Sunday, January 17, 2010

Betul apa yang dikata.

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini saja terasa amat letih. Kelas non-stop dari 9.00 am till 5.00 pm...tiada apa peristiwa menarik yang ingin diceritakan. Cuma hati ini amat terkesan dengan kata2 dari Puan Hasni kita. Kira2nya Kata2 puan memang cukup menyentuh jiwa Chah dan juga keseluruhan pelajar smskpp 4...

"Setiap hari kita menjalankan aktiviti seharian. Dan kita tak tahu bila masa kita akan mati. Mungkin esok, dan mungkin juga kelas pada hari Selasa nih, saya pun dah takde kat sini. Kita takkan tahu ajal maut yang Tuhan dan tentukan..."

Sedikit skrip yang Chah ubah suai, sebab dah ingat2 lupa..Cuma ingat point2 penting sahaja. Dan juga satu pesanan dari Puan juga,

"Sebagai pelajar, Setiap semester pastikan diri kita akan khatamkan Al-Quran sekurang2nya satu kali setiap semester. Selepas Subuh, kalau boleh biasakan diri dengan bacaan Surah Al-Mulk dan Surah Yaasin."

Abang Raja pun ada berpesan kepada adik2 - UDM nya, Amalkan membaca Surah Yaasin selepas Subuh. InsyaAllah akan dipermudahkan urusan sentiasa.

Betul laa kata2- NYA, kita hanya Hamba- NYA yang memang lemah segala2...

Satu jeh kata2 akhir...

Chah nak minta maaf laa kat kawan2 yang selalu cakap Chah suka merajuk and buat2 muka in this time. Sori sangat2 kot terasa hati. Confirmm...saya tak merajuk langsung laa..Saya ok jeh sangat2. Cuma saya nak belajar menjadi seorang yang matang and tak banyak cakap and tak macam kanak2 ribena lagi and nak buat muka cool jeh skang..Ok

Terima Kasihhhh!!

0 komen sahaja:

Post a Comment