Saturday, February 25, 2012

Masuk 1 bulan di sini.


Assalamualaikum w.b.t

Saya rasa cam baru jeh lagi saya
start berpraktikal di Testex (M) Sdn. Bhd. Pegang kalendar tadi, lama jugak duk tenung hari-hari yang berlalu, sapa mata nih macam susah nak percaya. Tengok-tengok, hari khamis nie insyA cukupla 1 bulan saya, tirah dan saila menjadi pekerja praktikal di Testex. Excited!

Bila dah tolak 1 bulan,
means that kami masih ada 150 hari lagi bakal dihabiskan di sini..Waah, tak sabarnya mahu habis belajar. Tak lama dah tue. huuurayyy!!

See - ramai nih saja staff wanita di Testex (M) Trg. Kami lah kaum minoriti di company ini, berkali ganda kurang kalu nak compared with staff lelaki kat sini. Memang segan sangat-sangat, tapi buat biasa jeh laaa, even dalam hati siapa yang tahu op


Yang nie pulak - sebahagian staff lelaki. ada yang muda, ada yang tua, ada yang bujang, ada yang dah berkahwin. tapi sori nak cakap jugak, tak termasuk yang sedang berdiri dengan t-shirt kaler oren tue ek. itu pekerja restoran, hehe.



Saya pun ada
planning jugak selepas konvo nanti.

1 st:
Off course la target utama saya mahu kerja dulu, tapi tak sure pulak mahu kerja as what? Nak teruskan bidang programming takut pecah jeh kepala saya yang tak berapa kreatif nie. Buat satu sistem pun, kena ikut requirement client. Kang tak jadi, tensen memanjang..hihi.

Nak masuk bidang lain, macam tak kena dengan segala subjek-subjek komputer yang saya dah khatam selama 7 tahun belajar diploma dan degree koootttt! Tengok dulu laa macam mana nanti. InsyA qada' dan qadar Tuhan sudah tertulis untuk kita, kan


2nd: satu lagi saya sebenarnya ada niat nak berteman hidup. hehe sorry to say ek, bukan saya nak menggatal. tapi niat saya kalu saya nak terima seseorang, saya mahu sebagai suami bukannya sebagai kaple kekasih yang tak halal. ok itu saja

terima kasih ;)

Wassalam....