Thursday, April 15, 2010

Tips Nak Baiki Solat Kita.

Bagaimana rupanya solat diterima Allah..Umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat medicare, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Sebelum memulakan solat, kita digalakkan mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sebelum menghadap Allah S.W.T

Ada dua perkara yang elok dilakukan sebelum berniat untuk solat...

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap Pencipta-NYA. Pendek kata, muhasabah diri sendiri dan menyesal lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh-NYA untuk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Tuhan yang begitu menyayangi hamba2nya yang hina ini lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ini, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dalam keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus itu penting.

Ini dia cara2 bersolat yang betul....

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir

i. Dengan meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dengan meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Ini kerana, syaitan2 yang berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan (bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang lah untuk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tangan kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dalam posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu".

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yang tertinggi". Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan di situlah dahi diletakkan.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan kanan untuk membantu kita bangun atau kedua2 tangan.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut ".... illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua2 kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dengan tangan yang tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap Yang-Esa.

Em..untuk kain telekung Wanita pula yeeh... Pastikan

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yang tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yang malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja. Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stoking. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stoking yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stoking itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stoking yang tebal ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang. Ada yang berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yang rambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dengan serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung.

Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yang baik akan melahirkan peribadi yang baik.

0 komen sahaja:

Post a Comment