Friday, July 31, 2009

"Orang Yang Mencintai Kamu :)"

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya...

2] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah...

3] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu setiap kegiatan kamu...

4] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti "selamat pagi", "selamat hari minggu", "selamat tidur", "take care", dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung dengan ayat selain kata2 cinta itu...

5] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS...

6] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu...

7] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kamu musnahkan? pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu...

8] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia akan berjaya...

9] Kalau kali terakhir bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu --> kerana dia bimbangkan tentang kamu, dan ambil peduli mengenai kamu...

10] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan bertanya bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS "good luck" untuk memberi semangat kepada kamu...

11] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa...

12] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya...

13] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh di hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, ibarat "jauh dimata, jauh dihati?"...

14] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih...

15] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang "SENGAL" seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu...

16] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi...

17] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu...

18] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya...

19] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya...

20] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu...

21] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta...

p/s : Nk ber"cinta" pun biar brpada2 n dont b "over acting"...

Thursday, July 30, 2009

"Bila Al Quran Mula Bersuara..."

Waktu engkau masih kanak-kanak....

kau laksana kawan sejatiku


Dengan wudhuk, Aku kau sentuh dalam keadaan suci,

Aku kau pegang, kau junjung dan kau pelajari


Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari

Setelah selesai engkau menciumku mesra


Sekarang engkau telah dewasa.......

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...


Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah??

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tak menambah pengetahuanmu


Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.....

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, hingga engkau lupa di mana Aku tersimpan


Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu..

Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa


Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih bnyak tersingkir, dibiarkn dalam kesendirian, kesepian...


Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan..

Dulu...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman..


Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarng...seawal pagi sambil minum kopi, engkau baca surat khabar dahulu


Waktu lapang engkau membca buku karangan manusia,

Sedangkan Aku yg berisi ayat-ayat yang datang dri Allah Azzawajalla,


Engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang2 engkau lupa baca Bismillah


Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi

Tidak ada kaset yg berisi ayat2 Allah yg terdapat di dalam keretamu..


Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu

Memang mengasyikkan...


Meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai bekerja

Di komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu...


Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku....

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan


Engkau terlalu sbuk dngn urusan dunia mu

Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hmpir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV,

Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk...


Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktu pun cepat berlalu....


Aku semakin kusam dalam laci-laci mu

Mengumpul debu atau mungkin dimakan anai2...


Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

Itupun hanya beberapa lembarn dariku...


Dengan suara dan lafaz yang tak semerdu dulu

Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membcaku...


Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu smpai kiamat tiba


Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?


Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yg ada padaku menolong mu

Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t...


Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...

Setiap saat berlalu...Dan akhirnya.....


Kubur yg setia menunggumu....

Engkau pasti kembali kpda Tuhanmu


Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...

Di kuburmu nanti....


Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan

Yg akan membantu engkau membela diri


Dalam perjalanan ke alam akhirat

Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu


Yg sentiasa setia menemani dan melindungimu

Peganglah Aku kembali..bacalah aku kembali setiap hari..


Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci

Yang berasal dari Allah Azzawajalla


Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu


Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.


Agar engkau sentiasa mengingati Tuhanmu.

Sentuhilah Aku kembali...


Baca dan pelajari lagi Aku....

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat


Seperti dulu..Waktu engkau masih kecil

Di surau kecil kampungmu yg damai


Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....

Dalam bisu dan sepi....

p/s : "Kata2 itu amat brharga"..Chah pun bkn bgus sngat pun

Tuesday, July 28, 2009

"Imam Ghazali"

Soalan Pertama :
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah s.w.t bahawa setiap yang
bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan Ke-Dua :
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap
kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita
harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang
dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan Ke-Tiga :
Iman Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan
nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin
dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami
dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak
mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai
telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi;
mereka itulah orang-orang yang lalai. " (Surah Al-A'raaf, Ayat 179)

Soalan Ke-Empat :
Imam Ghazali : Apa yang paling berat di dunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang,
gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta
mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia
dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT
sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Soalan Ke-Lima :
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun- daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan
kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaalik..

Soalan Ke-Enam :
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri...

p/s : Banyak2kn beramal, kjar amalan seikhlasnyerr sblum kte mlangkah ke "alam kubur"...

"Prasaanmu Trhadapku..."

Cmeinyerr bunga~ lalala//

"Bunga tanah liat laa, akak" Ktenye juniorku//

Jeng2...rsenye dtik Istiadat Hari Konvokesyen dah agk lme berlalu, tpi ade ag yg sudi mg"hadiahkn" bunga kat Chah, kih2~ lalala..mlunyerr rse diriku ini time nk msuk klas tdi, xtrkate ape2 dah ((sume pkat mmbri skongan padu nmpknyer, yerr~)) keh2...and then, Chah ingatkn ia akan reda cmtue ajerr, tpi len plak jdinyer..emm, after kuar jerr klas Pn.Statistik tdi, trus bunga ku dsambar org ag...tpi xpe laa, it's ok, jenuh jgak nk men kejar2 nie op?? Kak Kim yg brsungguh2 mnghangatkan suasana, aduu~ chewah, syg kat akak jgak --> Alahai~ Knpe nie, Chah? ape prsaanmu skang? sronok? trharu? kerr rse nk mkn org jerr? kih22...."cool" jerr kot, kurg2 ade gk yg mghargai diri ini, org kte Frendship Never b End For Eva.. Thanks a lot, dear~ I will appreciate u forever....

p/s : I luv my junior --> since my Diploma course here...jgn jeles yerr, arghhh.....
p/s: Juniorku sorg insan brnme prmpuan sjati, kih2~

"Chah sayang kt teddy ngan luv nie ag tau" Chah brmonolog sbentar...

Friday, July 24, 2009

"HUBUNGAN SOSIAL : Kajian di UDM & UMT"

Syukur ngat2 & lega rsenyer ble salah 1 assignment utk group Chah dah siap, just tnggal nk print ajerr nie...((k,Tiha do ur best in printing bussiness tau..kih2))

Keje ape tue? Nie haa...kajian lapangan Subjek Hubungan Etnik,, Group Chah telah brsepakat nk kaji mngenai "HUBUNGAN SOSIAL DI KALANGAN MAHASISWA/WI MELAYU DAN MAHASISWA/WI BUKAN MELAYU : KAJIAN KES DI UDM KAMPUS KUSZA DAN UMT"....jeng2, jgn lupa tnggu hasil kajian kmi nanti yerr....

Ape skopnye yg nk kmi kaji? ce try bce nie...

  1. Latar belakang responden iaitu pelajar-pelajar UDM Kampus KUSZA dan UMT dari segi jantina, umur, kursus, tempat belajar, bidang pendidikan dan lain-lain lagi.
  2. Pandangan peribadi responden sebagai mahasiswa/wi Melayu terhadap mahasiswa/wi bukan Melayu dari segi pandangan umum dan dalam kehidupan seharian.
  3. Jurang perhubungan yang dapat diwujudkan di antara mahasiswa/wi Melayu dan mahasiswa/wi bukan Melayu di dalam kampus masing-masing.
  4. Faktor-faktor utama yang memberi kesan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Erm...xsabar2 dh Chah erk, arap2 responden2 akan mmberi krjasama yg spadatnye kpada group Chah yee...bkrjsama utk kmantapan diri mahasiswa ngara kita, aduu..chewah~

p/s : Bak kata "wonderpet", Ape yg pnting? kerjasama....(2x ulang yee) i2 amat brharga,

"Ciri2 Gadis Idaman Lelaki...Jeng2"

Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan ‘gadis’ juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar; sudah tiada gadis’ atau ’sudah tiada dara’. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil ‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula
adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda.

Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenamya jodoh hati ialah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:

1) Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenamya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa ‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara - Bidalan ltali

2) Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui
perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau panggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik darl cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.

3) Cari Yang Duduk Bersama lbubapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik - Bidalan Cina

4) Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikkannya hanya dalam jangka masa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

5) Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja - Bidalan Jerman

6) Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

7) Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja - Bidalan Hindustan

8) Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredamya zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi
wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita - Bidalan Servia

9) Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

10) Bertunang Jangan Lama

Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.
Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali - Bidalan tali

11) Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin bila dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebih ramai pencinta berbanding suami - Bidalan Jerman

12) Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

13) Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik.
Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas- Bidatan Tamil

14) Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.