Sunday, May 16, 2010

16 hb Mei ialah hari guru.



Hari ini adalah hari guru. hari untuk meraikan semua guru-guru yang telah berbuat jasa selama ini. so saya di sini sebagai pelajar mahu juga ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang telah mengajar saya, since di kindergarten, di sk.teluk kalong, sk.sultan ismail, sk.chukai, smk chukai dan smk rantau petronas...owhh. tengok tue, banyak sungguh sekolah saya belajar. saya pun baru perasan masa taip entri ini.

kalau tahun lepas, masa hari guru, saya disambut sebagai seorang guru oleh pelajar-pelajar anak-anak didik saya. masa tue, saya cuma jadi guru ganti sahaja. di sk.bukit kuang, kemaman. dugaan nak mengajar murid-murid terlebih pandai ini memang buat kita sakit hati juga kadang-kadang. tapi nasib baik budak-budak nie cukup pandai melembutkan hati saya. cukup memuji saya. dan juga mendengar kata saya.

"cikgu, kenapa suara cikgu halus sangat?"

"cikgu aishah cantik la, comell."


"teacher, nak nombor telefon teacher."


"cikgu, saya nak emel cikgu."


"cikgu aishah, ada orang nak ngorat cikgu nie."

haha. see? macam-macam ragam diorang nie. banyak sungguh gelaran yang saya dapat kan. gelaran cikgu sebab saya mengajar subjek kajian tempatan darjah empat dan lima dan juga subjek pjk darjah satu. gelaran teacher sebab saya mengajar subjek english darjah empat dan subjek science darjah lima. masa hari bersejarah itu, dua kotak air mineral penuh saya dapat hadiah daripada anak murid saya. dengan kad ciptaan sendiri, bunga hidup, bunga tak hidup, pen, hiasan, tudung selendang, kerongsang, muffin cake, chocolate cake, gelas dan ada lagi laa.

saya cukup berterima kasih pada mereka budak-budak cilik itu. sebab bagi peluang for me to teach thems very well. and till now, saya masih simpan hadiah-hadiah itu dengan cukup baik sekali.

Ok, kepada semua insan bergelar pelajar - Sayangi, hargai, kasihi, doakan guru-guru anda sentiasa.

Ok, kepada semua guru - Selamat Berjuang wahai guruku. Ganjaran Pahala dari Allah S.W.T itu lebih besar untuk anda yang ikhlas mendidik kami, anak muridmu.

buat my-abah juga. Selamat Hari Warga Pendidik, biarlah abah sudah menjadi penolong pegawai pendidikan daerah sekalipun. tapi abah bermula dari seorang guru juga kan?

0 komen sahaja:

Post a Comment