Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Monday, June 28, 2010

standard pemain kami harus taat pada Allah.


gooooooooolllllllllllll. itulah dia jaringan yang telah dijaringkan oleh pasukan dari negara ----

sekarang ini musim piala dunia. musim world cup. musim cawan dunia. di mana-mana pun orang asyik sangat bercerita. sampai terangkat-angkat kaki dan kanan masing-masing. iye lah. mahu menerangkan apa yang dilihat setiap hari kan. hehe. boleh dikatakan tidak mengira tempat dan masa. dan tidak mengira peringkat umur dan jantina juga.

saya pun nak juga stori mengenai bola ini kan. tetapi dalam versi yang berbeza. sebab saya tidak minat langsung pada bola. minta maaf, jangan tanya saya apa dia bola. konfim saya tidak boleh jawab.

saya jumpa satu artikel menarik. see ini


Jurulatih Pasukan Kebangsaan Mesir, Hassan Syihata mengesahkan bahawa mereka akan memilih pemain berdasarkan etika pemain (akhlak) dan ketaatannya kepada Allah s.w.t. tanpa perilaku yang baik meskipun mereka berpotensi mereka tetap tidak akan dipilih sebagai pemain kebangsaan.

"Saya selalu mencuba mencari orang yang akan diberi jersi pemain kebangsaan Mesir berdasarkan perilaku dan ketaatannya terhadap Tuhan mereka."

Dia mengatakan bahawa ini telah dibuktikan oleh pasukan bola sepak Mesir yang dapat mengkombinasikan pemain baru dalam satu pasukan sehingga boleh mengalahkan Nigeria dengan tiga gol pada Piala Afrika.

"Hari ini membuktikan kebenaran kata saya, ketika saya memilih pemain yang berakhlak baik."

Mengambil contoh pada Muhammad Zidan, penyerang Mesir yang juga bermain untuk Borussia Dortmund Jerman, Syihata berkata :

"Muhammad Zidan sebelum ini tidak solat, saya kurang suka dengan akhlaknya dan dia menjauh dari kami, namun ketika saya bertemu dia sebelum melawan Brazil di Piala Konfederasi, saya kemudian memujuk dia untuk solat dan saya jelaskan tentang solat kepadanya - kerana hal tersebut sesuatu yang penting bagi umat Islam, dan sejak hari ini dia melaksanakan solat secara teratur."


Anggota pasukan bola sepak Mesir yang lain selalu melaksanakan solat pada waktunya, dan jika mereka sedang dalam latihan, mereka akan berkumpul di padang atau di ruang salin pakaian untuk melaksanakan solat berjamaah dan setelah itu akan kembali berlatih lagi.

Jiwa beragama (religious) dalam diri para pemain bola sepak Mesir tidak terlepas dari banyaknya pengaruh pemain bintang pasukan Mesir iaitu Muhammad Abu Trika dalam hal akhlak dan kesopanan sewaktu berinteraksi dengan seluruh pemain. Trika selalu menjaga solat subuhnya dan memberikan kesedaran kepada para pemain di dalam kumpulannya di kem latihan agar selalu melaksanakan perintah agama yang wajib seperti solat dan tidak lupa membaca Al-Quran.

Setiap kali Abu Trika berjaya menjaringkan gol, maka dia akan segera bersujud syukur. Ini juga yang dilakukan oleh Abu Trika sewaktu bertanding melawan Pasukan Kebangsaan Congo pada bulan September 2008 yang lalu di Stadium Nasional di Ibu Kota Congo, Kinshasa. Aksi di luar kebiasaan pemain bola tersebut telah menyebabkan Mufti Congo, Syaikh Abdullah Mangala Luaba memberikan respons yang positif. Dia sangat bahagia dan senang melihat aksi sujud syukur Trika setelah menjaringkan gol.

Mufti Congo tersebut menyatakan bahawa sujud syukur yang dilakukan oleh Abu Trika merupakan salah satu penyebab semain ramai warga Congo yang masuk Islam. Subhanallah!! Mufti Congo mengatakan :

"Kesan sujud Abu Trika dan rakan-rakan pasukannya sebagai sujud syukur kepada Allah s.w.t setiap kali menjaringkan gol selama pertandingan kumpulan dengan pasukan-pasukan Afrika vs Mesir telah menyebabkan rasa ingin tahu yang mendalam bagi peminat bola sepak di negara kami, apa maksud dari sujud tersebut?"

Dia menambah :

"Didorong rasa ingin tahu yang tinggi, mereka datang kepada kami dan meminta kami menjelaskan mengapa hal ini dilakukan oleh pasukan Mesir dengan bersujud sewaktu selesai menjaring gol. kami menjelaskan kepada mereka bahawa itulah sujud syukur kepada Allah Yang Maha Esa agar para pemain selalu mendapat berkat dan rahmat. Islam menganjurkan hal itu, mereka akhirnya banyak bertanya tentang Islam dan Syariah, dan kami jelaskan hal itu semua kepada mereka sehingga ramai di antara mereka akhirnya menerima ajaran Islam dan masuk agama Islam."

petikan daripada Ahmad Johari b Mohamad - Warwick University

Wednesday, June 23, 2010

hukum menuntut ilmu



Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Menuntut ilmu adalah fardhu ain ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan."


(Pembelajaran yang menjadi fardhu ain di sini adalah seperti pembelajaran ilmu yang berkaitan dengan mengenali keEsaan Allah s.w.t dan sifat-sifat-Nya, kebenaran Rasul-Nya, sembahyang, bersuci, zakat dan haji. Manakal pembelajaran ilmu hingga ke peringkat dapat mengeluarkan fatwa adalah fardhu kifayah.)

hendaklah diketahui bahawa setiap orang Islam baik lelaki mahupun perempuan tidaklah wajib menuntut setiap cabang ilmu. apa yang diwajibkan hanyalah menuntut ilmu yang berkaitan dengan kerja yang dihadapinya (iaitu ilmu usuluddin dan ilmu fiqh).

kata orang : "Sebaik-baik ilmu itu ialah ilmu yang berkaitan dengan perkara yang dihadapi dan sebaik-baik amalan itu ialah memelihara perkara yang dihadapi."


Thursday, June 17, 2010

berkata syeikh abdul kadir jailani.


Apabila kamu bertemu seseorang, maka lihatlah kelebihan yang ada padanya dan engkau katakan kepada dirimu ; Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah s.w.t lebih baik daripadaku. semoga Allah s.w.t mengangkat darjatnya.

sekiranya dia lebih muda daripada kamu katakanlah ; dia belum lagi menderhakai Allah s.w.t tetapi aku telah banyak menderhakai Allah s.w.t. tidak diragukan lagi, dia lebih baik daripadaku.

sekiranya dia lebih tua daripada kamu katakanlah ; dia lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah s.w.t daripada aku.

sekiranya dia orang alim katakanlah ; dia telah diberi Allah s.w.t apa yang aku tidak dapat dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu.

sekiranya orang itu jahil katakanlah ; dia menderhaka kerana kejahilannya sedangkan aku menderhaka dalam keadaan aku mengetahui dan aku tidak tahu bagaimana kesudahanku dan kesudahannya.

sekiranya orang itu kafir katakanlah ; aku tidak tahu

Luqman Al-Hakim pernah ditanya oleh anaknya,
"Wahai ayahku, apakah perkara yang baik bagi manusia?"

Luqman Al-Hakim menjawab, "Beragama."

Anak : kalau dua?

Luqman : Beragama dan Berharta.

Anak : kalau tiga?

Luqman : Beragama, Berharta dan Malu.

Anak : kalau empat?

Luqman : Beragama, Berharta, Malu dan Baik hati.

Anak : kalau lima?

Luqman : Beragama, Berharta, Malu, Baik hati dan Dermawan.

Anak : kalau enam?

Luqman menjawab,
"Wahai anakku, jika pada diri seseorang itu terkumpul lima perkara tadi, maka dia adalah penegak kepada agama Allah s.w.t dan terhindar serta berjaya menumpaskan pengaruh syaitan."



Wednesday, June 16, 2010

mudahnya menjadi muslim.


1. Cuma perlu 5-10 minit sahaja untuk solat subuh

- masa yang diambil untuk solat subuh lebih singkat berbanding masa untuk bersiap-siap ke sekolah atau bilik kuliah.

2. Cuma perlu 2 minit sahaja untuk bersalaman dengan kedua ibu-bapa, abang, kakak dan juga adik-adik

- tanpa sedar kita meluangkan masa 4 minit untuk memakai kasut.

3. Cuma perlu 5 minit sahaja untuk memakai tudung

- sebaliknya masa yang digunakan untuk mendandan rambut mengambil masa sehingga 20 minit.

4. Cuma perlu 15 minit sahaja untuk solat zohor

- setiap kali makan tengahari, kita meluangkan masa selama 45 minit sama ada dengan sedar atau tidak.

5. Cuma perlu 15 minit sahaja untuk solat asar

- kita sering lupa, kadang kala kita mengambil masa satu jam untuk bergayut di telefon atau berchatting di internet.

6. Cuma perlu 15 minit sahaja untuk membaca al-quran

- sedangkan masa telah terbuang berjam-jam menonton rancangan tv yang mengasyikkan. memang betul sangat seronok jika dapat menghadap cerita menarik. termasuk diri saya juga. kadang-kadang sampai tergelak sorang. hehe

7. Cuma perlu 10 minit sahaja untuk solat maghrib

- sedangkan masa untuk makan malam telah terluang selama satu jam

8. Cuma perlu 2 minit sahaja untuk melafazkan kata-kata penghargaan kepada ibu-bapa juga ucapan sayang kepada suami-isteri dan anak-anak.

- sebaliknya mampu membantah dan bertegang leher kepada ahli keluarga. sampai sanggup bergaduh dan putus persaudaraan

9. Cuma perlu 20 minit sahaja untuk solat isyak

- sedangkan sanggup menonton tayangan lewat malam till the ending...

10. Cuma kira-kira 1 jam 34 minit sahaja yang memenuhi masa seharian kita utnuk melaksanakan ubudiyyah kepada-Nya. selebihnya bagaimana?

Tuesday, June 15, 2010

sikap mukmin yang benar.


1. Kenapa aku diuji?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta."
(QS Al-Ankabut : 2-3)

2. Kenapa tidak beroleh yang aku harapkan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia sangat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia sangat buruk bagimu, Allah s.w.t mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah : 216)

3. Kenapa aku diuji seberat ini?

"Allah s.w.t tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
(QS Al-Baqarah : 286)

4. Aku rasa kecewa.....

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati. padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman." (QS Ali-Imran : 139)

5. Bagaimana sebaik cara aku menghadapinya?

"Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan) serta bertaqwalah kepada Allah s.w.t, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan.)" (QS Ali-Imran : 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah s.w.t) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. kerana sesungguhnya solat itu sangatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (QS Al-Baqarah : 45)

6. Apakah yang aku peroleh daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah s.w.t telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (QS At-Taubah : 111)

7. Kepada siapa patut aku berharap?

"Cukuplah Allah s.w.t bagiku, tiada Tuhan selain dari-Nya. hanya kepada-Nya aku bertawakkal." (QS At-Taubah : 129)

8. Aku tidak dapat bertahan lagi....

"....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah s.w.t. sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah s.w.t melainkan kaum yang kafir." (QS Yusuf : 12)