Wednesday, December 15, 2010

Menjaga perasaan


Raihan kata..

~ Kasih sayang itu penawar...Pengubat hati duka lara...

Betul dooohh ayat dia kata gitu. Saya ada baca satu lagi hadis di dalam laman web Jakim mengenai menjaga perasaan ini. Soal adab dan cara dalam menjaga perasaan memang patut kita amik cakna. Penting! Sebabnya bab menjaga perasaan ini yang susah kita mahu kawal. Kadang-kadang dengan sengaja kita ingin mempermainkan perasaan orang op. Hekhe (Dengki gamaknya, eishh buruk perangai dia lorr).

Saya mahu share hadis mengenai bab ini yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya :

"Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya."


Huraiannya

1. Apabila terdapat tiga orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.

2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.

3. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang menepati apa yang dimaksudkan bukan sesuatu yang samar-samar sehingga timbul berbagai fitnah dan cerita bohong yang diada-adakan hingga mengakibatkan perpecahan dan sebagainya.

4. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan percakapan yang tidak berfaedah.

0 komen sahaja:

Post a Comment