Friday, February 19, 2010

Salam Kasih Sayang.

Assalamualaikum w.b.t..

Salam Kasih Sayang Seerat Ukhuwahh untuk semua sahabat sahibah..

Tangan ini kembali menaip untuk hiasan jiwa. Balik bercuti di rumah bersama keluarga yang tercinta kadang - kala menguji hati dan iman. Terlalu lama berehat2 di rumah, jadinya diri ini semakin betah untuk tidak mahu kembali ke kampus...Padahal di kampus sudah banyak kerja2 yang menanti untuk disiapkan

Ya Tuhan..

Aku mohon agar elakkan lah segala macam penyakit manusia yang mencari bermacam2 alasan untuk lari dari mencari Redha dari-NYA...Chah tidak mahu tergolong dalam manusia yang lalai segala2nya

Ada sahabat yang menggesa supaya mendengar lagu2 nasyid dendangan Maher Zain. Chah berminat untuk mendengarnya. Sudah agak lama mencari lagu2 beliau..Dan sekarang pun sudah berulang kali Chah putar lagu2 nya. Dalam album terbaru beliau, Thank You Allah. Paling suka lagu Barakallahu Lakuma. Tapi nak salin liriknya pun sampai sekarang masih tak dapat jehh...

Sungguh syahdu kalau dengar banyak kali....Suara pun sedap. Tue la, patutnya kump. Nasyid Malaysia pun cuba membawakan lagu2 sebegini, takda laa lagu yang cintan - cintun jehh kan. Makin dengar, makin menyentuh jiwa. Orang kata, kalau nak berdakwah buatlah betul2...dengan cara yang betul

Nak cerita mengenai sahabat lagi. Selalu Chah jumpa, Bila kita dah ada kawan baik nie, sure kita akan kongsi segala suka duka hanya dengannya saja. Tak kisah la apa yang kawan tue buat, kita akan mengiyakan saja. Kalau salah bagi kita, biarkan saja laa....Jangan tegur, nanti akan terasa.

Aiii...boleh ke camtue? sepatutnya, sebagai kawan baik, kita kena laah tegur kan. Jangan sampai nasi nak jadi bubur nanti, baru kita tersedar dari lamunan.


"Tersedarku Dari Tidur Yang Lena. Melangkah Kaki Menuju Jendela..."

Bak kata si Ella kita.

Apa pun, jika kita fikir itulah yang terbaik bagi kita...just do it, tapi janganlah buat sesuatu yang terpesong jauh dari landasan agama kan...

Buat Baik Biar Berpada2. Buat Jahat Jangan Sekali.

Terima Kasih. Sekian...

0 komen sahaja:

Post a Comment