Saturday, July 10, 2010

buat adik-adik kumpulan enam



esok semester 1 bagi sesi 2010/2011 akan bermula. sedar tidak sedar saya sudah melangkah ke tahun ketiga pengajian. wah. cepat sangat masa berlalu. sudah semakin tua rasanya. tetapi diri ini tetap macam budak-budak lagi. hehe.

hari semalam dan hari ini sehingga tengah hari tadi saya berkesempatan menjadi fasilitator bagi adik-adik baru di unisza. alhamdulillah seramai 88 orang (mengikut maklumat semasa) telah rasmi menjadi pelajar baru fakulti informatik. ucapan setinggi tahniah pada semua yang telah menyahut cabaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi. harap adik-adik akan selesa di sini dan belajar menerima unisza seadanya. Ok

kepada junior-junior smskpp, dtm dan dtmm kumpulan enam - anda semua memang hebat! gambate.

buat zuqi - anda memang seorang pemimpin. dan...akak harap zuqi boleh jadi ketua kelas yang bagus.

buat nina - nina comel pakai tudung syria. hehe

buat niesa, yati, izzaty, piqah dan syuhada - belajar molek-molek ok. adik-adik semua cukup berbakat sekali. dan jadi muslimah sejati juga insyAllah.

buat zaim, saiful, faisal dan edam - jangan malu-malu kucing lagi ye adik-adik. lelaki harus berani menghadapi apa sahaja cabaran, insyaAllah berjaya dunia akhirat.

buat semuanya, mari kita gegarkan fakulti informati unisza dengan pencapaian cemerlang kita. yehh.

Penasihat kumpulan kami yang sporting sangat, Encik Suhailan bin Shafei.

0 komen sahaja:

Post a Comment