Tuesday, April 20, 2010

"Ketupat Sotong."

Ketupat Sotong. Sotong Ketupat. Mana lagi sedap oowh...Masakan Ummi ke masakan bukan Ummi kita punya


Nak tahu resipi nak masak ketupat sotong tak? Boleh mencuba ini di rumah saja. Jangan cuba try test di asrama masing2. Konfim satu asrama akan berkejar on the spot ke bilik anda semua.


Tak caya? Tak kisah pun...


Bahan-bahan :


10 ekor sotong *saiz sedang jeh

2 cawan beras pulut

½ cawan santan

¼ sudu garam

2 cawan air

1 batang serai - hiris nipis jangan besar2 sangat


Cara Membuat :


1. Bersihkan sotong dan toskan airnya.

2. Masukkan santan, garam dan air. Masak pulut bersama santan sehingga pulut kering. *Macam tanak nasi

3. Masukkan pulut ke dalam sotong dan cucukkan lidi supaya pulut tidak keluar

4. Didihkan sedikit air bersama serai. Masukkan sotong dan rebus hingga masak.

5. Buang air dan hidangkan sotong bersama sos cili.


** Resipi ketupat sotong ini sedikit pelik la. Saya biasa makan dengan kuah santannya. Tapi kenapa kena makan dengan sos cili? Pelikkknyaa. Kuah pun takda. Boleh cuba resipi yang baru niee op


Chah ooo Chah...


Kenapa cakap pasal ketupat sotong nie?


Teringin nak makan ketupat sotong la sayang. Sedapnyeerr..dah lama kempunan. Nak cari kat kafe udm nie mana laa ada ketupat sotong. Sotong tumis masak merah jee sokmo makcik kafe tue masak. Tukar laa selera sekali-sekala op. Jadi western food sere sedap gok op? hehe.


Takpa2. Nanti balik rumah cuti semester panjang Chah nak suruh ummi masakkan. Chah tak nak masak. duk goyang kaki jeh. sambil layan si amrina debeb. Ummi lagi suka, sebab keja dia masak jeh kat rumah kalau Chah balik. Yang lain Chah dah bereskan. Segera siap. Mandi adik. Tukar pampers saiz M adik. Juga tidurkan adik pun Chah akan buat....


Dah stop cerita pasal homesick. Nak balik rumah tak lama dah, 10 hari jeh lagi....


Kepada student2 yang mengambil paper Java Programming. Sila stadi 1 soalan yang pattern-nya lebih kurang macam soalan Kuiz ke-Dua kita pernah buat dalam kelas En. Java....


InsyaAllah, Selamat Maju Jaya. Istikharah dan Muhasabah diri selalu k....


4 komen sahaja:

  1. Dapnye chah.. kalu ada bg kat org gak ek. lama x makan.

    ReplyDelete
  2. akak!!wa,,sebab akak da citer,,akak kene wat tuk farah,,,farah tak penah makan:)

    ReplyDelete
  3. haha...no komen. boleh try resipi cam akak bagi nie. Tapi yang nie series memang akak tak pernah makan resipi sebegini. Akak makan yang resipi ketupat sotong yang ade kuah santannya. sedap bangat..

    ReplyDelete
  4. emm sedap.. lama tk makan heheh.. thks atas respon utk temubual tu... thks ek..

    ReplyDelete