Monday, December 13, 2010

Batasan Dalam Bergurau Senda


Ada satu hadis Riwayat Abu Daud yang menceritakan mengenai adab dalam bergurau-senda. Katanya begini :

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud...

"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!"


Huraian hadis

i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah S.A.W juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh agama Islam seperti :

- Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah S.A.W.

- Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

- Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

- Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

- Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

- Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

- Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

iv) Sesungguhnya Rasulullah S.A.W apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh.

Dengan maksud lainnya di sini dapat disimpulkan bahawa selaku seorang Muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam erti kata yang sepatutnya.

Jadi..

"Jagailah adab dan pergaulan kita seharian sesama muslim kerana itulah ia kunci ketaqwaan yang patut kita jaga sokmooo tau!"

2 komen sahaja: