Thursday, July 1, 2010

kata-kata kegemaran lambang peribadi.


kata-kata yang biasa dituturkan oleh anda dan saya ada membawa maksud tersendiri. ada juga saya baca di laman orang mengatakan bahawa setiap kata-kata kegemaran kita seharian mencerminkan lambang peribadi masing-masing. wah. macam takut sahaja bunyinya kan.

mari kita semak apa perkataan yang sering anda ucapkan setiap saat dan juga minit. hehe

"Saya memang.."

Kamu menginginkan sesuatu yang boleh memberikan rasa selamat pada diri kamu. selain itu, kamu juga sangat mengambil berat tentang diri orang-orang yang disayangi

"Saya rasa.."

Kamu merupakan seorang yang sensitif dan agak emosi. pantang tersentuh, angin satu badan nampaknya. sebab itu lah harus menggunakan banyak pendekatan diplomatik sekiranya ingin berurusan dengan kamu. sekiranya kamu terluka, luka itu akan sentiasa diingati sepanjang hidup. dalam erti kata lain mereka ini agak pendendam orangnya.

"Saya fikir.."

Kamu dikatakan golongan yang bijak dalam membuat keputusan dan sentiasa berfikir jauh. kamu juga seorang yang gemar berfikir tentang perkara apa sahaja dan gemar bertukar pendapat tentang apa sahaja untuk meluaskan pandangan. bahkan kamu sentiasa bersikap terbuka untuk menerima idea dan pendapat yang baru daripada orang lain.

"Saya percaya.."

Kamu merupakan seorang yang bersemangat dalam hidup dan ia juga melambangkan keyakinan diri. kamu mudah percaya pada orang lain dan itu juga kelemahan diri kamu. namun yang penting, kamu percaya kepada diri sendiri dan juga kebolehan yang dimiliki.

"Pada pendapat saya.."

Jelas sekali kamu seorang yang yakin dengan apa yang kamu lakukan. tetapi kadangkala keyakinan itu tidak betul. jadi kamu harus belajar untuk menimbangkan pendapat orang lain juga.

"Saya tahu.."

kamu mempunyai pendapat yang kukuh tentang apa juga perkara. mungkin kerana kamu ini merupakan seorang yang gemar membaca dan luas pandangannya. kadangkala, kamu diibarat kan seperti "kamus bergerak". tanya lah apa sahaja, mesti kamu akan tahu punya. satu kelemahan kamu, kadang kala kamu seolah-olah berlagak, macam profesor yang serba tahu la pula.

"Saya akan.."

Kamu dikatakan sukar berkata tidak dalam apa jua perkara sekali pun apatah lagi perkara itu memang menjadi target utama kamu selama ini. kamu yakin kamu pasti akan berjaya mendapat apa sahaja yang kamu inginkan selama ini. tetapi ingat, usaha itu pun perlu ada, yakin sahaja tidak memadai buat kamu.

"Saya mesti.."

Kamu mudah berjanji dan kadang-kadang mudah lupa apa yang diperkatakan. kamu juga mudah bersetuju walaupun di luar dari kemampuan kamu sendiri.

Jadi...

Mula kan dengan perkataan INSYALLAH. supaya ada hubungan hati dengan Allah s.w.t. kerana semua perkara berlaku dengan izin Allah s.w.t jua tanpa kita ketahui bila saatnya ia akan terjadi.

Insyallah saya akan....
Insyallah saya tahu....
Insyallah saya berpendapat....
Insyallah saya fikir....
Insyallah saya rasa....
Insyallah saya memang....
Insyallah saya percaya....

sambil kita bercakap sambil keyakinan kita terbina. InsyaAllah

0 komen sahaja:

Post a Comment