Saturday, October 31, 2009

Seorang Wanita.


"Seorang Wanita Umpama Sekuntum Bunga di Taman, Segar Mewangi di Pelusuk Dunia, Setulus Kasih Sesuci Embun, Lembut Wanita Kerana Tutur Katanya, Mesra Wanita Kerana Beraninya, Sabar Wanita Kerana Imannya, Kasih Wanita Kerana Belaiannya, Lemah Wanita Kerana Air Matanya, Ikhlas Wanita Kerana Simpatinya, Dendam Wanita Kerana Cemburunya, Sayang Wanita Kerana Sifat Keibuannya..."

p/s : Cuba perhati mak, mama, ummi, ibu, bonda kita.Ada sama tak dengan kita. Kepada lelaki2, kalau nak tengok calon isteri, tengok laa bakal mak mertua dulu yee, hihi...bak kata Dafi di tv3

Friday, October 30, 2009

"Kata Bersahaja."

Salam pembuka bicara.

Saya baru sampai ke hostel Biruni tepat jam 12.15pm tadi.Starting hari Rabu sampai laa pagi ini, Chah pergi rehat2 kat umah my uncle kat Batu Buruk aka Osman Workshop..chah panggil dia Pak man atau Pak Ngah, sebab dia abang kepada Abah saya.So, sesiapa yang nak baiki kenderaan boleh laa cuba2 singgah yeh..

Chah pergi bandar ngan Jenab n Asyu jeh, diorang ikut Chah naik viva to the mpkt.Bertemankan somebody yang sekejap tenggelam timbul.huhu, tak tah
u laa nak cakap siapa somebody tuh, no komen about that anymore

_me in uncle's home_

Dari bandar, Chah terus pergi ke Kedai cousin kat Kg.Gong Pak Maseh, iaitu kedai fotostat n stationery..Diberi nama Alin MN Enterprise, sila2 laa berkunjung, insyaA layanan dijamin memuaskan.Kedai pun bagus, walaupun masih muda lagi usia perniagaan ini, hihi...

Chah jaga kedai ari rabu and khamis seharian.dari pukul 9.30am-10.00pm laa, boleh cuci mata jugak op.Tapi yang bagusnya, Chah makan aiskrim free, haha..Dah laa malam tue, kat area gong pak maseh, ada black out, kitorang duk sembang2 kat luar kedai tuh, sambil makan aiskrim "Solero".yummy...sedap bangat sih, harga rm1.00 sahaja, lagi sedap dari aiskrim "mango tango" yang kak Tiha belanja Chah n Sal ari tue.Tq yee, akak

Pelanggan kat situ ada bermacam2 ragam.Mostly, Ramai budak2 skulah yang singgah, pakcik2 pun ada yang datang..Chah jaga bahagian kaunter, jadi manager peribadi kak lina.Bukan nak kata, tapi biasa time Chah ade kat kedai jee, ada laa jugak menarik perhatian jejaka2, kih2...Sampai ada yang pandang n lalu 2, 3 kali, emmm, ntah laa manusia nih, buat donoo jeh yehh.Malas nak pikir.Malas nak melibatkan diri dalam kancah sebegini

Chah nak wish HAPPY WEDDING's DAY to kak long aka Dr.Suriati.(kakak amadanaksoleh.blogspot)..Selamat melangkah ke alam rumah tangga, jadikan tarbiyyah panduan hidup, insyaA diberkati selalu.Dah wakilkan Abah ke majlis kak long tau

P/s : To someone.Jangan terlalu asyik dengan duniawi.Perempuan dan harta hanya mainan perasaan sahaja.Setiap tindakan, fikir2 kan lah baik buruknya

Tuesday, October 27, 2009

"Ayushita.Tuhan Berikan Aku Cinta"

Di antara lagu yang mempunyai maksud tersendiri.Sila link

Tuhan Berikan Aku Cinta - Ayushita

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

p/s : Ayushita saya pun tak kenal siapa.Tapi yang pasti Indonesian singer

Monday, October 26, 2009

Exam akan bermula.Tapi Presentation in loading

Sedang menghadapi musim presentation.

Next week dah start minggu final exam.Harap saya tabah menjalani hari2 tersebut.

Di antara subjek2 utama termasuk :

- Struktur Data
- Statistik Dan Kebarangkalian
- Hubungan Etnik
- Sistem Analisis Dan Reka Bentuk
- Rakan Kaunselor
- Keselamatan Rangkaian (Subjek yang paling killer nyaa)

Chah doakan kejayaan untuk diri sendiri.InsyaAllah...

kawan2 pun tak dilupakan.

Specially student2 Bachelor in Computer Science (Software Development) semester three..yehh

T_______T

Saturday, October 24, 2009

"Awak fikir laaa sendiri."


Semakin menghampiri harinya.

Masa makin suntuk untuk saya dan kawan2 menyiapkan assignment yang tak complete sepenuhnya lagi.Yang terdekat off course laa presentation Sistem Kedai Dobi Mesra Sokmo, haha...nak tergelak selalu bila memikirkan sistem ini.Tak tahu laa orang ramai akan terpegun atau tidak, tapi bagi Chah ok dah mata memandang.Walaupun maybe ada function yang tak disertakan sekali.Harap dimaafkan yeh, sebab ini hanya untuk projek sadam sahaja bukannya sadam dan database.hehe

Sadam tariknya 26hb oktober, next day tanggal 27hb oktober kena presentkan untuk subjek network security plak, ia melibatkan nyawa2 kami yang "membutuhkan" markah yang banyak..adooiiii.Gerun rasa kat en.faisal, memang the hacker sungguh laa, hehe.Kami kena install linux dan juga kena install satu application software untuk di"configurekan" di LINUX SAHAJA bukannya dalam WINDOW biasa yeee


InsyaA akan kami usahakan sampai berjaya juga walaupun di saat akhir nanti.

KARNIVAL SUA RASA TV9 2009 sekarang diadakan di Pantai Teluk Kalong. Kemaman, Terengganu YAKNI di Kampung Chah.Memang berhadapan umah Chah pulak tue, syookkk arr! Hari ini bakal ditamatkan.Chah tak balik rumah pun, bizziii sangat..So hanya menjeling dari jauh jehh, tak tahu laa kenapa Pantai Teluk Kalung semakin glamerr, walaupun Pantai tuh betul2 dekat ngan tanah perkuburan pulak tue..MasyaAllah

Saya pelik.Boleh pulak Dato' Ahmad bin Said meluluskan proposal diorang op.Bagusnya pak Cik sepupu Chah oopp, Pihak tv9 tak takut ngan kubur kee? haha.Pandai2 laa fikir sendiri op..Kecian kat Amina konfim tak boleh nak tido lena op, coz bisingg...

Tapi, kelmarin Chah koling Abah tanya ada mana, Abah tak pergi kee kat Sua Rasa..Abah cakap tak pergi pun.Ada kat rumah Taman Chukai Indah kat bandar Chukai.Tido kat sana, em...bagus jugak op.Nasib baik rumah tue dah kosong.Penyewanya dah pindah rumah sendiri.So, sesiapa yang nak stay kat kemaman and perlukan rumah sewa, boleh koling Chah yee..Lepas nie, insyA rumah tue kan jadi homestay kot.Ntahh laaa.Cakap sajerrr jee nie

Reminder for me...2hb November 2009 is my bestday.Means that I'm 22 years old soon..yeh, dah besar cikit, Hope aku bertambah matang walaupun sentiasa tak matang.Sebab tue kot, ramai orang suka kawan ngan Chah..kih2

And 2hb november jugak laa kena presentation untuk subjek data struct.Sampai sekarang tak buat2 lagi group assignment data struct.Dr nordin tak sabar nak bagi markah op, tapi kalau doktor nk sponsor kek kat chah pun molek benar laa kan

p/s : Anybody who have linux CD boleh kami nak pinjam tak.

Thursday, October 22, 2009

Di hadapan orang yang kita Cintai.

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.




Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.



Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Tuesday, October 20, 2009

Perkataan Maut datang tak mengira waktu, usia dan jarak.Beringatlah

Pertama kalinya.

Kematian datang menjemput bila2 masa tanpa kita sengaja tak nak sedari.

Apa korang nak jawab bila malaikat datang nak mencabut nyawa kita?
Aku pun terketar2 lutut nak jawab.Sebab Aku sedar diri ini hanya insan biasa

Baru sahaja mendapat berita.Hanya ucapan "Innalillahi rajiun" yang dapat saya ungkapkan.Takziah untuk ama-chan kerana baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta.Bersabarlah..Dugaan tidak mengenal masa untuk datang menguji kita.Pertahankan iman di dada sudah cukup.Berdoa banyak2 minta hati dikuatkan.


Kita pun sebagai hambaNYA kena bersiap sedia dari sekarang.Sudah2 laa buat jahat kat orang.Stop laa hasad dengki dengan kawan2.Janganla cari pasal duk mengumpat dan mengata lebih2 kat kawan2 sendiri.Kadang2 manusia suka buat cerita kat belakang.Tapi bila berhadapan buat muka baik op...iye tak? Tak payah cakap laa "dia tue kawan baik sangat2 ngan aku", takkan sanggup buat khianat.Walhah mulut masing2 siapa yang tahu.Kalau Tuhan tanya, camne nak jawab yeee? Baik kita hisab diri kita dahulu..muhasabah banyak2 kan.Eventhough Chah sendiri memang banyak buat silap.Langgar hukum Tuhan pun ada selalu.Tapi tiap kali buat silap, mesti Chah tenung diri.
Ya Allah, apa aku dah buat nie?

"Ooo..chewahh...Nothing to say daa, Sistem Kedai Dobi Mesra Sokmo is waiting for me, nak present dah 26 hb Oktober 2009 nih, oohhh..En.Sadam jangan pilih kasih nanti yee"

SAKARATUL MAUT!! Terngiang2 kata-kata ini dari Ustaz Abdullah Khairi.

Sunday, October 18, 2009

Cerita indahku menguji iman diri ini.

Alhamdulillah.Bestnyerr saya balik Teluk Kalung.Terlepas segala rindu2 yang ada.haha...Poyo sungguh laa Chah ooiitt! Dapat jugak Amina bermanja dalam pelukan kakaknya yang tersayang. Luv u sokmo yup..bucuk2 comeiii.


Hari ini saya balik udm dengan bus ajee.Sebab Abah takNak hantar saya balik.So, saya dengan ketidakrelaan hatinya kena ikut cakap Abah.Chah balik dengan Mad Hanafi (my encem cousin, huhu) yang kini sedang belajar di ILP Gong Badak, dan included cik Hanisah Azmii..Sampai kat mpkt pukul 5.oopm, So, kitorang decide balik ke hostel dengan van sekulah laaa (memang bermakna kan, Nisah).ehemm

Chah duk termimpi2 nak gi survey2 sandal baru.Tapi disebabkan hari n
ak ujan, so..Cancell laa jawabnya.Kan kalu Chah demam, sapa nak tolong tengokkan.Dah laa takda sugar daddy.Sugar mummy lagi laa takda op, Special2 pun indah khabar dari rupa sahaja.Hanya pada nama menzahirkan perasaan yang terpendam.Hancur begitu sahaja...em, aa'ahh laa kan

Seronok sangat tengok perkembangan Amrina.Makin chubby, makin cantik, makin comei...Sungguh, Chah tak perasan.Tapi ramai yang cakap Amina memang cantik.Dan c
erdik dari usia sepatutnya.huhu...baru 51 hari berlalu

Syukur banyak2, coz Tuhan dah ja
dikan asbab dan musabab setiap insan berbeza, dan setiapnya diuji dengan kelemahan dan kelebihan tersendiri.Termasuk diri saya dan juga sesiapa yang berkenaan laa (specially kepada pembaca blog ini).

Tomorrow masih ada lagi 1 kelas yang bakal ditamatkan untuk semester ini
.Tak sabarnya nak final exam.Chah suka time exam.Bermakna satu semester sudah dihabiskan..Wait2, perjalanan di udm nie panjang lagi.Berbaki lagi 2tahun tau.Aku mohon dikuatkan iman hambaMu menghadapi mehnah ujian rintangan dan umpatan manusia2 di luar sana (kalau laa ade, terasa kepedasan cili keringnnyaa kan).Pullstop!

Chah nak baby comei2 jugak nanti..How cute

Perkembangan si Nurul pulak.so far Good Alhamdulillah kat mesir nung.pagi tadi ada jugak Abah message die, and mms gamba amina kat Nurul.haha..dalam pukul 12.30pm lebih kurang..Katanya kat sana pukul 6.30am, tak sarapan lagi.Ada kelas kul 10.00am dengan pukul 2pm nanti.Nampak keadaannya ok jeh, hope u to be always success sokmo erk, dear.Flying with colourfull blissfull gitue op

Abah saya memang camtue.Kalau anak2 perempuan nie sume die checking selalu.Jaga sungguh2..Sapa Chah nak gi bandar sorang2 or gi hang out ngan kawan2 pun Abah tak berapa benarkan.Iyee laa, Chah nie terlampau baik kot, kih2.Tapi nak compare si Nurul dengan saya, agi better die laa.Lagi bagus die.Orang kata, sakinah, mawaddah, wa rahmah

Jazakallah....

Wednesday, October 14, 2009

Bertungkus Lumus selalu membuahkan hasil yang ummphh!


Malam ini saya sedang bertungkus lumus menyiapkan assignment individu untuk subjek Network Security.Petang tadi detik bermulanya Encik Network memberikan tugasan ini.Starting dalam pukul 4.15pm, Dah laa tiba2 jerr, on the spot agi tue.Terkejut Chah bila dapat keja baru, walhah kerja berkumpulan kami pun tak siap agi.So ok, encik Faisal.Akan saya siapkan juga.Malam ini pastinya

Fuhh..Alhamdulillah.sekarang dah lega.Di waktu ini, tepat pukul 12.30am.Sebab keja dah siap, cuma nak print out sahaja.tunggu Kak Nina, tapi akak ada kat bilik Zati pulak sekarang.Sebenarnya ini Assignment yang agak senang laa jugak.Just a basic form mengenai Keyloggers, Trojan, Worm, Rootkit..Soalan mengenai "ping of flood" yang Chah suka nak kaji.Ada coding2 yang perlu kita tahu...Just cari jee dalam "command prompt" tue jeh

Fikir punya fikir.bagus jugak En.Faisal bagi assignment macam nie, kurang2 kitorang ada keinginan nak explore macam2 perkara.Bertambah laa agi ilmu di dada..iye tak? En.Kamir kena belajar cara nak mengajar student yang betul dengan En.Faisal nie...hihi, baru betul

Tommorow time for balik kampung.Kampung Teluk Kalong nun melambai2 selalu...waiting for me!! huhu.Amina pun tunggu saya yee

Mataku dah mengantuk..k, SELAMAT MALAM!!

Tuesday, October 13, 2009

hari ini dan keesokannya.Takde kaitan pun tajuk!

Hari nie saya pergi pasar malam.Dengan Kak Ummi, kak Sal ngan Kak Ada..haha, dah naik status diorang.Chah muda lagi, 2hb november nie is my birthday.yehhaa! Same date with Bollywood star, SHAH RUKH KHAN, but different year jeh.how sweettt..boleh anggap cam my twin ar op.Coolnya!

Chah rasa kenyang sangat hari ini.Konfim! berkat Chah ngan Kak Tiha beraya puasa enam kot.kih2.Starting dari pukul 12pm tadi, kitorang pergi kiosk.Makan aiskrim kon yang harga rm1.50 sahaja..Boleh laa rasanya.Sweet tetap ada.Ditambah dengan perisa coklat plus2 ribena.Yummmy!! Yang baiknya.Chah "tapauww" rm1.00 dari kak Sal kita.tq cayang2 bucuk yee, salina salim.bertambah laa glamour sal asyik duk masuk blog Chah jerr op.

Kak Tiha and Chah at k.Lumpur

Saya tak tahu laa kenapa.Today my feeling is so weird..erghhh,

Shah cakap kat Kak Tiha.

"Yumm2..sedapnya aiskrim nie, kak.Chah tengok citer jepun ari tue.Budak tue makan aiskrim kon.terliur laa, akak.Jom arr kite g makan.Kat kiosk.Nak tak?"

Jawabnya."Oo...bereh2.Jom laa, comei."

Alahai, Skrip nie dah lari sikit benarnya..dah lupa lirik ekpung.Takpe, dimaafkan kan, akak...

Aaahhh..Kak Tiha makan sampai "seeehh" perutnya.Kenyang alhamdulillah yeee.Saya terliur lagi kat hotdog.Juga kat kiosk tue, 2 batang rm1.00..Tiba2 dengan cepatnya, Kak Tiha pun nak makan jugak hotdog tue.Dihulurkan duit kepada saya selaku p
embeli berjaya.hihi~

Laparnyeee akak.Nanti nasi akak nak letak kat mana? kih2.selesai urusan aiskrim dan hotdog, kami berdua menuju ke "R & R UDM".Nak beli nasi.Kat kafe kak Nik, Chah beli nasi separuh ngan ayam goreng berkuah lada.Makan sekadar keperluan.Sebab mengikut sunnah, Nabi berpesan "Makan berhenti sebelum kenyang."

Chah jeling nasi kak Tiha.Aiikkkkk, sama laa selera kita.Alamak, nampaknya hari ini kak Tiha ngan Chah macam tak boleh dipisahkan ajerr kan.haha, semuanya sama.Harap2 suami kami nanti tak sama yeee.Saya tak nak.Katakan TAK NAK kep
ada poligamii berparlimen...huhu

Gurauan semata2.So, abaikan tau! Chah g pasar malam just beli yong tau fu ngan coconut shake sahaja.Sebab mengidam dari semalam lagi.haaa...kawan2, di sana Chah ngan Ummi terjumpa dengan si Luqman maat ngan si Ajim, seriusnya diorang.Lapar perut sangat kerr?? kih2.

Apa pun.selamat makan kenyang2 laa kat Ajim ngan Man.At least saya senyum jugak tadi kan.Balik biruni tadi, Chah tengok biha pun beli makanan sam
a ngan saya..juga coconut shake ngan yong tau fu..Arghhh, rumateku kenapa tak cakap nak beli makanan sama? Kalau tidak, tak payah kita beli asing2.Just kongsi ajee kan...iye tak

Chah n Biha at Tok jembal jerr

Membazir amalan syaitan.Off course laa...Smua orang cakap saya budak kecik, makan pun sikit.Sebab dah memang saya Tuhan jadikan sebegini.ada kelebihan n kekurangan jugak.Sepatutnya, masing support laa diri masing2 kan.Baru berkat hidup ini..Emm

Hari khamis, 15hb oktober saya balik Kemaman.Syooknya! nasib baik tiket tak habis lagi.TQ for ajim lagi sekali coz belikan tiket.Buat julung kalinya suruh budak laki belikan tiket.Mula2 nak suh pawi, tapi die balik umah..So ok, jee Pawi.yeepi

Amina.Rinduu bangat sama dia...kang balik umah, Chah peluk cium puas arr.tungguuu

I want to Maghrib pray.tadaa~

Sistem kedai dobi.


Di saat genting sekarang, Kami sedang bertungkus-lumus meng"completekan" Sistem Kedai Dobi Mesra Sokmo. Tugasan oleh Encik Sadam aka Encik Kamir [access denied...mission completed]...debooosh! Antaramuka kami direkabentuk oleh saya sendiri.Kerangka utamanya pula oleh cik Salina anak pak Salim.Kak Tiha bertindak sebagai pemerhati dan pengkritik berjaya, loading 2 hour...sebab Kami menghormati kak Tiha sepenuhnya tau.kih2~

Ini adalah antaramuka yang Chah dah cipta tapi tak lawa pung op

Bagi pandangan saya, comei dah rasanya...iye laa, idea diri sendiri setakat yang termampu.Kak Tiha dengan Kak Sal pun turut membantu apa yang patut.Kerjasama seharusnya diutamakan.Lepas nie, kena bagi award kat myself laa op, nak harapkan award dari orang lain, memang takkan dapat sampai bila2..huhu, and now we hope this system will be more comei agi after dah complete nanti yee,

Kawan2, doakan kejayaan kami...kihh2

Monday, October 12, 2009

"Apa nak dikata."

Syukran God.Today is the last day for me to fast in this Syawal month..Success! berjaya menamatkan 6hari yang bermakna.Syukur saya masih diberi peluang merasai kenikmatan berpuasa pada tahun ini.Dan harapan semoga di tahun akan datang semakin bertambah rahmatNya..yehh, semestinya anda dan maggi!! lalala


Tahniah untuk Dr.Nurul Insyirah, kerana akhirnya telah menghasilkan blog sendiri.Selepas digasak berkali2 oleh kakaknya, Prof.`Aishah Zunairah..ahha..[[ berangan tak sudah2 ichaah ooii ]]. Sesiapa yang berminat untuk melihat perkembangan beliau, boleh lah ke sini
http://nianajihah.blogspot.com. Tq...Tapi jangan laa lupa kan saya di Malaysia.

Jazakallah...

p/s : She's cute, like me as sister, right?

Sunday, October 11, 2009

DIALOG CINTA VERSI 3.(Tak Baca Rugi Anda)


Adakah orang yang bercinta hilang maruah?


Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.Allah berfirman : Lelaki berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan berzina pula tidak ingin berkahwin kecuali dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.(surah An-Nur:3). Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta.

Tidakkah itu penghinaan dariTuhan? Jadi orang yang pernah bercinta hanya layak dengan orang yang pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati!

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan saja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isteri dan ibu anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? (tidak ada dalam syariat)

Tentu. Mana ada lelaki normal suka pada barang "second hand" sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata, sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulur ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlahnya kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah : Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya dan orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara diri dari melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (surah Al-Ahzab:35)

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Taubat yang murni. Taubat sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat : Tinggalkan perbuatan maksiat, Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk yang menjurus kea rah percintaan. Berazam. Bertekad dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab Kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum kahwin, semakin hambar dan kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.

Ya Allah, hambaMu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini.Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambaMu ini berdosa…Amin yarabbal alamin…

Moga Allah terima taubatmu. Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak ke mana! Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka datang kepintuMu mencari redhaMu. Terimalah taubat mereka.

T__Tamat__T

Saturday, October 10, 2009

DIALOG CINTA VERSI 2.(Tak Baca Rugi Anda)

Sambungan DIALOG CINTA Versi 2.
(Jangan menunding jari pada orang lain.Tolong cermin diri sendiri dahulu).

Termasuk diri saya sendiri.TQ


Tentu ada cinta secara islam.

Cinta secara islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab Kabul, cinta selepas kahwin.Itulah cinta suci dan kudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan islam. Apabila islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut dari dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.(ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri penzinaan?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu, tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang hingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin. Baru semalam, bukankah mereka sudah hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang bercinta telah sampai ke daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang bercinta tetapi tetap selamat tidak berzina. Kami tahan diuji!

Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia tidak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu. Firman Allah : Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok khuldi. (Jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim.(al-Araf:19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan adalah dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas berkahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum membuat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan semasa bercinta? Bercinta penuh lakonan dan kepura-puraan. Masing-masing berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, pemurah, penyabar dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yang pujuk. Jangan harap selepas kahwin, bila merajuk akan ada orang yang pujuk. Banyak orang tertipu dan kecewa dengan keperibadian orang semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang penyayang, penyabar…sanggup tunggu pasangan berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit dah kena tengking. Jadi perwatakan semasa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan hanyakepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat kebahagiaan, jika jalan mendapatkan kebahagiaan tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah mula sudah canggung, bagaimanakah kesudahannya?

Tanya sikit..adik angkat, abang angkat, kakak angkat, boleh ke?? Ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya tetap sama. Adik angkat, abang angkat, kakak angkat, adalah satu bentuk tipu daya syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa dikorbankan. Namakan apa saja sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semua adalah sama. Jalan akhirnya tetap akan bertemu zina.

Jadi seolah-olah orang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpah kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu, ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah Taala.

Sambungan untuk Versi 3 akan coming soon..InsyA

Friday, October 9, 2009

DIALOG CINTA VERSI 1.(Tak Baca Rugi Anda)

Bukan senang kita nak menerima teguran orang lain.Walhah dia itu adalah famili terdekat kita mahupun sahabat rapat kita.Fenomena dan situasi yang makin mencabar (juga mendesak keadaan) sekarang menyaksikan ramai sahabat dan sahibab kecundang di dalam kancah "hubungan bermakna".Saya sendiri pun tidak laa terlalu faham mengenai urusan ini, tetapi apabila membaca artikel ini, banyak benda yang difikirkan.Serasa ingin kembali menjadi budak2 semula.Kadang2 saya tewas dengan perasaan sendiri.Kadang2 tiada apa yang mahu difikirkan..


Mari kita fikir bersama


Kami tidak berzina!


Maaf saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.


Kami hanya berbual-bual, berbincang..bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?


Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.


Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.


Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya iblis.


Tidak semestinya semua orang bercinta menjerumus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS saja. Tidak pernah bersua muka pung!


Betul. Tapi itu adalah sesuatu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu akan membawa kepada penzinaan akhirnya?


Takkan nak berbual-bual pung tak boleh? Itu pun zina ke?


Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan mata berahi.Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki berzina dan zinanya adalah menuju tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman.(Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan penzinaan.


Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja. (Bagi kes belajar berdua-duaan sahaja)


Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagilah. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis oleh malaikat rakib dan atid.


Sungguh! Berbincang pelajaran sahaja! Ni study group. (Bagi kes berdua-duaan sahaja)


Study group?? Nampak lain macam saja.Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua saja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni, betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja berbincang pelajaran, yang lain tu…banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!


Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran!


Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah fitrah manusia.


Kami berdua sama-sama belajar.Study group.Saling memberi semangat dan motivasi.


Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang yang cemerlang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.


Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri bercinta?


Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud dalam diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak menyuruh membunuh naluri seperti yang dilakukan paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong ada diri sendiri. Bukan salah atau berdosa jika perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu dan patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.


Sambungan Versi 2 insyA akan menyusul...


Thursday, October 8, 2009

"Kata Madah Pujangga.Sejuta Helah Bermakna."

Di saat ini.Pada waktu begini, ku teringat kata madah pujangga.Entah dari mana, Chah pun dah lupa.Tapi kata2 ini agak berkesan jugak untuk panduan kita bersama.haha..Kata2 yang lebih kepada motivasi kepada diri sebenarnya.Dan tidak bermaksud apa2 pung tau!

"Hidup ini bagaikan Boneka yang dikawal Perasaan.Tapi kadang kala ia ditunggangi nafsu.Setiap apa yang Kita miliki haruslah kita sayangi, Kerana setiap yang kita Sayangi mungkin takkan dapat Kita miliki."

Lagi Madah.

"Kadang2 Kita tak sedar Orang yang Kita tak peduli Sayang Giler2 kat Kita.Kadang2 Kita tak sedar Kita terlampau Sayang kat Orang sedangkan Dia selalu sakitkan hati Kita.Dan Kita tak pernah sedar, Kita bukannya sempurna untuk mendapatkan Orang yang sangat2 sempurna dalam hidup Kita.Kerana Kita bukan siapa2 untuk buat Orang menyayangi Kita macam Kita Sayang kat Dia...Sebab apa? Sebab Kita hanya lah Seorang Hamba Allah s.w.t yang biasa."

Seterusnya.

"Bila Kita keseorangan, bukan Kita tidak berteman.Bukan jua bersendirian tetapi akal yang sejengkal itu Teman, Ilmu di dada itu Kawan, Iman yang kukuh itu Sahabat."

Ingatlah bersama.

"Adakala Kita perlu menangis supaya Kita sedar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa.Adakala Kita perlu ketawa supaya Kita dapat menilai betapa mahalnya setitis air mata.Adakala Kita perlu menghargai apa yang kita ada.Kerana selepas kehilangannya, baru kita menyedari bahawa berharganya Dia untuk Kita."

Akhirnya.Redha lah seadanya yee


"Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan.Tetapi hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu rahsia di dalamnya.Begitulah dengan kehidupan manusia, penuh dengan rasa riang dan ketawa, tapi hanya Allah s.w.t yang tahu rahsia kehidupannya.Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biar pun berjuta batu yang menghalang.Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, Kita akan sedar bahawa Allah s.w.t sentiasa bersamamu."

()*"()*"()
( 'o')'-' )
(,(")")")")

()*"()"")
( 'o'),' )
(,(")")")")

Did U hear what I had said just now?
I Say...jeng2
- GOOD NITE AND SWEET DREAM -

T------T

Sunday, October 4, 2009

Rebutlah Pangkat Isteri Solehah.

Untuk peringatan diriku dan semua yang bernama wanita.(Sejati sahaja yee.kih2)

Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.

Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.

Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.

Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!

Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.

Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.

Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebagagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.

Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.

Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.

Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.

Saturday, October 3, 2009

"Kem Pemantapan Diri 2009"

Storing sharing.Ini merupakan salah satu projek untuk Ko-kurikulum Rakan Kaunselor.Untuk sesi 2009/2010..bertarikh 03 Oktober 2009 di Blok Ali 01, 02 dan 03..So, Chah sertakan sedikit tentatif program

8.00am : Pendaftaran
8.30am : Taklimat Program
8.45am : Ice Breaking
10.30am : Minum Pagi
10.45am : Bengkel 1 (Bina Menara)
12.30pm : Makan Tengah Hari/Solat/Rehat
2.00pm : Bengkel 2 (Jual Produk)
3.30 pm : Bengkel 3 (Kembara)
5.00pm : Rumusan dan Penutup
5.30pm : Minum Petang
6.00pm : Bersurai

Keseluruhannya ok sangat.Sebab santai.Tak mengantuk pun.Cuma letih kaki tangan, sebab kena berjalan untuk kembara berkumpulan..haha, teringat kat aktiviti kembara, buat aku merungut jugak pada awalnya.Sebab aku bukan jenis outdoor gurl, tapi at least seronok sebab dapat kenal kawan baru yang dari kumpulan lain dan kursus yang berbeza..

Mengenai kembaran kami..setelah diundi nombor masing2, Chah ditempatkan di kumpulan 10, dan untuk aktiviti kembara ini, ketua kumpulan dikehendaki menjaga "amanat" yang telah disediakan oleh fasilitator.Kih2, tetapi disebabkan ketua kumpulan aku lambat, kitorang hanya dapat kotak kosong je.Dah laa besar, kena laa bawak jugak time nak pergi ke setiap checkpoint2.

1st checkpoint di "Pusat Wireless"..Sepatutnya di blok A laa, tapi penjaga CP tue tunggu kami2 di bawah pondok kat blok B.Tak pe laa kan, so, tugasannya..Kami kena menyanyi lagu kumpulan.Yang bertema kepimpinan.Dan 10baris perkataan.haha.memang kelakar laa kami nyanyi, cukup 1x jer, die dah puas hati

Next, 2nd CP kami dikehendaki pergi ke "Tempat Menyihatkan badan"..Spontan aku terfikir ke Gimnasium.So, dengan bergegasnya, kitorang ker sana.Sampai sana, kitorang kena jawab 3 soalan mengenai UDM, senang jerr soalannya..kih2, 3rd CP pulak dikehendaki ke "R and R UDM".Haha, kelalar laa pulak bila bace CP nie tadi, kat UDM ade ke R and R yee? Rupa2nya, Medan selera aka~ Kafe baru udm tue laa, Chah oii..

Kat sana, kitorang kena menjawan 3soalan.Jika salah, kena laa denda yang setimpal.Denda hanya laa menyanyikan lagu UDM.Tanpa ada sebarang gangguan dan dengan bantuan seorang moderator yang tak berapa profesional..kih2.Lepas tue, 4rd CP di "Tempat Pertukangan Kayu", iaitu di Bengkel kejuruteraan kat belakang blok hafsah.Jauh gilerr kena jalan kaki..Nasib laa op

Sampai sana, Kena jawab soalan lagi, pahtue dapat laa 5rd CP iaitu kena bergegas ke "Tempat urusan UDM", Chah ingatkan HEPA laaa.Tapi rupa2nya Bangunan Akademik, selamat kaki Chah, tak payah jalan jauh2 agi op, haha...CP terakhir, kena berkumpul semula di Tapak kat tepi DABS.Kat sana kitorang jumpa fasilitator untuk bagi jawapan2 dan semua CP yang ada.

Juara keseluruhan berganda untuk kumpulan 1 sebab dapat hadiah untuk 2aktiviti sekaligus..Tahniah yee, salina salim.Bangga aku ngan mung op.haha!

Laporan Kem Pemantapan diri 2009 jangan lupa disiapkan tau.T___T