Sunday, January 10, 2010

Susah ke camtue.

Ada orang selalu cakap,

"Kalau kita buat baik kat orang lain (yakni kawan2 kita atau sesiapa sahaja lah yang berkenaan), pasti kita akan dibalas baik jugak kan."

Tapi apa yang chah lihat dah terbalik pulak dah

Kenapa susah sangat nak buat baik kat kawan kita sendiri. Ataupun kita boleh show kebaikan kita pada "kawan yang paling rapat sahaja". Atau kita hanya akan buat baik (pentingdiri) pada "Yang satu GENG sahaja ke"....Ada ke hukum begitu ehhh

Iitu realiti yang saya nampak. Bukan ke Allah s.w.t ada menyebut "Berbuat Baik Laa sesama Islam...". Sekarang dah terbalik - Kadang2 Nak share ilmu pun susah.Nak share something information yang kita tahu and orang lain perlu tahu pun susah..Oiii, what happen, kita yang beria2 kena tanya pulak op. Kongsi2 laa ilmu yang kita ada. InsyaA, tak rugi orang yang suka berkongsi ilmu nie...

Tapi orang yang kedekut ilmu (bahasa mudahnya susah berkongsi ilmu) lama2 tak berkesan jugak ilmu yang masing2 dapat kan.

Kenapa perlu wujud diskriminasi di antara Geng2 yang ada walhah di tempat kita berada sekarang..Yang ini kita kena fikir bersama.

P/s : Ada juga bila kita tanya, ia buat tak tahu apa2. Sedangkan kita dah tahu kenyataannya. Aik, apa kes?

Thursday, January 7, 2010

"Langkah Bijak Untuk Wanita."

PESANAN KHUSUS UNTUK SAHIBAH, WANITA, MUSLIMAH, PEREMPUAN sahaja...Kepada lelaki2, boleh sahaja ingin membacanya jikalau sekadar ingin menambah ilmu persediaan ke alam rumah tangga...hehe

" Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. "

Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami.


Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.

So...Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.


1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah (dalam erti kata senang hati).

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya..(iyeke?)

3. Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga..alahai

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak tiga kan...oops

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Monday, January 4, 2010

"Pertambahan usia mematangkan kita."

Walaupun Chah dah wish banyak kali, tapi masih lagi nak buat ucapan secara rasmi di blog peribadi ini...

Specially dedicated for my room-mate here (di saat dan ketika ini) in UDM,

- Nabihah Binti Abdul Karim -

"Selamat Menambah Umur Anda", Di usia meniti ke alam remaja di awal 20-an, Akak mengharapkan bertambahlah kematangan Biha sebagai seorang kakak kepada adik2nya yang ramai lagi..ehe

Nie, confirm lepas nie Biha akan cakap,

"Alaa..Kak Echa nie, akak lagi laa tak bertambah matangnya, masih cam budak2 jugak.Kalah saya kan"

Haha..no comment about that laa, dear....InsyaAllah akak matang dalaman bukan luaran.

Menyebut tentang meraikan, memang tak diwajibkan menyambut hari lahir masing2 kan.Hukumya haram jika disambut secara me"laghakan" yakni melalaikan dan melibatkan percampuran terlampau di antara bukan muhrim.

Tapi cukupla sekadar memperingati dan imbuhan bertambahnya umur setiap tahun.Kami cuma beli kek dan makan2 sahaja.Trima yeh, adikku sayang...aduhai puteriku sayang

Sebelumnya pada malam hari, Chah dan kawan2 smskpp sem 4 dijemput ke majlis makan2 di rumah Fatimah Zaharah.Juga niatnya untuk meraikan rakan2 di hari lahir beliau.

Istimewa untuk beliau, "Selamat Menambah Umur" juga diucapka.Lenguh laa Chah asyik kena wish besday orang jeh.Sampai meletup2 bibir Chah kena ulser mulut..Arghh memang pedih.

Trimas Zaha sebab sudi mengajak kami2 yehh.Tahun hadapan insyaAllah datang lah lagi.

Tetapi disebabkan Chah, Kak Tiha and Nisah terlajak datang awal ke rumah Zaha, Kami tak tahu nak buat apa.So, Kita orang ber"puisi" di tali air berdekatan rumah Zaha.Memang cantik permandangan sawah padi..mendamaikan jiwa yang dilanda resah op

- Bila agaknya saya nak dilamar putera dari kayangan? Alahai -

* "Tengok burung tue, Kak Tiha." berkata Nisah kepada akak.haha *

- Hai si Gadis yang manis.Hai si gadis yang ayu.Senyum di bibir terlukis.Gadis Ayu.... -

Di sini juga, Chah nak ucapkan tahniah laa kat Along sebab sudah menjadi seorang pekerja sepenuh masa sekarang..Harap dapat kerja dengan tekun, dengan sabar, dengan berhikmah, dengan rajin dan sebagainya.Jadikan diri ini sebagai satu benteng yang kukuh dan ampuh.( Man Jada Wa Jada)

- Angah, Adik Cik Su dan Along..macam 1 famili jehh op? ehe -

- Abang Long dan Cik Su..kelakarnya -

Sekian, terima kasih...

Untuk makluman, penulis blog ini sekarang mengalami musim demam yang berpanjangan.Selepas 1 minggu demam pasang surut, baru saya sedar dan teringin nak ke klinik..kesiannya kat diri saya sendiri kan?

P/s : Jaga2 laa kesihatan anda.

Wednesday, December 30, 2009

Patutnya bangga jadi wanita.

Saya sering mendengar kata2 "tega kah diri saya sebagai insan bernama wanita". Sehingga sanggup mengubah ciptaan Tuhan yang sudah cukup sempurna. Lelaki jadi wanita, dan wanita menjadi lelaki. Pelik tapi tak pelik, mengada2 betul kan bunyinya..Kalau ada yang terasa, sorilaa.

Iye la, peredaran zaman semasa banyak yang mencabar kuasa dari-Nya. Tuhan itu Maha Adil untuk menguji iman setiap hamba-Nya..Jadi, bersyukur seadanya.

Kekadang saya terfikir di mana lebihnya wanita. Adakah wanita itu hanya hiasan semata2. Sedangkan Allah s.w.t telah jadikan kaum Adam sebagai pemimpin dan pelindung wanita.
Sekali pandang nampak macam wanita ini lemah segala2, iyeke?

Jadi, kalau nakkan ilmu yang lebih, sila la baca lebih lagi...


19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda,

" Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak- anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


Tuesday, December 29, 2009

"Selamat Kembali Diri Sendiri."

Assalamualaikum W.B.T...

SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA.
SEMANIS BICARA.
SEINDAH KATA-KATA.
NAK MADAH BERHELAH PUJANGGA.


Saya kembali sebagai mahasiswi semester baru.Sekian lama bercuti panjang laa jugak, tapi masih lagi rindu teramat sangat kat Nuramrina Rasyada.

Maaf, saya belum berkesempatan untuk Menguploadkan gambar2 adik yang terbaru.makin chubby and makin comeiiiii loteee...seperti kakaknya si Zunairah dan Insyirah.haha...iyeke

Masalah wireless yang semakin teruk di hostel membantutkan hasrat Chah untuk bercerita panjang lebar di blog ini.Entah di mana nak mencari networking yang bagus amat, tak tahu laa...Udm kena upgrade networking WIMAX pulak laa op

Biar sama2 puas hati.

Sampai sini sahaja, got to go to class this morning..full till this 3pm

P/s : For sahabat, please pray for me for everything.Terlupa "HAPPY BELATED BIRTHDAY" to Dr.Amad (saya tak lupa..ehe), darlingfara (miss auckland) and Nisah (ingat selalu). Hepi becoming besday to miss Zaha (301209) and biha (311209)...