Saturday, September 26, 2009

"Majlis aqiqah."

Assalamualaikum pembuka bicara.Mukadimah semasa.Pengubat hubungan tautan antara kita.

Setelah sekian lama menyepi...akhirnya "Aku" kembali.Ucapan utama Chah berbunyi SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI and maap zahir sahaja yee..kih2, batin2 d kemudian hari laa op.Untuk yang teristimewa sahaja (Entah siapa..em).Alahai cik EChah Zunairah.Sungguh syahdu anda di hari raya yang ke-7 ini...haha

Tahun ini Chah sedikit agak terkejut.Dengan sambutan "rumah terbuka" Chah yang mendadak naik ajee.Iye laa kan, setiap hari "teratak indahku" tak putus2 dikunjungi sanak-saudara, dan juga kawan2 famili sekalian..ngeh2~ Daripada sepupu, anak sepupu, dan cucu sedara pun ade, dah pangkat nenek Chah dah laa kan...Entah laa, walaupun pangkat dah jauh tersasar dari landasan sebenar, tapi seronok ada sedare ramai2 nie.Berkat sokmo kan.Alhamdulillah..

Cik Nur Amrina Rasyada laa yang "glameres" sekali.Asyik kena peluk.dodoi.cium jee.Ohh tidakk!! Chah tak rela begitu.Adik Chah hak personal.No kongsi2 tau...kih2~ Hitung punya laa hitung.Hari ini sudah masuk 29 ari usia Amina.Means that esok genap laa Amina berusia 1bulan.Makin chubby adikku.Makin comei lote.Makin hensem jugak.Makin mengancam.Auww!

Semalam kami adakan majlis aqiqah untuk Amina.Dan juga untuk Nurul yang akan naik flight ke mesir hari Rabu nie.Chah nak ikut.Nak ikut.Tapi ada kelas.Jadual penuh.And kena submit assignment jugak..Uwa2.Akan ku kirim doa bersama angin lalu...ngeh2.

Majlis Aqiqah diadakan pada sebelah malam dan selepas Isyak.Abah panggil orang kampung, sahabat2 rapat dan sedare2 sahaja.Memang penuh laa satu rumah dan luar rumah Chah.Ramai jejaka2 yang dah nak pencen datang.Yang gantang2 pun ramai makan kat luar rumah jee...haha, Chah duduk rilek je, layan anak2 kecik yang gatai+nakal nak main kejar2...eii, geram tul laaa

Sabar2.Starting dari pagi Jumaat, Imam masjid Teluk Kalong, iaitu Pak Cik Mahalil datang umah.Abah suruh beliau menyembelihkan kambing jantan bertanduk panjang (kah2).Ada gaya macam lembu afrika ajerr kambing tue Chah duk tilik2.Sebab ganas sangat.Nak kasihan, hukum dah haram nanti..Adik Chah siap merakamkan lagi detik2 cemas masa kambing tue ditumbangkan.Chah tak boleh tengok sesuatu yang agak menusuk hati ini..Trauma sikit

Lauk gulai kambing.Gulai kerbau.acar campur2.Ayam masak merah.n off coss laa NASI MINYAK.Ngeh2~ Sesiapa yang bertuah dapat laa telur rebus 1 sorang.Buat semangat sebab tolong gunting rambut Amina.Makin kurang laa rambut adik yeee..Takpe, Mina tak kisah pun.Chah kurang sikit nasi minyak.Makan buat syarat aje laa.Nanti time Chah kawin, nak buat makaroni je..kih2.Kantoii daa

Nurul sudah mau berangkat ke Uni of Alexandria.Lama lagi nak balik Malaysia.6taun di pelayaran orang.Maybe 1taun 1kali sahaja baru balik.Chah hanya mampu mendoakan yang terbaik.Nurul kan budak bijak.Dan lagi bagus dari aku yang ntah ape2 ntah nie.Selamat menjadi DR.NURUL INSYIRAH BINTI ABDULLAH yang "kecik2 tapi berisi padat" gitue yee...

p/s : Keja skulah Chah banyak lagi bertimbun2 nie

0 komen sahaja:

Post a Comment