ” balas abang Adam.

Abang Adam benar. Kami terlalu sibuk ‘berlakon’ sehingga lupa memikirkan rancangan perpisahan terbaik tanpa melukakan hati mana-mana pihak. Sibuk sehingga kadang-kadang aku rasakan aku bukan lagi ‘berlakon’. Sibuk.

“Umi dan abi dah mula bertanya bila mereka boleh mendapat cucu daripada kita. Alia dah tak tahu nak jawab apa lagi.Alia rasa bersalah dan berdosa sangat pada umi dan abi.” Tak dapat kubendung lagi air mata dari mengalir.

Abang Adam datang menghampiriku dan mengelap air mata ku.

“Abang janji kita akan selesaikan semua ini secepat mungkin. Maafkan abang.” Pinta abang Adam sambil mengucup tanganku. Terharu.

“Tak, abang tak salah. Alia yang setuju dengan semua ini. Tiada siapa yang harus minta maaf dalam hal ini.” Balasku tanda bersalah. Bersalah membuatkan suami tercinta momohon ampun padaku sedangkan semua ini kehendak kami berdua. Kehendak aku sendiri.

********************

“Alhamdulillah. Selesai sudah ibadat Ramadhan hari pertama. Ujian Ramadhan hari pertama adalah ujian terbesar sepanjang Ramadhan.” Bicara abi dalam perjalanan pulang dari solat Terawih.

“Adirra katanya akan pulang raya ni. Adilla pun akan beraya disini. Tahun lepas dah beraya di rumah Ikram.” Cerita umi gembira.

Adilla Harissa. Puteri sulung pasangan Tan Sri Luqman Hakeem dan Puan Sri Hanum. Sudah berkahwin dengan Ahmad Ikram dan memiliki 2 orang cahaya mata. Hanis dan Haris. Kini menetap di Kuala Lumpur.

Adirra Harrisa. Masih belajar di Seol, Korea. Jurusan seni bina tahun terakhir.

“Wah!! Meriahlah rumah umi tahun ni.” Abang Adam turut gembira.

Aku hanya mampu tersenyum. Tak mampu untuk melibatkan diri. Fikiranku jauh melayang memikirkan apa yang sepatutnya aku lakukan. “Ya Allah, bantulah hambaMu ini”.

Malam itu sebelum bangun menyediakan juadah untuk bersahur aku sempat menunaikan solat hajat. Memohon petunjuk dan jalan daripada Yang Maha Merencana.

“Ya Allah, ku pohon padaMu agar Kau beriku petunjukMu.Bantulah aku dalam menyelesaikan semua ini. Sesungguhnya Ya Allah, seandainya dia tercipta sebagai teman hidupku, Kau perpanjangkanlah jodoh kami..seandainya dia bukan untukku, Kau berilah kami jalan terbaik dalam menempuhi kehidupan ini. Sesungguhnya, hanya padaMu aku bermohon Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Amin Ya Rabbul A’lamin.”

********************

Aku menunggu abang Adam pulang dari solat terawih dengan penuh debaran. Malam ini aku tidak ikut sama kerana masalah wanita. Aku yakin abang Adam pasti setuju dengan rancangan aku nanti.

“Cepat balik terawih hari ni? ” Tanya aku sebaik sahaja abang Adam melangkah masuk ke dalam bilik.

“Cepat? Tak adalah. Macam biasa. Alia tak ikut itu yang Alia rasa cepat.” Seloroh abang Adam.

Sebaik sahaja abang Adam melabuhkan punggung di atas sofa, aku terus menghampirinya.

“Sebenarnya Alia dah ada rancangan.” Bicara ku tanpa membuang masa.

“Rancangan? Rancangan apa pula ni? ” Tanya abang Adam pelik.

“Macam ni, pagi tadi Alia dapat tawaran kenaikan pangkat. Dengan syarat Alia perlu mengambil kursus di Jepun.”

Pagi tadi aku ditawarkan kenaikan pangkat. Tetapi dengan syarat aku harus mengambil kursus di Jepun selama 6 bulan. Mungkin ini petunjuk daripada Yang Maha Bijaksana untuk aku menyelesaikan semua ini.

“Jepun!!” jerit abang Adam.

“Perlahanlah suara tu, nanti umi dengan abi di luar tu dengar.” Sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.

“Ya, Jepun. Alia ingat kita bagitahu umi dan abi yang Alia tak boleh beri abang zuriat. Alia izinkan abang kahwin satu lagi. Alia akan cadangkan kak Zulia sebagai menantu umi. Bila semuanya selesai Alia akan terus ke Jepun.Kalau boleh kita selesaikan semua ini dalam bulan Ramadhan ni juga. Sebab Alia diminta ke Jepun pada raya ke 7.” Cadangku pada abang Adam. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hatiku bila memikirkan semua ini. Tapi inilah yang harus aku bayar atas segala perbuatanku.

“Apa!!! Alia nak bagitahu umi yang Alia tak mampu mengandung?? Alia dah gila ke?? Abang tak setuju. Banyak lagi cara lain. Bukan ini caranya. Dan Alia akan pergi ke Jepun tinggalakan kami semua?? Itu lagi abang tak setuju!!!” Marah abang Adam. Belum pernah aku lihat abang Adam marah begitu sekali.

“Abang Adam dengar Alia. Hanya ini sahaja jalan yang kita ada. Hanya ini sahaja peluang yang kita ada. Alia tak sanggup nak teruskan lakonan ini lagi. Dan Alia tak mahu jadi penghalang cinta abang Adam. Kak Zulia terlalu baik orangnya, Alia tak mahu abang Adam kehilangan dia.Tolonglah setuju dengan Alia untuk kali ini sahaja. Alia tak pernah minta apa-apa dengan abang Adam, hanya ini yang pertama dan terakhir. Kita hentikan semua ini.” Rayuku pada abang Adam. Tak mampu lagi untukku tahan air mata dari mengalir.

Abang Adam bangun meninggalkan aku sendirian. Tiada keputusan yang dicapai. Tapi aku nekad. Walaupun tanpa abang Adam, aku tetap akan meneruskan semua rancangan ini.

********************

Sambil membantu umi mencantas pokok bonsai kesayangannya, aku memulakan bicara tetang apa yang sudah aku rancangkan.

“Umi, Alia nak mintak ampun dengan umi dari hujung rambut sampai hujung kaki.Maafkan segala salah dan dosa Alia selama Alia bersama keluarga umi.” Bicaraku tersekat.

“Kenapa tiba-tiba Alia minta maaf pulak ni??” tanya umi hairan dengan sikapku.

“Tiada apa yang perlu umi maafkan. Alia anak yang sangat baik. Tiada salah satu pun yang Alia pernah lakukan.Kenapa ni sayang??” tanya umi lagi sambil mengusap belakangku.

“Maafkan Alia umi, Sebenarnya,Alia tak mampu berikan abang Adam zuriat. Alia tak mampu berikan umi dan abi cucu. Maafkan Alia.” Bicaraku dalam ketar.Hanya Allah yang tahu betapa berdosanya aku terhadap insan yang ku panggil umi. Yang tiada bezanya dengan ibuku sendiri.

“Ampunkan Alia kerana menipu umi. Ampunkan aku Ya Allah.”

“Astargfirullahhalazim!!Apa yang Alia cakapkan ni?? Umi tak faham lah.” Tanya umi tak percaya.

“Alia tahu. Umi pasti tak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Alia tak mampu. Alia tak boleh. Maafkan Alia umi.” Jelasku dalam esak tangis. Bukan tangisan lakonan, tapi tangisan kerana menipu seorang insane bergelar ibu. “Berdosa aku Ya Allah.”

“Tak sayang. Tak. Sekarang ni banyak teknologi canggih. Kita usaha ya. Umi yakin anak yang baik macam Alia akan dikurniakan cahaya mata yang baik juga. Kita usaha ya sayang. Umi yakin, pasti akan ada cara. Kalau tak boleh cara moden kita cuba cara kampung ya.Allah itu Maha Kuasa sayang.” Pujuk umi. Aku tahu umi kecewa sangat-sangat. Terlalau kecewa. Tapi umi bijak mengawal perasaan dan dikuatkan dirinya demi aku. Itulah umi.

“Tak umi. Alia dengan abang Adam dah cuba macam-macam cara. Baik moden mahupun cara kampung. Pelbagai usaha dah kami ikhtiarkarkan.” Bohongku pada umi.

“Kami dah buat keputusan. Alia izinkan abang Adam kahwin lain.” Beritahuku pada umi.

“Apa!! Apa yang Alia mengarut ni?? ” Marah umi.

“Alia tak mengarut umi. Kami dah setuju. Alia juga dah ada calon yang paling sesuai menggantikan tempat Alia disisi abang Adam dan juga untuk keluarga ini.” Jelasku pada umi. “Ya Allah, hanya Kau yang Maha Mengetahui.”

“Tak!! Umi tak setuju. Kalau betul Alia tak boleh beri zuriat pada Adam. Kita ambil anak angkat. Umi tak mahu orang lain sebagai menantu umi selain Alia. Umi tak setuju!!” Tegas umi.

“Umi, Alia nak abang Adam ada zuriat dia sendiri. Anak dia sendiri. Keturunan dia sendiri. Darah daging dia sendiri.” Jelasku dalam tangis yang tak dapat dibendung lagi.

“Umi jangan bimbang. Alia janji, isteri abang adam nanti lebih baik daripada Alia. Dia akan jadi isteri yang paling solehah,menantu yang paling hebat dan juga ibu yang paling sempurna kepada anak-anak abang Adam. Percayalah pada Alia umi. Alia pohon pada umi. Percaya Alia untuk sekali ini sahaja umi.” Rayuku. Aku yakin umi akan setuju. Aku kenal umi.

“Alia, jangan buat umi macam ini sayang. Alia tahu kan umi sayang Alia lebih daripada umi sayang Adam. Kenapa mesti macam ini sayang??” Tangis umi, kali ini umi tidak lagi dapat mengawal perasaanya. Tapi aku yakin ini adalah yang terbaik. Terbaik buat insan yang aku cintai.

********************

“Berbuka puasa tadi umi lain macam sahaja. Solat Terawih pun umi tak ikut. Alia tahu tak kenapa?” tanya abang Adam sebaik sahaja masuk ke dalam bilik pulang solat Terawih.

“Alia dah bagitahu umi.” Jawabku pendek.

“Bagitahu umi?? Maksud Alia??” Tanya abang Adam dengan nada terperanjat. Kami belum capai kata sepakat, tapi aku dah memulakan rancangan. Siapapun di tempat abang Adam akan terperanjat.

“Alia dah bagitahu umi yang Alia tak boleh mengandung. Alia juga dah ceritakan pada umi tentang kak Zulia sebagai pengganti Alia. Dalam masa terdekat ni boleh lah kita pergi meminang kak Zulia. Kalau boleh raya pertama abang dengan kak Zulia dah boleh disatukan.” Bicaraku lancar tanpa memandang abang Adam. Takut aku kehilangan kekuatan.

“Apa yang Alia mengarut ni??!! Kita belum pun setuju dengan rancangan tu.” Marah abang Adam.

“Nampaknya Alia tak sabar nak tinggalkan abang ya. Bersungguh-sungguh benar Alia ingin dilepaskan.Baiklah, kalau itu keputusan Alia. Hujung minggu ni kita pergi pinang Zulia. Alia suka kan?? Puas hati Alia sekarang??”

Belum sempat aku jelaskan abang Adam terus keluar. Dihempasnya pintu bilik. Belum pernah aku lihat abang Adam seberang itu. Aku meraung sekuatnya dibibir katil.

“Bukan ini yang aku mahu Ya Allah. Kalau boleh aku tak mahu dilepaskan walau sesaat pun. Kalau aku berdaya aku akan merayu supaya dakaplah aku seeratnya. Paut bahuku serapat mungkin. Jangan biarakan aku walau senafas sekalipun. Tapi aku terlalu lemah untuk itu. Terlalu lemah. Aku tak berdaya.”

********************

Deringan jam loceng benar-benar membuat duniaku berpusing. Kepalaku terlalu sakit bagai dihempas batu yang sangat berat. Tapi aku harus kuatkan diri. Keperluan suami tercinta harus aku siapkan. Abang Adam hanya akan bersahur jika aku yang masak. Bukan umi mahupun Mak Jah,tukang masak keluarga Tan Sri Luqman Hakeem sejak belasan tahun yang lalu.

Aku berjalan ke bilik mandi sambil berpaut pada dinding, berat sungguh rasa kepalaku. Keluar dari bilik mandi aku mencari abang Adam, tapi tiada. Kemana pula hilangnya?? Peristiwa malam tadi menerjah kotak fikiranku. Aku terus tertidur di birai katil kerana teruk menangis. Dan abang Adam keluar ke mana??

Segera ku ke bilik bacaan. Biasanya kalau ada masalah, abang Adam akan ke bilik bacaan. Dia sukakan buku.

Telahan ku benar. Dia tidur di sofa panjang di dalam bilik bacaan.“Maafkan Alia.” Manik jernih mula menitis kebumi. Ku tinggalkan abang Adam terus lena sementara aku turun hendak menyiapkan juadah bersahur.

********************

“Alia dah sedar.” Suara umi bagaikan bergema.

“Alia dah sedar sayang.. Syukur Alhamdulillah.” Bicara umi sambil mengucup dahiku.

Kepalaku ligat memikirkan apa yang terjadi. Kenapa semua orang ada di sini?? Ibu dan ayah dari Perlis pun ada. Kenapa aku boleh berada di atas katil hospital?? Kenapa kepalaku berbalut?? Apa yang sebenarnya semua ini?? Adakah aku sekadar bermimpi?? Dan mana abang Adam??

“Alia sayang, Alia jatuh pengsan masa turun tangga sahur kelmarin. Kepala Alia berbalut pula sebab Alia terhantuk pada anak tangga. Dua hari Alia tak sedarkan diri. Itu sebab kami telefon ibu dan ayah Alia.” Jelas abi bagaikan mengerti persoalan yang bermain di mindaku.

Tapi mana abang Adam?? Marah benar dia padaku sampaikan tak sudi melihatku disini.

Melihatkan aku yang senyap dan muram, ibu bagaikan mengerti bahawa aku perlu bersendirian.

“Doktor beritahu tekanan darah Alia terlalu rendah dan Alia terlalu letih. Itu sebab Alia pengsan. Alia perlu banyak berehat. Kami semua keluar dulu, esok pagi kami datang lagi. Alia rehat ya.” Pesan ibu sambil mengucup dahiku.

“Terima kasih ibu.” Bisikku perlahan.

Umi tidak mahu meninggalkan aku seorang. Tapi setelah dipujuk ibu, akhirnya umi mengerti. Sebelum keluar, ayah,ibu,umi dan abi mengucup dahiku dan berdoa supaya aku lekas sembuh. Mengalir air mataku tak tahan sebak di dada. Ternyata aku dikelilingi mereka yang penuh dengan kasih sayang.

Malam terasa sungguh kosong. Aku gagahkan diri bangun dari katil mencari kerusi tolak. Aku perlu keluar, aku tak mahu terbiar keseorangan dalam bilik ini. Aku mahu mencari ketenangan di kedinginan malam.

Aku duduk di suatu sudut sambil merenung malam. Aku tak berani memandang bulan kerana aku akan menangis jika terpandangkan bulan. Terasa betapa sunyi dan sedihnya sang bulan.

Dingin malam mencengkam sampai ke tulang. Tiba-tiba ada kain yang diletakkan dibahuku.

“Maafkan abang sayang.” Lafaz abang Adam sambil menggenggam erat jemariku.

Tiada apa yang mampu aku luahkan. Hanya air mata yang mengalir mamberitahu segalanya.

Malam itu aku diam tanpa sepatah kata pun. Begitu juga abang Adam. Kami sama-sama merenung malam. Memikirkan apa yang telah terjadi dan akan terjadi.

********************

“Sayang dah bangun?? Cepatnya. Nak makan apa-apa tak?? Doktor pesan sayang tak boleh berpuasa hari ini.” Jelas abang Adam sebaik sahaja menjengah masuk.

“Malam tadi abang tolak sayang masuk bilik. Tak mahu kejutkan sayang, abang pun angkatlah sayang naik atas katil. Berat juga isteri abang ni ya.” Seloroh abang Adam.

Tapi sedikit pun tidak berjaya membuat aku tersenyum. Aku masih tak mengerti. Kenapa abang Adam tiba-tiba berubah. Kenapa mesti ber’abang’ ‘sayang’ sedangkan tiada siapa pun disini.

“Laa, kenapa senyap je ni??marah sebab abang tinggalakan sayang seorang?? Sorry lah, abang pergi solat subuh kat surau sebelah.” Jelas abang Adam sambil tersenyum.

Dia bangun dan menuangkan air, lalu disuap ke mulutku. Kemudian dia membetul-betulkan bantal dan selimutku. Bimbang kalau aku tidak selesa. Tak cukup itu, dia duduk dibirai katil sambil mengulus lembut jemariku.

“Abang sayangkan Alia. Lebih daripada segalanya. Lebih daripada nyawa abang sendiri. Mencintai Alia adalah anugerah terhebat daripada Yang Maha Mencintai kepada abang. Memiliki Alia walau tidak sepenuhnya adalah hadiah terbesar sepanjang hidup abang.”

“Dan sekiranya abang terpaksa kehilangan Alia, abang lebih rela kehilangan nyawa abang. Abang terlalu cintakan Alia. Terlalu. Terimalah cinta abang sayang.”

“Tapi…” Pintasku. Tapi belum sempat aku menghabiskan ayatku, abang Adam cepat meletakkan jari telunjuknya dibibirku.

“Sebenarnya abang terlalu cintaka Alia. Sejak pertama kali abang lihat Alia di rumah umi 2 tahun lepas, hati abang dah terpaut pada Alia. Abang sentiasa berdoa agar Alia menjadi suri dalam hidup abang. Menjadi menantu kepada umi. Dan ibu kepada anak-anak abang. Allah Maha penyayang, Dia hadiahkan Alia untuk abang, tapi bukan sepenuhnya.” Bicara abang Adam sayu. Dan air mataku mula mengalir.

“Kenapa abang tak berterus-terang dengan Alia??” balasku dalam sendu.

“Bila Alia cakap tentang Zulia, abang rasakan Alia tak mahu bersama abang. Abang tak pernah cakap yang abang ada perasaan pada Zulia. Tambahan pula Izhar pernah bercerita pada abang tentang perasaannya pada Alia. Dan Alia juga ada cakap yang Alia akan beritahu umi bahawa Alia tidak setuju dengan perkahwinan kita. Itu sebab abang buat keputusan gila dengan setuju berkahwin dengan Alia. Bagi abang, biarpun abang tidak memiliki Alia sepenuhnya, tapi abang tetap berhak ke atas Alia. Dan abang yakin suatu hari abang akan berjaya memiliki cinta Alia. ”

“Tapi kenapa baru sekarang abang beritahu semua ni??kenapa tak dari dulu??”

“Abang tak mahu tergesa-gesa. Abang perlu benar-benar sedia. Dan yang sebenarnya abang takut. Takut kalau abang terpaksa kehilangan Alia.”

“Kalau betul abang cintakan Alia, kenapa abang tak ada masa Alia dihantar ke hospital?? Abang tahu tak, masa tu Alia lebih rela jika Alia mati. Alia benci pada doktor yang menyelamatkan Alia.” Tangisku semakin menjadi-jadi.

“Jangan cakap macam tu sayang.” Pujuknya sambil mengesat air mataku..

“Alia buat abang benar-benar kecewa bila Alia tiba-tiba beritahu umi tentang rancangan yang abang langsung tak setuju. Abang ingat nak luahkan segalanya pada Alia malam tu,tapi ternyata Alia lebih dulu minta dilepaskan. Ternyata cinta abang tak berjaya menambat hati Alia. Abang kecewa sangat-sangat. Sebab tu abang halang diri abang dari melawat Alia. Tapi ternyata cinta abang lebih kuat dari marah abang pada Alia. Abang tak berjaya halang diri abang dari bertemu Alia. Abang tak sanggup berpisah dengan Alia.” Jelas abang Adam tentang apa yang berlaku.

Tiada kata yang mampu aku luahkan. Kami saling berpelukan. Seerat mungkin. Bagaikan tiada apa yang dapat memisahkan kami saat itu.

“Maafkan abang sayang. Maafkan abang atas segala penderitaan Alia selama ini. Maafkan abang kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Maafkan abang kerana leka dengan perasaan Alia. Maafkan abang sayang.” Rayu abang Adam sambil mencium-cium jemariku. Terasa bahangnya airmata abang Adam yang mengalir di jemariku.

Aku yakin cinta Adam Harris tulus dan ikhlas buat diriku Alia Areena. Dan aku yakin inilah petunjuk daripada Yang Maha Merencana. Aku bersyukur yang teramat sangat.

Terlalu bersyukur.

********************

“Selamat hari raya Aidilfitri sayang.” Bisik abang Adam ke telingaku.

“Selamat hari raya Aidilfitri??” Tanyaku pelik.

“Ya, selamat hari raya Aidilfitri” ulang abang Adam lagi.

Terasa liat sungguh mataku untuk dibuka. Baru aku teringat, malam tadi aku tidur lewat sangat. Bantu umi, kak Adilla, Adirra dan Mak Jah membuat persiapan akhir menjelang raya. Siapkan pakaian raya lagi. Hampir pukul 4 pagi baru aku berjaya meletakkan badan disisi suami tercinta.

“Dah pukul berapa ni?” Tanyaku sambil menggosok-gosok mata.

“Dah subuh. Bangunlah mandi. Busuklah.” Seloroh abang Adam.

Selepas solat subuh aku terus ke dapur membantu mana yang patut. Umi memang akan menyiapkan semuanya sebelum pergi solat Aidilfitri. Balik sembahyang boleh terus makan. Tak perlu nak kelam kabut. Hehehe..

Pulang dari sembahyang, kami semua menuju ke kubur datuk dan nenek abang Adam. Pertama kali buatku. Selesai membaca surah Yassin, al-Fatihah dan sedikit doa, kami terus pulang kerumah.

********************

“Abang, ampunkan dosa dan salah silap Alia selama bergelar isteri abang. Halalkan segala makan pakai Alia. Ampunkan Alia ye bang.” Menitis air mataku tatkala mencium tangan suami tercinta. Terharu diberi peluang oleh Yang Maha Mengasihi memiliki insan yang sangat aku cintai.

“Alia tak pernah bersalah pada abang. Abang halalkan segalanya. Dan abang harap, Alia pun sudi maafkan segala kesalahan abang pada Alia.” Sambil mengucup lembut dahiku. Terasa hangatnya kucupan seorang suami.

Selesai semua bermaaf-maafan, kami menjamu selera dengan semua juadah yang tersedia. Meriah sungguh Aidilfitri kali ini. Pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai seorang isteri. Isteri kepada seorang suami yang sangat aku cintai.

********************

“Assalamualaikum.” Suara orang memberi salam sambil menekan loceng pintu.

“Waalaikumusalam.” Jawab abi dari dalam rumah.

Keluarga Ikham Izhar memang tetamu wajib keluarga abi dan umi. Datuk Arsyad dan Datin Siti Nuraidah, ibu bapa Izhar merupakan sahabat umi dan abi semasa belajar puluhan tahun dahulu.

Melihatkan Izhar aku rasakan seribu kesalahan telah aku lakukan padanya.Risau apa yang akan dikata nanti bila aku dan abang Adam masih suami isteri. Risau di wajahku dapat di baca oleh suami tercinta.

“Sayang tak perlu risau. Izhar tak tahu apa-apa pun. Abang tak pernah beritahu dia apa pun yang terjadi antara kita.” Bisik abang Adam ke telingaku.

“Maksud abang??!!” tanyaku terperanjat.

“Ya, bila abang cakap yang hanya kita bertiga sahaja tahu, sebenarnya tak, hanya abang dan Alia sahaja yang tahu. Mustahil abang akan lepaskan Alia kepada orang lain.hehehe” Jelas abang Adam sambil ketawa sinis.

“Owh..main-mainkan Alia ye.” Balasku sambil mencubit pinggang abang Adam.

“Aduhh!!” jerit abang Adam. Semua yang ada di ruang tamu memandang tepat kearah kami. Senyap.

“Kenapa Adam??” tanya umi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja abang Adam menjerit.

“Tak ada apa umi. Semut gatal gigit pinggang Adam.” Jelas abang Adam sambil tersenyum simpul.

Semua yang ada tergelak di buat dek abang Adam. Riuh rendah rumah besar ini di buatnya.

********************

Ya Allah, bahagianya hidup ini. Aku bersyukur teramat sangat hanya padamu Ya Allah..

Terima kasih atas bahagia yang Engkau anugerahkan Ya Allah. Sesungguhnya setiap recanaMu adalah yang terhebat dari mana-mana rencana di dunia ini.

Mungkin kehidupan tak seindah kisah cinta kami. Tapi kehidupan juga tak sedahsyat yang kita bayangi. Kerana itulah ia di gelar kehidupan.