Friday, April 2, 2010

"Sila lawati www.lifeline4gaza.org..."


Saya tertarik dengan projek ini.

dinamakan Projek "LIFE LINE 4 GAZA". satu2nya projek untuk mengutip dana bagi membantu umat Islam di Gaza. Penindasan untuk mereka yang terlampau amat teruk. tiada pembelaan sewajarnya. masyaAllah terkengsot sangat hati saya tengok gambar dan videonya


Jiwa saya amat takutkan sesuatu yang mengaibkan, menyakitkan, menakutkan hati dan perasaan saya. Sebab saya akan jadi tersentuh dan teringat2...Dan rasanya tak salah kalau kita sebagai umat yang mengaku beragama ISLAM t urut menolong menyumbangkan apa yang patut kan. Tak boleh dari segi jiwa fizikal pun, sumbanglah dari segi kewangan. Mungkin ini sedikit sebanyak boleh meringankan beban umat Islam di sana.

Setahu saya laa...di sana, kebanyakan rumah2 memang dah tiada apa dah. jadi padang jarak padang terkukur. Segala kemudahan hak untuk membina semula rumah yang baru, memang tidak ada. Jadi, mungkin sumbangan dana ini boleh digunakan untuk memberi bantuan material sepenuhnya ke arah pembaikan bangunan2 dan rumah2, juga hospital dan sekolah...

satu2nya badan NGO yang ditugaskan untuk mengutip dana sebanyak 10 juta ialah HALUANPalestine. Jika anda rasa mampu untuk membantu, sila laa. Ini juga satu amal kebajikan kita dan kelak akan ditanya di Akhirat. Kita berjihad menegakkan Islam

0 komen sahaja:

Post a Comment