Sunday, June 20, 2010

gadis hantaran.


dua minggu cuti sekolah berlalu. dua minggu saya dipaksa menjadi si gadis hantaran. satu majlis pertunangan. satu lagi majlis perkahwinan. kedua-duanya adalah majlis sepupu lelaki saya. lelaki ok. ke mana-nya telah menghilang sepupu-sepupu perempuan saya. bila mereka mahu berkahwin? mungkin akan menyusul selepas ini. semoga jodoh mereka dipercepatkan.

gambar di bawah ini time majlis pertunangan saudara pidah di sungai dua, pulau pinang. see
yang di belakang itu, semua-nya kawan lelaki sepupu saya. mereka juga mahu menjadi si jejaka hantaran. hehe




yang gambar ini pula saya snap dengan izin pengantin sendiri - abang halim. gambar yang masih lagi fresh sesudah beliau bersiap memakai pakaian raja sehari. sayang sungguh dengan beg duitnya yaa. sampai tidak mahu dilepaskan begitu sahaja. haha.


saya juga disuruh mengetuai rombongan hantaran. ada ke patut makcik bagi saya bawa hantaran sirih junjung. on the spot pula. yang tua-tua sedikit semua segan nak duduk depan. saya seorang sahaja anak dara time mahu berarak itu kot? takpa-takpa. saya suka. satu penghormatan dan pengalaman juga bagi saya. hehe

doa dan harapan dari saya. berbahagialah engkau selagi jasad dikandung badan. perkahwinan itu satu ibadah dan juga sunnah yang dituntut agama.

wassalam.

0 komen sahaja:

Post a Comment