Wednesday, December 30, 2009

Patutnya bangga jadi wanita.

Saya sering mendengar kata2 "tega kah diri saya sebagai insan bernama wanita". Sehingga sanggup mengubah ciptaan Tuhan yang sudah cukup sempurna. Lelaki jadi wanita, dan wanita menjadi lelaki. Pelik tapi tak pelik, mengada2 betul kan bunyinya..Kalau ada yang terasa, sorilaa.

Iye la, peredaran zaman semasa banyak yang mencabar kuasa dari-Nya. Tuhan itu Maha Adil untuk menguji iman setiap hamba-Nya..Jadi, bersyukur seadanya.

Kekadang saya terfikir di mana lebihnya wanita. Adakah wanita itu hanya hiasan semata2. Sedangkan Allah s.w.t telah jadikan kaum Adam sebagai pemimpin dan pelindung wanita.
Sekali pandang nampak macam wanita ini lemah segala2, iyeke?

Jadi, kalau nakkan ilmu yang lebih, sila la baca lebih lagi...


19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda,

" Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak- anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


Tuesday, December 29, 2009

"Selamat Kembali Diri Sendiri."

Assalamualaikum W.B.T...

SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA.
SEMANIS BICARA.
SEINDAH KATA-KATA.
NAK MADAH BERHELAH PUJANGGA.


Saya kembali sebagai mahasiswi semester baru.Sekian lama bercuti panjang laa jugak, tapi masih lagi rindu teramat sangat kat Nuramrina Rasyada.

Maaf, saya belum berkesempatan untuk Menguploadkan gambar2 adik yang terbaru.makin chubby and makin comeiiiii loteee...seperti kakaknya si Zunairah dan Insyirah.haha...iyeke

Masalah wireless yang semakin teruk di hostel membantutkan hasrat Chah untuk bercerita panjang lebar di blog ini.Entah di mana nak mencari networking yang bagus amat, tak tahu laa...Udm kena upgrade networking WIMAX pulak laa op

Biar sama2 puas hati.

Sampai sini sahaja, got to go to class this morning..full till this 3pm

P/s : For sahabat, please pray for me for everything.Terlupa "HAPPY BELATED BIRTHDAY" to Dr.Amad (saya tak lupa..ehe), darlingfara (miss auckland) and Nisah (ingat selalu). Hepi becoming besday to miss Zaha (301209) and biha (311209)...

Wednesday, November 18, 2009

Kuala lumpur melambai2 ke arah kami.

*Ding..ding!

Peringatan : Ini mungkin entri terakhir untuk kali ini.Jika berkesempatan, akan ditambah lagi entri semasa bercuti di rumah.Kadangnya faktor kekangan masa turut mencemburui saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa..hihi

Sesudah usainya segala urusan di sini untuk semester ini, Kami sekelas ada terlibat dengan satu trip sambil belajar (ataupun melegakan tensio
n sem tiga) ke Kuala Lumpur.Kami akan bertolak pada malam ini, 18hb terus ke tempat penginapan di Smk. Teknik Setapak..Dan insyaAllah dijangka sampai di sana pada pagi 19hb.Moga perjalanan kami diberkati-NYa

Pada sebelah paginya mengikut tentatif - Kami akan ke Multimedia Development Corporation (MDec), MSC di Cyberjaya untuk sesi b
eramah mesra dengan persekitaran suasana kerja di dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.Maklum lah di Cyberjaya tempat berkumpulnya pakar2 IT yang sedia ada dan bakal menggantikan yang sedia ada..

* Adik2 senior tersenyum ceria bersama kakak2 junior *

Wajah kami yang terpilih menyertai lawatan ini.Bertarikh 25hb Februari 2009 yang lepas

Cik `Aishah Zunairah Binti Abdullah sebagai Pegawai Teknologi Maklumat, MDec
T______T

Chah, Zaha, Ummi di hadapan MSC Cyberjaya.

Jikalau hendak dihitung, ini merupakan kali kedua Chah dan segelintir kawan2 menjejakkan kaki ke MDec.Tujuannya juga sama, ingin mengenali lebih dekat keadaan sebenar semasa kami bekerja nanti..Taknak cerita panjang, gambar2 semasa trip yang kali lepas sila lihat sendiri yehh.

Harapan untuk lawatan kali ini, Chah akan lebih mendapat manfaat2 yang jarang diperolehi oleh semua orang.Selepas ke MDec, insyaA kami akan menyerang MIMOS SDN.Bhd pula..

Kuala Lumpur..tungguuu!!

Macam Chah sorang jeh yang teruja benarnya..kihkih

P/s : 20hb baru Chah balik Kemaman..sob2 sedihnnyaaa.

Tuesday, November 17, 2009

"Biarkan ia berlalu."

Aku ingin bersapa salam buat seketika.


"Biarkan Kepahitan itu pergi.Agar kemanisan mengisi.
Biarkan Kekecewaan berlalu.Agar kegembiraan mewarnai.
Biarkan Kegelisahan lenyap.Jangan kita hi
lang semangat.
Biar Penderitaan itu menyapa.Agar kekuatan kita jana semula.
Biarkanlah diri ini derita.Agar Aku tahu kepahitan derita ini.
Agar Aku sedar kesengsaraan ini tak sama.
Bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah S.A.W."

P/s : Kata2 itu setajam mata pedang.Sebait kata yang bermakna datang dari hati yang luhur ikhlas.Bukan untuk menghukum sesama Islam...Twink*

Sunday, November 15, 2009

terima kasih sem 3 2009/2010.

Tercatat hari ini dalam sejarah, 15hb november menjadi saksi bahawa Chah telah menamatkan semester tiga untuk sesi 2009/2010 di UDM..hihi, selesai satu semester yang getir sekali.

Chah telah MERDEKA.merdeka.Merdeka! huhu...

Hanya merdeka sementara dalam menuntut ilmu yang wajib ditambah setiap masa.Alhamdulillah


Kepada yang amik paper database 18hb nie.Selamat berjaya..ceria2 selalu yehh.

Tq ba
nyak2 untuk specially yang berikut.

En.Mohd Kamir aka En.Sadam sebab ajar SADAM.(semoga cepat bertemu jodoh)

En.Ahmad Faisal Amri aka En.Network sebab ajar Network Security.(semoga murah rezeki)


Dr.Mohd Nordin aka Dekan FIT sebab ajar Data Structure.(hope doktor murah markah)


Puan Elissa Nadia aka puan comei sebab
ajar Statistics and Probability.(jaga baby molek2 yee)

Puan Hafiah sebab ajar Kokurikulum Rakan Kaunselor.(Kami nak markah A++)


Puan Azlina sebab ajar Hubungan Etnik.(Puan memang murah senyuman)


Terima Kasih untuk segala yang
diajarkan kepada kami2 student sains komputer.

Jangan lupa bagi markah bonus banyak2 yee

T_______T

P/s : Juga terima kasih untuk dinDang, Amin, Farid, and Long selaku informer berjaya.Sem depan harap lebih berjaya and jangan gaduh2 cam doraemon dengan nobita jehh op..hehe

Saturday, November 14, 2009

kata orang.

Kata Mak,
KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang...


Kata Abah,

KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipe
gang sakit...

Kata Atuk,
KAWAN tu seperti air, akan terus mengalir tanpa henti...


Kata Nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi berada nun jauh di sana...


Kata Sedara,
KAWAN tu macam makanan, ibarat kawan makan kawan!!

Kata Abang,

KAWAN tu seperti lembu (minta maaf bahasa kasar), mengikut saja apa dikata oleh tuannya...

Kata Kakak,

KAWAN tu tak ubah macam durian, berbau tapi sedap dimakan...

Kata Adik,

KAWAN tu macam biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada...


Kata Saya,

KAWA
N tu tak kisahlah macam mana pun...


Walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!

Dia tetap seorang KAWAN...

Nak tahu tak sebab ape??

Sekali saya dah berkawan dengan dia selamanya dia tetap kawan saya...

Itu cara saya berkawan..Never Be End-ship

Friday, November 13, 2009

Ucapkanlah Wo Ai Nie selalu.

Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang.

Ohh..pliss, jangan terlebih konfiden dengan pacaran kamu sekarang.Yakinlah hanya dengan suami/isteri kamu yang akan datang.(InsyaAllah)

(12) Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.

(11) Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

(10) Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

(9) Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

(8) Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia..

(6) Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

(5) Kamu perasan kamu sentiasa senyum apabila kamu memandangnya.

(4) Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

(3) Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

(2) Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada..haha, iyeke?

(1) Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri..nampaknya betul no.7 memang takde

BUATLAH HAJAT KAMU SEKARANG..KAMU TAHU APA YANG KAMU INGINKAN.

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda. Mereka berkedip dan bergerak bersama. Menangis dan melihat bersama meskipun mereka tidak pernah melihat di antara satu sama lain.Persahabatan seharusnya seperti itu. Kehidupan akan berasa (null) tanpa Kawan/Sahabat.

P/s : Mari kita berfikir sama2.Adakah wajar kita lebih mengutamakan kekasih daripada sahabat.haha..Walhah kekasih itu belum pasti lagi akan menjadi yang halal buat kita.

T______T

Wednesday, November 11, 2009

"Aduhai Abangku Sayang"

Tiba2 saya teringat kat Along..

* Sudah agak berusia Abahku.Bila lagi nak bercucu yee? haha..shhhh *

_ Along bergaya seumpama muslim sejati ke? huhu_

Gambar ini Chah bluetooth dari handset Abah.Time Along konvo di UMP bulan lepas..Mudah2an Along dapat keja cepat2 op.Boleh laa jugak adik2nya nak suruh belanja KFC kan,

Mungkin disebabkan aku baru lepas baca artikel mengenai seorang abang kot, membuatkan diriku terfikir macam2.Kalau laa tiada Along, mesti lagi besar tanggungjawab Chah sebagai Angah op, emm...

So ok, terima kasih sebab bagi nasihat selalu kat Chah.Thanks too because suka sangat tegur Chah macam laa Chah nie budak2 lagi kan..And, tq sebab tak lupa wish me besday last time

* Arigato gozaimas *

yehh..Exam hampir finalised!

Perasaan saya dah hampir lega sekarang ini. Di kala ini..

Just only left 1 more paper to finalised this semester three..yehh, Alhamdulillah

Exam network security tadi pun agak berjaya dijawab dengan succes laa jugak.

Walaupun still ada yang ditembak2, huhu.


Cam sinonim jeh students dengan menembak jawapan exam nie op..

Same as data struct, ada 4 soalan besar...and anak2 kecik sure laa banyak

Soalan cryptography Chah confiden
t and excited sangat nak jawab.

Semua rumus dikeluarkan tadi..

Additive cipher C = (P+k) mod 26, P = (C-k) mod 26


Multiplicative cipher C = (P*k
) mod 26, P = (C*k^-1) mod 26

Affine cipher, Polyalphabetic cipher, Keyed transposition cipher

Lagi Keyless transposition, and bla..bla..bla...


Tengok...best main ngan rumus2 nih

Sampai berpusing kepala nak jawab. Statistik jeh stilll blurrr %^&!@*()##

Sebab bagi Chah ok dah ayat dia nak compare dengan masa midterm punya soalan.


Tapi tak t
ahu laa kot salah jawab gak, tak tau nak konfim ke tak

Kalau tak nak rumus..Hafal jeh trojan, worm, keyloggers, bootnet, Ddos attack...


Chah suggestkan kat sini to all classmates Sem 3 ambil la subjek Network security sem akan datang nie.Jangan risau, Encik Faisal is the best lecturer..Mura
h markah sokmo


For Man, bila lagi nak jadi hacker yang berjaya? kan.

T_________T


P/s : Hari ini hatiku terasa dengan ramai orang.Tak marah cuma kena ambil masa nak bertenang jehh dulu

Monday, November 9, 2009

Thinking Love.For what?


Love.Love..uh la la


P/s: Siapa kesayangan anda.God, famili or wat? Dont ask me, wei shenme? T___T

Warkah Buat Sahabat and Gu Jun Pyo.

Ini warkah khas buat sahabat (aka sahibah2) sahaja.Bukan untuk kekasih tau.Renung2kan dan selamat beramal..Kata2 yang bermakna secukup rasa, secukup rasa adabi...hihi

* Uhibbukum Fillah.Jayyid jiddan... *

* Jeng2.Lee min Hoo in Malaysia on 27.10.09 *

he is cute yupp.Same year with me..and same age too.Twink2..

P/s : Boys Over Flowers is the best drama..Biha cakap Min Hoo suka makan sambal belacan malaysia punya, iyeke?

Sunday, November 8, 2009

"Sibuk yang teramat sangat."


Saya masih lagi sibuk sekarang ini.

Takda masa nak concentrate pada blog ini.


Agenda untuk bulan November ini sahaja.Alasan hanya mudah.


Exam final berturut2.


Esok 9hb ada Hubungan Etnik.

Lusa 10hb ada Statistic And Probability.


Tulat pula ada subjek Network Security.


Rehat kejap 3hari sebelum exam last paper subjek SADAM on 15hb.


18hb kitorang ada trip ke kuala Lumpur for release tension laa kot...maybe


Wish me luck in everything.Sama2 berusaha ke arah kejayaan di dunia n Akhirat yehh.

InsyaAllah....


Chah akan bercuti panjang untuk 5-6 minggu.

huhu. I'm Thinking Amina again just now..yup


T_____T

P/s : Baby..baby again

Thursday, November 5, 2009

bru sudah exam data struct.pullstop!


Saya dah kata dah data struct susah laa.

Lagi susah nk compare dengan zaman diploma dulu.

Soalan ada 4 jeh, tapi anak2 soalan yang banyak.

Coding pun banyak kena jawab.

Chah terkantoi.Memang xhafal coding sangat pun.

Rasa dah stadi cukup betul.Tapi still tak boleh nak score markah penuh.

Tunggu result kuar je laa nanti.

Pullstooopp!! No komen.

p/s : Ada 4 paper lagi nak kena berperang nie. So, jangan fikir banyak sangat yeh, si Ichah ooiii

Monday, November 2, 2009

chocolate cake.


*Twink2* Sekeping gambar kadang2 sudah cukup menjadi bukti menerangkan maksud tersirat..hihi

P/s : Thanks a lot dear, for this chocolate cake..I'll appreciate always

"Kata2 dari Dr.Nurul Insyirah."


Sekadar berkongsi kata2 ucapan dari adik saya, Dr.Nurul Insyirah Abdullah.Tq yee dik, I'll appreciate ur wishes. T____T

salam

entri ini specially dedicated utk birthdaygurl (gurl lagik ke?)

udah 2 nov, baru masuk 22,

dia sudah pesan semalam supaya post entri bsar2 di blog ini,

baiklah, saya berbesar hati :)

'AISHAH ZUNAIRAH ABDULLAH,

insyaAllah sebaek2 nama

dan insyaAllah sebaek namanya,

semoga berjaya,

menjadi insan penuh bercahaya dalam rahmatNya,

yang tetap tersenyum dalam duka,

yang tetap mara dalam bahaya,

tidak melatah walau disergah,

kuat bila menongkah arus,

tabah mencari jalan yang lurus,

tusbih a'lalkhair...


"moga makin matured seiring dengan pertambahan usia" ..Sayang kamu :)

lagu 'aicha' outlandish itu saya tujukan bwat kamu. saya tau cik kak suka lagu itu kan ;p

k, sukses selalu. m0ga tergolong sebagai muslimah solehah abad ini. hehhe.

wassalam, mahu tidur pula. menunggu cik uploader lambat sgt. tidak jadi mahu mengepost gamba cantik2.

-maa'ssalamah-


"Birthday Gurl."

Alhamdulillah..Chah dah selesai presentation untuk projek data structure.Serasa lapang dan lega, sebab dimudahkan urusan kami hari ini.Encik pun lebih banyak bersembang dengan kami selepas proses pembentangan tadi..tapi yang ehemmnyee, kak Tiha laa (amboiii akak, hihi).


_Bersiap sebelum menuju ke pejabat Doktor Nordin.Senyum selebar2nya_

Doktor Nordin wish besday and mintak kek sponsor dari Chah.haha, Chah yang gatai cakap hari ini besday Chah kat Doktor.Saja nak beramah mesra sikit2 dengan Dekan FIT.Tapi, terima kasih banyak2 kat Doktor, sebab kami boleh menjawab soalan2 dengan jayanya.Kak tiha, salina dengan adaa jeh yang Doktor tanya soalan, Chah ngan Ummi jadi presenter and backup girll jehh


Adik Amina makin comei lotei and tembam.huhu, gerammmya Chah tengok gambar terbaru adik.Nak balik umah lambat lagi after trip ke kuala Lumpur 18 hb november nanti..Ummi sengih sebab Chah dah beli 5 pasang baju baby kat adik, memang seorang kakak yang baik yee.

Tadi kol Ummi, dengar suara Amina merengek, kena makan ubat coz adik demam..ooo kesiannya.Harap adik cepat sihat jee laa

Tq kat sesiapa yang wish besday kat Chah semalam hingga saat ini.Sedihh sebab takda sponsor kek pun.Sedihh sebab yang ditunggu tak wish me besday pun lagi sampai sekarang...Specially thanks yang wish semalam included Kak Tie, abang Napi, Nisa', Zaha, Nab, Nisah, Ana, Tirah, dinDang, Farid, Naqiu, Ummi, Dr.Nurul Insyirah, abang Cham, Enie, 28882, Abah, shah, Kak Salmi and.......

p/s : Wish me jumpa seseorang yang mampu melindungi diri Chah yee, dan jadi ketua keluarga (untuk masa depann).insyaAllah...

Saturday, October 31, 2009

Seorang Wanita.


"Seorang Wanita Umpama Sekuntum Bunga di Taman, Segar Mewangi di Pelusuk Dunia, Setulus Kasih Sesuci Embun, Lembut Wanita Kerana Tutur Katanya, Mesra Wanita Kerana Beraninya, Sabar Wanita Kerana Imannya, Kasih Wanita Kerana Belaiannya, Lemah Wanita Kerana Air Matanya, Ikhlas Wanita Kerana Simpatinya, Dendam Wanita Kerana Cemburunya, Sayang Wanita Kerana Sifat Keibuannya..."

p/s : Cuba perhati mak, mama, ummi, ibu, bonda kita.Ada sama tak dengan kita. Kepada lelaki2, kalau nak tengok calon isteri, tengok laa bakal mak mertua dulu yee, hihi...bak kata Dafi di tv3

Friday, October 30, 2009

"Kata Bersahaja."

Salam pembuka bicara.

Saya baru sampai ke hostel Biruni tepat jam 12.15pm tadi.Starting hari Rabu sampai laa pagi ini, Chah pergi rehat2 kat umah my uncle kat Batu Buruk aka Osman Workshop..chah panggil dia Pak man atau Pak Ngah, sebab dia abang kepada Abah saya.So, sesiapa yang nak baiki kenderaan boleh laa cuba2 singgah yeh..

Chah pergi bandar ngan Jenab n Asyu jeh, diorang ikut Chah naik viva to the mpkt.Bertemankan somebody yang sekejap tenggelam timbul.huhu, tak tah
u laa nak cakap siapa somebody tuh, no komen about that anymore

_me in uncle's home_

Dari bandar, Chah terus pergi ke Kedai cousin kat Kg.Gong Pak Maseh, iaitu kedai fotostat n stationery..Diberi nama Alin MN Enterprise, sila2 laa berkunjung, insyaA layanan dijamin memuaskan.Kedai pun bagus, walaupun masih muda lagi usia perniagaan ini, hihi...

Chah jaga kedai ari rabu and khamis seharian.dari pukul 9.30am-10.00pm laa, boleh cuci mata jugak op.Tapi yang bagusnya, Chah makan aiskrim free, haha..Dah laa malam tue, kat area gong pak maseh, ada black out, kitorang duk sembang2 kat luar kedai tuh, sambil makan aiskrim "Solero".yummy...sedap bangat sih, harga rm1.00 sahaja, lagi sedap dari aiskrim "mango tango" yang kak Tiha belanja Chah n Sal ari tue.Tq yee, akak

Pelanggan kat situ ada bermacam2 ragam.Mostly, Ramai budak2 skulah yang singgah, pakcik2 pun ada yang datang..Chah jaga bahagian kaunter, jadi manager peribadi kak lina.Bukan nak kata, tapi biasa time Chah ade kat kedai jee, ada laa jugak menarik perhatian jejaka2, kih2...Sampai ada yang pandang n lalu 2, 3 kali, emmm, ntah laa manusia nih, buat donoo jeh yehh.Malas nak pikir.Malas nak melibatkan diri dalam kancah sebegini

Chah nak wish HAPPY WEDDING's DAY to kak long aka Dr.Suriati.(kakak amadanaksoleh.blogspot)..Selamat melangkah ke alam rumah tangga, jadikan tarbiyyah panduan hidup, insyaA diberkati selalu.Dah wakilkan Abah ke majlis kak long tau

P/s : To someone.Jangan terlalu asyik dengan duniawi.Perempuan dan harta hanya mainan perasaan sahaja.Setiap tindakan, fikir2 kan lah baik buruknya

Tuesday, October 27, 2009

"Ayushita.Tuhan Berikan Aku Cinta"

Di antara lagu yang mempunyai maksud tersendiri.Sila link

Tuhan Berikan Aku Cinta - Ayushita

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

p/s : Ayushita saya pun tak kenal siapa.Tapi yang pasti Indonesian singer

Monday, October 26, 2009

Exam akan bermula.Tapi Presentation in loading

Sedang menghadapi musim presentation.

Next week dah start minggu final exam.Harap saya tabah menjalani hari2 tersebut.

Di antara subjek2 utama termasuk :

- Struktur Data
- Statistik Dan Kebarangkalian
- Hubungan Etnik
- Sistem Analisis Dan Reka Bentuk
- Rakan Kaunselor
- Keselamatan Rangkaian (Subjek yang paling killer nyaa)

Chah doakan kejayaan untuk diri sendiri.InsyaAllah...

kawan2 pun tak dilupakan.

Specially student2 Bachelor in Computer Science (Software Development) semester three..yehh

T_______T