Monday, May 31, 2010

perempuan cantik pakai tudung.



1. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia nak tutup aurat.

2. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia jaga maruah diri dia.

3. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia cantik.

4. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia tak mahu tunjuk kecantikan yang ada.

5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia anak solehah.

6. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia dengar cakap ibu-bapa dia.

7. Kenapa perempuan cantik pakai tudung.. Sebab dia hormati orang lain.

8. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia takut apabila tidak pakai tudung, orang tengok dia akan ada niat tidak elok terhadap diri dia.

9. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia tidak mahu diminati oleh ramai lelaki sangat.

10. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia tak mahu menyusahkan orang lain.

11. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia mahu dapat pahala.

12. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia dapat menghindari diri dia daripada maksiat.

13. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia dapat menjadi contoh kepada perempuan lain.


14. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia mahu lelaki beriman sahaja yang suka pada dia.

15. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia dengar suruhan Nabi S.A.W.

16. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia dapat mengurangkan nafsu si lelaki.

17. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia tahu rambut adalah mahkota bergarga bagi diri dia.

18. Kenapa perempuan cantik pakai tudung... Sebab dia tak mahu rambut dia ditarik dan digantung dengan bara-bara api kemudian dibakar dengan dahsyat sekali di akhirat kelak.

**nauzubillah min zalik...

"Kejelitaan adalah hak milik setiap wanita...ehe. jika anda rasa anda cantik, jagalah mahkota diri anda. Kerana ia amatlah bernilai..."


tolong sampaikan pada si dia.


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya...

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta pada-Nya...

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah S.W.T kerana di situ ada syurga...

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya...

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupanya...

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya...

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya...

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia...

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya...

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya...

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa...

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga...

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya...

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana...

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...

Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...

Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya...

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia...

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku...

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga...

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

** Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia...

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia...

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya...

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

keputusan.


tadi rasa bimbang kan mengenai LL4G. tapi sekarang sedikit lega sebab keputusan peperiksaan untuk tahun kedua sudah keluar hari ini. macam tak percaya je. sebab awal sangat. makin rajin staff udm buat keja kan? hehe. memuji pun apa salahnya kan....so far, alhamdulillah. result saya meningkat daripada semester lepas. walaupun masih tak dapat dean list. tidak mengapa. saya memang takda target mahu dapat dean list pun. cuma hendak kekalkan 3 pointer ke atas sahaja, sudah memadai bagi saya. harapnya semester hadapan saya akan dapat kekalkan keputusan yang bagus amat.

insyAllah...amiin

berita terbaru.


berita terbaru mengenai misi LL4G - kapal induk yang menyertai misi ini telah ditembak oleh tentera israel melalui serangan udara. angka kematian meningkat kepada 16 orang pada ketika ini. lebih 60 orang turut cedera. tentera israel tak akan mengalah selagi tanah gaza tidak menjadi hak milik mereka. Pohon keprihatinan kita bersama untuk sentiasa mendoakan keselamatan mereka semua. mereka semua bukan orang lain dengan kita. umat Islam juga kan.


Sunday, May 30, 2010

Kasih Ke Syurga.

"Seandainya kasihmu bisa membawaku ke syurga akan ku korban jasad dan nyawa...."

sedang meninjau-ninjau novel terbaru di kedai buku men-men kemaman, saya ternampak la novel ini. sebuah novel islamik karya raihan zaffya, iaitu penulis yang baru pertama kali menghasilkan novel. agak ok la novel terbitan alaf 21 ini walaupun penulis novel tidak menghuraikan plot cerita ini dengan lebih jelas dan tersusun.

jadi kalau anda mahu beralih membaca novel islamik, dapatkan segera di pasaran. Ok...kerana novel
Kasih Ke Syurga merupakan cetakan pertama untuk tahun 2010 dan masih baru lagi di kedai-kedai buku terdekat dengan anda.

aiiiik. saya dah jadi macam promoter buku-buku eh?

Wednesday, May 26, 2010

soal jawab lelaki dan perempuan.


soal jawab ini bukan saya yang reka. saya ambil dari e-mel saya. kalau anda rasa tak nak baca pun takpa. sebab ayat dia buat saya tak boleh blah. hehe~

1. Lelaki cakap - "Duit belum cukup lagi."

- Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le, hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer.
Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

Perempuan Jawab -

Bkn nk jual anak. tp duit hantaran tu nak gune wat kenduri. bkn mak bapak nyer yg dpt duit tu, nk heboh kt semua org yg ppuan tu dh jd bini die. harga barang skang kn dh naik. lg pn suh merasa ssh nyer mak ayah die jage berpuluh2 tahun, bg makan pakai, pastu dh besar bg kat org mcm tue jer. e2 pn tah jge elok ke tak ppuan tu..


2. Lelaki cakap - "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin."

- Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer. Pompuan skang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu..

Perempuan Jawab -

Bkn jatuh standard. tp penat trn naek bus. ni kang xkn perut dh memboyot, berhimpit2 dlm bus. silap2 leh terbersalin dlm bus. nk harapkan laki nk lindung kte dr kene himpit dlm bus? jgn mimpi la..silap2 die dh trun bus, kte ttinggal kt dlm bus lg. ms bcinta reti plak.


3. Lelaki cakap - "Banyak sangat halangan."

- Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

Perempuan jawab -

Mesti la kene kursus dlu. dh la ilmu pasal tggungjwb cetek, mls lg nk menimba ilmu. ujian HIV tu, nk tau gak klu bpenyakit mcm tu sng nk lari sblm tlmbt. awk yg wat dosa dlu xkn nk ppuan yg tggung skli. dh keluarga xske, pandai2 la amik ati. usaha la. kawin tanpa restu mak bapak xbahagia...

4. Lelaki cakap - "Dah mencubalah tapi telah dikecewakan."

- Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer. tak kira ler laki orang ker, duda orang ker. terus tinggalkan kita.

Perempuan jawab -

Dah org kaya jer reti pikat ppuan, nk wt mcmn. ppuan ni klu kaya mcmna pn, klu laki tu mcm hampeh die lari gak. bkn nk kaya sgt pn, tp nk lelaki yg leh tanggung hidup kte. xkn nk ppuan yg tggung laki..

5. Lelaki cakap - "Jodoh tak sampai lagi kot."

- Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu!!

Perempuan jawab -

dh mmg ppuan tu bkn jodoh awak, terima jela. nk salahkan sape?

6. Lelaki cakap - "Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat."

- Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan? abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!


Perempuan jawab -

Yg gi kejar ppuan mcm tu wat pe? tggal jela. bsepah ppuan yg berdikari. majuk tu bese la. nk bmanje. klu x, laki wat xtau jer..


**letih saya nak memahami ayat-ayat dia cakap tuh. agak pening sedikit. kalau anda rasa anda juga pening, jangan teruskan pembacaan anda, ok...

i was tagged by him!


menjawab tag daripada dia. hehe. he is my classmate too. terima kasih.

Soalan pertama : adakah anda rasa anda hot?
** takda hot. anda rasa saya cool tak?

Soalan kedua: upload wallpaper yang anda guna sekarang.


Soalan ketiga : cerita pasal wallpaper tersebut.

**hitam itu menawan apabila digandingkan gambar saya dan adik debeb bersama-sama. hehe

Soalan keempat : bila kali terakhir anda makan pizza?
**masa reunion group smkc saya, fara, fiqa, aisah dan yuni tahun 2007. dah lama rupanya

Soalan kelima : lagu paling latest anda dengar.
**"tak perlu ucapkan sepatah kata. kerna kata terpancar dari muka, kau dan aku sudah tiada........
meimbulkan tanya apa mungkin kita temu kebahagiaan...dalam perpisahan"

Soalan keenam : apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
**pakai headset dengar kebahagiaan dalam perpisahan

Soalan ketujuh : selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
**chah, shah, kak echa, angah

Soalan kelapan : tag lagi lapan orang.
*Dr. insyirah
**darlingfarah
***auni zhafran
****ain masturah
*****kak sumayyah
******atiqah
*******farah ain
********hanisah

Soalan kesembilan : siapakah orang no. 1 kepada anda?
**adik perempuan saya yang paling baik hati.

Soalan kesepuluh : katakan sesuatu kepada orang no.5
**ukhuwahh fillah abadan abadan. selamat berjuang wahai kakakku sayang.

Soalan kesebelas : no. 3 ada hubungan dengan siapa?
**dengan mak ayah dia la. betul nie...

Soalan keduabelas : bagaimana pula dengan no.4?
**dia adalah adik senior saya yang baik juga dan kelakar sikit, hehe. ain, nak roti~

Soalan ketigabelas : pesanan kepada orang no.6
**tabah lah dalam kehidupan seharian. jangan tensen sangat, ok~

Soalan keempat belas : kata-kata cinta untuk orang no. 2.
**saya rindu sahabat saya ini. bila nak kahwin?

Soalan kelimabelas : adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
**mereka berdua rakan sekelas BCS saya. kedua-duanya sudah menjadi hak milik orang. haha

Soalan keenambelas : berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.
*saya panggil din
**merangkap ketua kelas BCS sekarang
***kawan baik amin
****kuat semangat kot.
*****ramai kawan perempuan. hehe ~ mana boleh rahsia pasal ini kan?

Soalan kelapanbelas : perasaan anda semasa buat tag ini.
**sabar yang teramat sabar. dan lapar minta diisi oksigennya..

Soalan kesembilanbelas : adakah anda tau si razman itu sengal?
**saya takda kaitan dengan si razman sengal ini. anda silap orang la

Soalan keduapuluh : gay or less?
**gayless ke gelas yeh? macam silap ejaan jeh kan...

- Soalan keduapuluhsatu -
Di manakah soalan ketujuhbelas-nya? takda pung kan...

Tuesday, May 25, 2010

Madihah is tagging me!


saya tak nak cakap panjang-panjang. saya nak jawab tag ini sahaja. madihah is tagging me! xiexie madi. she is my classmate. she is as small as me. hehe...

ini bukan rahsia saya. takda orang yang tahu rahsia peribadi saya. ok...

1. 3 nama pada inbox saya
- inbox mana nie? e-mel ke handphone?

2. ringtone utama dekat handphone
-yang satu lagu kebahagiaan dalam perpisahan
-yang satu lagu polifonik biasa jeh

3. apa yang saya buat pada pukul 12 tgh malam tadi
-tidur laa. dengan nyenyaknya

4. orang terakhir bersama saya
-kalau nak dua orang saya bersama ummi dengan adik debeb off course

5. warna-tshirt yang saya pakai sekarang
-pink kaler. sweet~
-jap, skirt tak nak tanya ke?

6. benda terakhir yang saya buat
-baru sudah menggoreng ikan di dapur

7. 3 perkara benda yang anda suka buat setiap hari
-surfing, listening and do it!

8. duit yang ada dalam wallet
-ada duit syiling jeh banyak nie. sapa nak duit angkat tangan, cepat!

9. camner hidup..
-ok, alhamdulillah syukur-syukur sokmo

10. bila kali terakhir jumpa my mama
-takda kali terakhir. setiap saat jumpa my mama. haha

11. mummy saya kat mana
-ada sedang membaca dalam jarak 0.000 meter jeh. adik debeb ada dalam buaian kaler pink. sweet~

12. malam tadi, orang terakhir cakap dengan saya
-semua ahli keluarga saya cakap dengan saya jika saya tak buat muka nak marah. hehe

13. surprise terbaru yang i dapat
- i takda dapat. tapi saya ada dapat. oohh...setiap hari adalah surprise bagi saya. bila nak masuk ke dalam kubur pun dikira surprise kan?

14. benda yang baru dipinjam dari kawan
-takda jumpa kawan-kawan pun lagi sejak hampir 4minggu bercuti laa. sob-sob~

15. my bf..
-my bf are to all beloving friends. friendship never be end~

16. apa yang rasa sekarang..
-sejuknya rasa. walaupun kipas hanya di nombor tiga sahaja

17. nak share dengan siapa
-dalam hati pastinya berkata. tak terluah oleh kata-kata pun

18. saper tau rahsia saya
-Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui segalanya.

19. diorang simpan ke rahsia tu
-Pasti akan simpan segala baik buruk saya sehingga hari penentuan kelak.

20. nak tag ker
-Taknak la. semua kawan-kawan sekelas sudah ditag oleh si madihah. si madi ini tamak sedikit nampak? haha

Tote Boutique. Khas untuk anda


Saya ada baca blog haziqah. senior saya yang cukup meletup dalam dunia blog. haha..iyeke iqa? Dia ada buat entri pasal totebag. wah..menarik bunyinya. saya tengok gambar-gambar totebag itu. cantik sungguh dan memang comel juga. saya pun cari laa di mana boleh tengok design yang lain. nasib baik ada link disertakan. saya pun klik la di sini.

Lihat totebag ini. saya suka yang warna putih begini. sejuk mata memandang kan?

Pandangan pertama saya mengenai blog ini, comel juga. macam totebag-totebag yang dijual. hehe..lagi yang bestnya di blog ini siap ada special gift lagi untuk salah seorang followers yang bertuah. saya rasa mahu mencuba..

BAGAIMANA MAHU MENYERTAINYA? Mudah saja.

- Menjadi follower TOTE BOUTIQUE (Blog baru ini)
- Membuat entri mengenai giveaway ini di blog masing-masing
- Meninggalkan komen tentang entri anda
- Pemilihan adalah menggunakan RANDOM ORG.
- Tarikh bermula 14hb Mei 2010 - 25hb Mei 2010


Ada tambahan hadiah lagi. Totebag yang kaler pink dalam gambar di atas ini akan menjadi milik salah seorang followers blog ini yang menghasilkan entri yang paling menarik.

dan inilah hasilnya entri saya. anda rasa ia menarik?

Riwayat Bidadari Syurga.


Saya mahu promosi buku ini. "Riwayat Bidadari Syurga" oleh Munif Ahmad dan terbitan dari Hijjaz Records Publishing. Buku ini dah lama diterbitkan since 2008 lagi. Tapi disebabkan bukunya bagus, saya pun nak suruh anda baca juga.

Ia berkisar mengenai wanita. Bukan wanita biasa-biasa. Wanita-wanita ini adalah Bidadari Syurga yang begitu agung taraf dan nilainya di sisi-NYA...


Haruman "Riwayat Bidadari Syurga" menebarkan aroma segar yang membangkitkan rasa insaf dan kagum pada keagungan Kudrat Maha Pencipta. Subhanallah...

Dalam kelembutan hati, ada tegas yang tidak bisa digugah.

Dalam kehalusan jemari, tergenggam utuh janji abdi pada Yang Esa.

Dalam perasaan malu, suara tegar mereka mampu menggegar dunia.

Siapakah yang dapat menandingi kehebatan mereka, para hamba yang akhirnya menjadi bidadari syurga? Sungguh! Tanpa diminta, riwayat mereka melintasi ruang zaman dengan megah. Menyampaikan mesej, harum mawar bukan sekadar untuk dicium, indah kelopaknya bukan sekadar untuk dikagumi tetapi durinya mampu mencarik hati yang musyrik, memberi iktibar tanpa rasa gementar.

Bukan sekadar lagu, riwayat agung para bidadari ini turut diabadikan di dalam buku ini. Lagu-lagu ciptaan Munif Ahmad dari kumpulan nasyid Hijjaz seperti Sumayyah, Balqis, Aisyah Humaira dan Siti Khadijah dihurai dan dihimpunkan di dalam buku "Riwayat Bidadari Syurga" ini.

Aduhai Para Bidadari Syurga....

Mendengar lagu dan membaca hikayat kalian membuatkan kami tertanya-tanya. mampukah kami menjadi seperti kalian? Layakkah kami berdiri di sisi kalian? Sedangkan sejarah kami tidak setanding riwayat kalian. Pengorbanan kami tidak tersaing perjuangan kalian dan kehambaan kami tidak sehebat pengabdian kalian....

~ "Riwayat Bidadari Syurga" menambat hati pada Yang Esa~


Sunday, May 23, 2010

kebahagiaan dalam perpisahan


Saya jumpa lagu baru. single terbaru yang dinyanyikan oleh shahir af8, bekas anggota kumpulan nasyid saujana. sedap jeh lagu ini..sekali dengar, macam lagu nasyid la pulak. ehe

saya tidak tahu pun pasal lagu ini. tapi sepupu saya siap kol suruh saya cari dan download lagu ini. dia dengar semalam katanya shahir nyanyi masa konsert. saya cari laa kat pakcik google dan jumpa terus. first time dengar, wahh...mantap suara dia. banyak kali dengar lagi. makin jiwang la pulak jadinya. ehehe

tapi sayang shahir nie dah keluar dari saujana kan

tajuk dia kebahagiaan dalam perpisahan. bermakna sekali yee nampaknya. tapi pendapat saya, memang serius sedap amat lagu ini. itu jeh nak cakap. ok....

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

p/s : Entah bila kebahagiaan itu mahu berputik pun saya tidak tahu bila masanya. haha

Relawan gabungan NGO bertolak ke Istanbul, Turki.


Alhamdulillah. Relawan gabungan NGO telah selamat bertolak ke Istanbul, Turki. Kesemua NGO-NGO ini termasuklah wakil NGO dari Haluan juga berangkat ke Turki untuk menyertai konvoi kemanusiaan bantuan talian hayat ke Gaza bersama wakil-wakil daripada negara lain. Misi ini diketuai oleh IHH, iaitu penganjur utama konvoi ini di mana semua wakil-wakil negara akan berkumpul di Turki dan kemudiannya bertolak ke Tebing Gaza.

Saya mahu anda dan kita bersama mendoakan keselamatan pergi dan balik untuk mereka semua yang telah pergi ke sana.

Ini adalah wakil-wakil NGO daripada Malaysia :

- Tuan Haji NoorAzman Mohd Samsuddin (Ketua Misi)
-
Dr. Mohd Arba’I Syawal (Haluan)
-
Dr. Syed Muhamad Haleem Syed Hassan (PPIM)
- Dr. Selamat Aliman (JIM)

- Jamuliddin Elias (Unit Amal)

- Al Hami Husin Suhaimi (Forum NGO Pulau Pinang)

- Mohd Nizam Mohamad (Media)

- Abd Halim Mohamed Redzuan (Muslim Care)


"Misi ini adalah suatu misi yang paling sukar, namun pihak kami telah bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan. Kami mengharapkan doa dan sokongan anda semua agar misi ini berjaya"

petikan kata-kata dari ketua konvoi, Tuan Haji Noorazman Mohd. Samsuddin

Seterusnya, sila link ke sini.


Saturday, May 22, 2010

memasuki gerbang perkahwinan.



tengah mencari-cari buku apa yang mahu dibaca masa bersenang-lenang di rumah sekarang, tiba-tiba dengan tidak sengaja saya terjumpa laa buku ini.
see gambar di atas. mak aiii...tajuknya begitu mantap sekali. buku bertajuk "Memasuki Gerbang Perkahwinan". bukan pintu gerbang ke rumah anda yee. harap jangan silap faham. haha

sebenarnya dah lama saya memang nak cari buku ini. sebab saya tengok along asyik sangat baca buku bab kahwin sejak akhir-akhir ini. maknanya along sudah bersiap sedia hendak melangkah ke alam rumah tangga ke? hehe.

saya dapat buku ini percuma saja. bukan beli kat kedai pun
. buku ini merupakan modul perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jakim. anda faham maksudnya kan? bila dah sebut pasal jakim, memang ada kaitan dengan kahwin laa off course. saya ada mengikuti satu kursus pra-perkahwinan di udm. masa itu dah lama, dalam tahun 2008 gitu laa. pakej istimewa untuk pelajar-udm. berkali ganda murahnya nak dibandingkan jika saya nak ikuti kursus kahwin ini kat luar tau. sijil kursus kahwin-nya pun dah selamat saya simpan dalam fail kebal. ngeh2

buku ini menyatakan dengan jelas tanggungjawab dan hak pasangan suami isteri bagi membentuk dan memelihara sesebuah keluarga supaya kekal dan berada dalam kebahagiaan. Ia amat sesuai dijadikan bahan bacaan dan panduan kepada suami isteri, terutama kepada muda-mudi yang bakal mendirikan rumah tangga yang aman, harmoni dan diredhai oleh Allah S.W.T. Setiap pasangan suami isteri perlu bekerjasama dan bersefahaman di dalam menjalani amanah Allah S.W.T dengan mencontohi keluarga Rasulullah S.A.W ke arah menjadikan rumah tangga sebagai syurga di dunia. Perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh....

terasa mahu mengambil kursus ini sekali lagi. banyak lagi tak faham tentang bab kahwin~

Wednesday, May 19, 2010

mesir dan malaysia.


Sudah 3 minggu saya berada di rumah. bermakna sudah 3 minggu juga la saya dan ahli keluarga saya dapat berhubung dengan cik nurul melalui webcam. sebab laptop saya sahaja yang boleh ber"yahoo messenger" through webcam. laptop abah, aimin dan along pun tidak boleh langsung.

haaa...itu laa untungnya jika saya berada di rumah. amrina debeb pun asyik buat muka mengada dia la if online dengan nurul depan webcam ini. nurul suka-suka gelak-gelak selalu sebab dapat lihat gelagat adik dia. dah nak masuk 9 bulan umur amrina. bermakna sudah 8 bulan la nurul stay kat sana. lama tue op. kalau saya la stay jauh2, rasanya hari pertama jejak kaki di sana, konfim dah sebak banyak. tapi bila dah lama2, buat biasa jeh laa. tapi if dengan orang yang mula-mula jumpa, saya laa yang tegur dulu. untung laa bakal suami saya nanti rasanya. haha...

Tadi nurul dah tanya pasal kurma. dia tanya nak kurma apa? kurma biasa or kurma coklat or kurma badam or kurma gajus? aiiiik. banyaknya kurma di sana. saya terus laa cakap saya mahu kurma coklat dengan badam. sebab bestt kan dapat makan coklat. walaupun saya memang anti-manis. hehe....

Saya ada pesan kat dia juga - belikan saya jubah mesir yang comell dan cantik gitu yang saiz akak yee. jangan saiz besar2. saya kan budak kecik. dah tak tinggi dah nie. tapi tetap awet muda selalu. syukur-syukur selalu. Ok..

Belikan baju raya juga untuk amrina debeb. ada ke tak ada tak tahu laaa...

Kat ummi juga. Ummi macam biasa la, nak tudung lagi. yang comel-comel...tapi menutup aurat, ok

Untuk yang lelaki ini, tak payah beli apa2 pun takpa kot. abah cakap, jimat duit. membazir amalan syaitan. iye kan, abah? hehe

Saya dan keluarga di sini tidak sabar menantikan kepulangan cik nurul yang akan pulang berpuasa dan beraya di malaysia pada akhir bulan julai ini. tapi yang sedihnya, saya sudah pulang ke hostel masa itu, ooohh...mana aci gitu.

Sunday, May 16, 2010

16 hb Mei ialah hari guru.



Hari ini adalah hari guru. hari untuk meraikan semua guru-guru yang telah berbuat jasa selama ini. so saya di sini sebagai pelajar mahu juga ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang telah mengajar saya, since di kindergarten, di sk.teluk kalong, sk.sultan ismail, sk.chukai, smk chukai dan smk rantau petronas...owhh. tengok tue, banyak sungguh sekolah saya belajar. saya pun baru perasan masa taip entri ini.

kalau tahun lepas, masa hari guru, saya disambut sebagai seorang guru oleh pelajar-pelajar anak-anak didik saya. masa tue, saya cuma jadi guru ganti sahaja. di sk.bukit kuang, kemaman. dugaan nak mengajar murid-murid terlebih pandai ini memang buat kita sakit hati juga kadang-kadang. tapi nasib baik budak-budak nie cukup pandai melembutkan hati saya. cukup memuji saya. dan juga mendengar kata saya.

"cikgu, kenapa suara cikgu halus sangat?"

"cikgu aishah cantik la, comell."


"teacher, nak nombor telefon teacher."


"cikgu, saya nak emel cikgu."


"cikgu aishah, ada orang nak ngorat cikgu nie."

haha. see? macam-macam ragam diorang nie. banyak sungguh gelaran yang saya dapat kan. gelaran cikgu sebab saya mengajar subjek kajian tempatan darjah empat dan lima dan juga subjek pjk darjah satu. gelaran teacher sebab saya mengajar subjek english darjah empat dan subjek science darjah lima. masa hari bersejarah itu, dua kotak air mineral penuh saya dapat hadiah daripada anak murid saya. dengan kad ciptaan sendiri, bunga hidup, bunga tak hidup, pen, hiasan, tudung selendang, kerongsang, muffin cake, chocolate cake, gelas dan ada lagi laa.

saya cukup berterima kasih pada mereka budak-budak cilik itu. sebab bagi peluang for me to teach thems very well. and till now, saya masih simpan hadiah-hadiah itu dengan cukup baik sekali.

Ok, kepada semua insan bergelar pelajar - Sayangi, hargai, kasihi, doakan guru-guru anda sentiasa.

Ok, kepada semua guru - Selamat Berjuang wahai guruku. Ganjaran Pahala dari Allah S.W.T itu lebih besar untuk anda yang ikhlas mendidik kami, anak muridmu.

buat my-abah juga. Selamat Hari Warga Pendidik, biarlah abah sudah menjadi penolong pegawai pendidikan daerah sekalipun. tapi abah bermula dari seorang guru juga kan?

Wednesday, May 12, 2010

aku dan kamu.


Saya baru lagi tengok video klip cerita pendek 3 part bertajuk aku dan kamu. cerita yang dilakonkan di uni. padjajaran, indonesia. cerita yang dilakonkan oleh pelakon2 yang tak pernah berlakon rasanya. tapi best bangat ceritanya. walaupun sempoi, tetapi bagi saya memang best la. pertama kali tengok, ulang tayang sekali lagi. lepas itu, saya bagi ummi saya tengok. dia kata bagus cerita nie. saya bagi along dengan aimin tengok. diorang siap gelak sengih2 pulak tue. tapi best juga. aimin siap ulang tayang part semasa geng abang aisyah sofea datang serang si saiful bukhari tue. ahha...menjadi sungguh watak masing2 dilakonkan. sampai kesukaan seorang diri .

cerita mengenai apa? ooowh. ini cerita tentang kau dan aku. tentang dia. tentang seseorang. soal hati jangan dipaksa. bila ditakdirkan dia untuk saya, hati itu insyaAllah akan bersatu untuk dijodohi. iye kan? cerita ini mengisahkan tentang seorang pelajar muslimin ingin mencuba untuk berkaple. untuk berpasangan. saiful bukhari bin muslim namanya. and then, dia try laa nak mengorat si aisyah sofea yang kononnya single. lalu cinta mula berputik...la la la. indah sungguh saat bersama, belajar bersama, makan bersama dan segalanya bersama. tapi cinta terhalang disebabkan oleh abang aisyah sofea tidak suka dengan hubungan dorang berdua. dan akhirnyaa....anda fikir sendiri ok apa jadi finally. saya tak nak cerita.


motif cerita ini - "Setiap cita2 dan impian bermula daripada mimpi. tetapi bermimpikan, bercita2kan sesuatu benda yang salah, tak patut. cita2 nak kaple, tak perlu kot. Semua orang diberikan fitrah untuk berpasang2an, memang kita suka untuk berpasang2an. tapi akan sampai masanya kita berpasangan. Biarlah cinta itu untuk isteri / suami kita sahaja..."

takda sambungan ke cerita ini? nak tengok sekali lagi laa...em. kredit for fahmi too.

kursus j2ee.


Sebenarnya kalau nak diikutkan perancangan asal, saya kena menyertai satu kursus anjuran mdec company. Kursus j2ee ataupun kursus java development namanya. starting kursus from 08 hb mei 2010 till 28hb mei 2010 rasaya..saya pun dah lupa tarikh habis. tempat kursus ini kat udm juga. ada dua group - a dan b. if saya join kursus ini, konfim saya akan masuk group a juga. bersama kak tiha, kak kim dan tiqah. takpa laa, next time, insya Allah jika ada peluang, saya akan join.

ok...
to all j2ee participants. wish u all good lucks and all the best!

to my ex-roomate, nabihah..selamat belajar tau. may God bless u. tak rugi menuntut ilmu di bumi Tuhan kan.


p/s : nasib baik ada junior yang mahu ganti tempat saya.

streamyx cool uni pack.

Em.

Saya ada daftar pakej internet yang Streamyx Cool Uni Pack. pakej wireless yang special punya untuk student. first time TM buat promosi, mereka offer pakej ini starting harga rm50 untuk kelajuan paling rendah 384 kbps sahaja. tetapi sekarang makin kurang lagi mereka offer, hanya rm38 sahaja. dan if saya nak upgrade internet speed nya lagi, saya cuma perlu tambah rm15 untuk setiap upgrade. means that after rm38, TM akan charge rm53 untuk speed 512 kbps dan seterusnya hingga highest speed is 4 Mbps. saya just amik yang 384 kbps. sebab rumah saya memang dah di kawasan bandar dan dekat dengan smk. chukai. dulu sebelum guna pakej yang sekarang, saya guna dial-up tmnet. terlalu perlahan speednya. lenguh saya tunggu kalau setiap kali online. so, bila dah pindah balik ke rumah lama ini, saya daftar yang baru untuk home phone kat taman chukai indah. so far, ok je. speed ia lajuuu lagi nak dibandingkan dengan wireless kat hostel. 24 jam boleh wireless di rumah. and yang bestnya, saya dapat notebook hp mini free dengan kontrak jaminan for two years. comell sangat notebook hp mini - with 250 gb harddisk, 1 gb ram, webcam, bluetooth, window 7 and hp quick web. so far, alhamdulillah laaa. boleh diguna pakai sepenuhnya.

p/s : berbelit tak anda baca entri ini. tajamkan mata andaa ok!! haha.

Sunday, May 9, 2010

Muslimah kah Kalian?


Bismillahirrahmanirrahim...

Saya nak berkongsi sedikit muhasabah diri. Minta maaf laa dik nurul, akak ambil ini mutiara hati yang original dari awak punya blog (tapi awak ambil dari kawan awak juga kan. ehe). Dan akak sudah menambahbaikkan sedikit. Takpa kan kita saling berkongsi ilmu...


Emmm...

"Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau, ni up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la."

Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..

"Kesianlah aku tengok kau ni."

sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku.

Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.

"Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas." Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.

"Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?"

Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan mereka pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan sedemikian padaku. Apakah kesalahannya tudung bulat ni sehingga ia amat dibenci di pandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.

"Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada."

"Ala tudung melingkup macam cendawan tu datging gak we."

"Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu."

Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, "Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga".

Bukan niat mahu membenarkan yang salah, cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik, usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.

Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa. Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya.

Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerana kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya. Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian.

Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerana ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali.

Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar. Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.

Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerana kami sayang bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akan menyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan dibalas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.

A'ahh la kan...jika kalian tahu benar mengenai AURAT, AURAT itu apa yee?
AURAT itu apa definisinya pada kalian?

"Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…"

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian?

Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini.

Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya.

Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya.

Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian.

Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami.

Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelemumur.

Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu.

Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya.

Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang lain menatapnya. Amanah ini kami jaga kerana pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruah ibu-bapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.

Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerana ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH; sebagai KEKASIH awal dan akhir kami. Juga sebagai kekasih awal dan akhir untuk suami2 kami nanti...

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerana guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian. Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian kelak akan elok?

Benar, semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik, seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang. Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar.

Jangan kalian mengutukkan aku di belakang kerana aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerana, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.

Andai kalian ingin bersahabat denganku, aku berjanji menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, kerna aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diri aku sendiri. Tetapi andai kalian ingin aku mengikut arus semasa memakai tudung berjenama selebriti negara, aku rela kehilangan kalian dari kehilangan tudung bulat. InsyaALLAH.. .

Akhir kalam pesanan dari saya...

Moga muslimah yang membaca ini masih ada rasa terkesan, walaupun sedikit di dalam hati. Atau ada yang malu mahu mengaku sebagai muslimah? Buat apa nak malu mengamalkan ajaran agama Allah S.W.T kan...Tanya iman anda semua

In case, saya sendiri pun tidaklah bertudung bulat. tetapi cara pemakaian menurut syariat itu perlu lah dijaga. Nak berselendang boleh. Tutup yang mana perlu. Kan senang jika kita faham konsep asasnya...

Saturday, May 8, 2010

Hati Yang Kau Sakiti.


Saya nak melayan perasaan jap. Aci tak? Bukan apa. Sebab lagu nie sedap muziknya. Jangan silap paham ehhh. Konfim. Memang takda kaitan dengan diri saya.


Lagu dari Rossa- Hati Yang Kau Sakiti.

Jangan Pernah Katakan
Bahwa Cintamu Hanyalah Untukku
Karena Kini Kau Telah Membaginya
Maafkan Jika Memang
Kini Harus Kutinggalkan Dirimu
Karena Hatiku Slalu Kau Lukai
Tak Ada Lagi Yang
Bisa ku Lakukan Tanpamu
ku Hanya Bisa Mengatakan Apa Yg Kurasa

ku Menangis MembaYangkan
Betapa Kejamnya Dirimu Atas Diriku
Kau Duakan Cinta Ini
Kau Pergi Bersamanya

ku Menangis Melepaskan
Kepergian Dirimu Dari Sisi Hidupku
Harus Slalu Kau Tahu
Akulah Hati Yg Telah Disakiti

Maafkan Jika Memang
Kini Harus Kutinggalkan Dirimu
Karena Hatiku Slalu Kau Lukai
Tak Ada Lagi Yang Bisa ku Lakukan Tanpamu
ku Hanya Bisa Mengatakan Apa Yg Kurasa

ku Menangis MembaYangkan
Betapa Kejamnya Dirimu Atas Diriku
Kau Duakan Cinta Ini
Kau Pergi Bersamanya

ku Menangis Melepaskan
Kepergian Dirimu
Dari Sisi Hidupku
Harus Slalu Kau Tahu
Akulah Hati Yg Telah Kau Sakiti

ku Menangis
Harus Slalu Kau Tahu
Akulah Hati Yang Telah
Kau Sakiti

Bercouple. Berkasih. Bercinta


Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Ber'couple' merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula 'masuk line'. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih 'advance' teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber'couple'.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, lepas tue tukar lagi dengan panggilan yang makin mesra abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini, hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan si dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya.

Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Friday, May 7, 2010

Takda idea.


Saya tukar template blog ini lagi.

Ini kerana saya inginkan blog saya lebih bersifat matang, tidak bersifat budak2 lagi dan sesuai dengan tuan punya blog ini yang akan masuk 23 usia pada penghujung tahun ini. Usia hanya angka sahaja. Hidup menumpang, buat lah cara menumpang op! Ke guane? haha.

Dan lagi....

Entri2nya juga insyAllah akan dikemasikini secara yang lebih matang juga. Tapi sekarang saya tak dak idea nak menulis mengenai apa. Masa saya sedikit dicuri untuk update juga blog ganu
saya. Tak tahu lah cantik ke tidak. Saya taip jeh apa yang saya rasa nak taip. On the spot....

Perkembangan hari ini...Tiada apa yang menarik. Macam biasa jadi bibik segala sokmo. Sebab saya sedang dalam mood bercuti di rumah. Amrina Rasyada la pengarah saya.hehe. Anda faham kan? Mana aci budak kecik umur 8 bulan mengarah saya itu ini. Mengada2 adik saya nie...

Cuma dalam tengah hari tadi, saya dan keluarga menerima kunjungan terancang dari Pak Cik Sulaiman dan keluarganya. Datang nak melihat rumah sewanya di Taman Chukai Indah. Sebelah rumah saya je. Sekarang rumah itu sedang di kemaskini dan dengan segera akan disewakan kepada penyewa seterusnya. Satu minggu lagi kot dapat penyewa baru lagi gamaknya. Sempat juga la saya dan ummi masak untuk makan tengahari bersama-sama. Haha. Apabila dua keluarga makan bersama menjamu selera, meriah la jadinya kan...

Esok hari untuk meraikan warga pendidik di Negeri Terengganu. Tempatnya di Padang Taman Bandar Chukai. Abah kena pergi laa esok pagi2 hari. Saya tak tahulah. Kesihatan tidak mengizinkan. Demam selesema batuk segala...

Wednesday, May 5, 2010

Tag sokmoo.

Nampaknya saya kena berterima kasih sekali lagi la kat fatah. Mentang2 laa hari ini hari kelahiran beliau (hari jadi), beliau dengan sengaja telah sudi men"tag"kan saya yee.

haha.

Takpa. Saya suka menerima kebaikan dari orang lain nie. Dan saya pun nak membalas laa juga dengan kebaikan saya.

Saya akan jawab soalan2 yang telah ditanyakan oleh si tukang tag :

1. 5 fakta mengenai saya (5 facts about me)

- Seorang muslimah
- Bertudung menutup aurat
- Senyum seindah suria
- Seorang kakak kepada adik2nya
- Pelajar sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian)...akan memasuki ke tahun ketiga pengajian pada bulan Julai ini.

2. 5 benda yang menakutkan saya (5 things that scares me)

- Takut TUHAN (off course kena takut sentiasa)
- Gagal dalam belajar (Kena ulang paper yang sama...adduuh)
- Kena marah (jangan berkasar dengan saya)
- Dilaknat Allah S.W.T (Nauzubillah min zalik!)
- Binatang yang menakutkan

3. 5 perkataan saya selalu cakap banyak (5 words i say a lot)

- Saya
- Chah
- Shah
-Amrina
- Rasyada

4. 5 benda berharga dalam hidup saya (5 valuables in my life)

- Abah dan Ummi (Parents)
- Along (1 orang je)
- Adik2 (5 orang semuanya)
- Diri sendiri (me and myself)
- Suami (bila dah kahwin nanti laa...bukan sekarang eh)

5. 5 perkara pertama (5 of my first times)

- Anak pertama dalam keluarga yang merasai pengalaman berkonvo dan naik pentas untuk diploma.
- Kakak sulung dalam keluarga (anak perempuan yang pertama kann)
- Pertama kali naik bot tambang ke Seberang Takir tahun lepas.
- Pertama dan terakhir makan pizza hut masa tahun 2007.
- Tak ingat dah sejarah pertama kali saya bila lagii...

Seterusnya. Saya nak memberi tag ini kepada : nadia, insyirah, dindang, fatah kembali, iqa dan so on...

Keletah si Amrina Debeb.

Salam dari Malaysia. Untuk adik saya di Alexandria...

Macam biasa, gambar amrina yang terkini berusia 8 bulan saya postkan untuk Dr. Syirah...Gambar ini dirakamkan menggunakan webcam laptop saya. Amrina marahh sungguh apabila dipakaikan tudung saya yang comel ini. haha...

Inilah keletahnya si Amrina debeb.






"Perhimpunan Perdana Palestin."



Kali ini saya nak cerita lagi pasal isu Palestin.

Satu Perhimpunan Perdana Palestin akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 08 hb Mei 2010 ini bermula pada jam 5.00 petang

Kepada siapa-siapa yang ingin memberi sumbangan sambil berhibur secara amal, boleh berbuat demikian secara terus semasa Perhimpuan Perdana Palestin ini. Masuk adalah percuma. Persembahan nasyid dan tayangan video amal juga akan turut diadakan.

Jadi apa tunggu lagi. Bila lagi kita nak buat amal kan?

Alhamdulillah, pada minggu lepas - telah diadakan Majlis Makan Malam Amal Untuk Palestin yang diadakan di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Keluarga saya turut hadir memberikan sokongan. Untuk ke majlis ini, setiap individu dimestikan membeli satu kerusi dengan harga RM100 (satu meja makan berharga RM1000 dan menempatkan 10 biji kerusi) sebagai sumbangan untuk Tabung Haluan Palestin.

Saya pernah buat entri mengenai sumbangan untuk LIFELINE FOR GAZA di mana sumbangan yang dikutip ini digunakan untuk membeli barang-barang keperluan untuk rakyat Gaza di sana. Dan semua barang-barang ini akan dihantar melalui jalan laut dengan menggunakan kapal di bawah ini sebanyak 20 buah dari seluruh negara.

Kapal-kapal ini akan bergerak dari negara Turki bermula 03 hb Mei 2010. Tetapi 2 buah kapal yang dibeli oleh Malaysia (digerakkan oleh NGO Haluan Palestin) akan bergerak pada 10 hb Mei 2010. Boleh baca di sini.

Ini lah kapal yang akan bergerak ke Palestin.

Saya turut tertarik untuk berkongsi dengan pembaca blog ini beberapa keping gambar yang menggambarkan keadaan rakyat Gaza yang hidup dalam keadaan terkurung dan terpisah dari dunia luar. Mereka dipisahkan dengan tembok-tembok yang telah dibina oleh askar Israel yang begitu kejam menindas umat IslamPalestin.






P/S : Saya harap satu je. Moga kaum Yahudi dilaknat Allah S.W.T...