Wednesday, February 3, 2010

"Hari Esok...."

Alhamdulillah hari ini semakin beransur ke penghujungnya. Hari sudah malam. Hitam dan pekat...sedingin cuaca yang begitu tenang. Saya harap hari esok pun macam nie laa juga kann..Bukan apa, hati nie sampai sekarang duk terfikir2 macam mana laa keadaan untuk hari esok. huhu....teruja? takut? seronok? cemas? alahai.....banyaknya perasaan ku ini yee

Petang nih saja, Chah, Ummi, Nad, Iela and Nisaa' adalah keluar beberapa ketika untuk mencari keperluan ke program anak angkat mega, InsyaAllah pada hari esoknya.

Aahhh...semuanya untuk hari esok. Boleh dikatakan begitu bimbang macam nak menempuh ke medan peperangan. Ingat zaman Rasulullah s.a.w dulu2, takda laa sahabat2NYA takut semacam yang Chah rasa. Boleh lagi mereka REDHA segala2 apa yang ada....Entah hidup, entah mati kan. Berebut2 nak menjadi Syuhada di mata Allah s.w.t. Betapa nikmatnya Mati Syahid itu....Kalau Chah laa boleh jadi gitu, masya-Allah......

Chah cuma nak mendoakan yang terbaik untuk diri sendiri. Jadi anak yang ok di mata mak ayah angkat nanti. Mak Ayah....tunguuuu.....ehe. Cam tak sabar2nyee laa aiiiii....

InsyaAllah esok, peserta2 dari Udm mewakili Khidmat Masyarakat, Kor-Suksis, Pengakap, Askar Wataniah akan menggegarkan Kampung Felda Mengkawang yang dikatakan felda yang TERcantikk di kawasan situ....Harapnya penduduk2 juga memberikan komitmen dan layanan yang TERsangat laaa cantiknyaa jugak kan...Jadikan program ini jangan hanya tinggal kenangan, tapi juga berkesan di jiwa kami juga yehh!!

Selamat berProgram untuk diriKu dan juga diriMu dan juga diri Mereka2 semua...

Kepada Kak Su, Kak Ngah dan sahibah2 berkenaan, selamat berjuang juga di Bachok yee. Minta maaf, Chah tak dapat turut serta. Jaga diri, jaga akhlak, hiasi peribadi...InsyaAllah.

*Terima Kasih*

0 komen sahaja:

Post a Comment