Sunday, May 23, 2010

Relawan gabungan NGO bertolak ke Istanbul, Turki.


Alhamdulillah. Relawan gabungan NGO telah selamat bertolak ke Istanbul, Turki. Kesemua NGO-NGO ini termasuklah wakil NGO dari Haluan juga berangkat ke Turki untuk menyertai konvoi kemanusiaan bantuan talian hayat ke Gaza bersama wakil-wakil daripada negara lain. Misi ini diketuai oleh IHH, iaitu penganjur utama konvoi ini di mana semua wakil-wakil negara akan berkumpul di Turki dan kemudiannya bertolak ke Tebing Gaza.

Saya mahu anda dan kita bersama mendoakan keselamatan pergi dan balik untuk mereka semua yang telah pergi ke sana.

Ini adalah wakil-wakil NGO daripada Malaysia :

- Tuan Haji NoorAzman Mohd Samsuddin (Ketua Misi)
-
Dr. Mohd Arba’I Syawal (Haluan)
-
Dr. Syed Muhamad Haleem Syed Hassan (PPIM)
- Dr. Selamat Aliman (JIM)

- Jamuliddin Elias (Unit Amal)

- Al Hami Husin Suhaimi (Forum NGO Pulau Pinang)

- Mohd Nizam Mohamad (Media)

- Abd Halim Mohamed Redzuan (Muslim Care)


"Misi ini adalah suatu misi yang paling sukar, namun pihak kami telah bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan. Kami mengharapkan doa dan sokongan anda semua agar misi ini berjaya"

petikan kata-kata dari ketua konvoi, Tuan Haji Noorazman Mohd. Samsuddin

Seterusnya, sila link ke sini.


0 komen sahaja:

Post a Comment