Thursday, November 18, 2010

pengorbanan


saya baru tergerak hati ingin wish "selamat hari raya aidiladha" pada kali ini. so, kepada semua umat Islam yang meraikan hari raya aidiladha - selamat berkorban, selamat berkorban, dan selamat berkorban :D

sudah dua hari berlalu, raya tetap diraikan bersederhana. lembu dan kerbau tetap ditumbangkan seekor demi seekor. semangat masing-masing untuk menghabiskan daging korban yang ada di rumah tetap diteruskan * jugaaaaaaaa hingga ke cebisan yang terakhir. hikhik terpaksalah kan, kalau tidak membazir aje

raya tetap raya. tetapi raya aidiladha ini situasinya amat berbeza tau. tidak sama dengan raya aidilfitri. kalau tengok ejaannya pun memang dah lain sangat-sangat op. hehe

aidiladha : lagu raya

"Pulanglah berhari raya...begitulah harapan ayahanda"

haa'ah. saya sudah lupa lirik seterusnya. saya memang tidak pernah hafal semua lirik-lirik lagu gini. kalau lagu nasyid, konfim saya excited lebih sikit. hehe. ini lagu aidilfitri. semua orang pun dah pernah dengar lagu ini. tetapi saya tertanya-tanya juga, lagu aidiladha takda ke? teringin juga nak dengar lagu versi hari raya korban. mesti bertambah meriah suasananya, op :|

aidiladha : pengorbanan

soal lagu tidak penting mana pun. soal pengorbanan yang harus kita fikirkan sambil buat amal apa yang sepatutnya. kebiasaannya, apabila setiap kali on time 10 dan 11 zulhijjah, nilai erti pengorbanan di kalangan umat islam itu yang harus kita amik cakna sebenarnya. bukan senang untuk kita melakukan pengorbanan. asal sahaja niat pertama kita dah setting mahu buat baik, tiba-tiba datang si polan itu suruh kita buat jahat sikit jeh. adushh hati kita pun dah mula berbolak-balik jadinya. masyAllah - begitu banyak godaan nafsu dan mainan akal yang berada di sekeliling kita ini. itu sebab umat Islam harus kuat untuk melakukan satu pengorbanan. tidak kiralah pengorbanan berbentuk material, persahabatan, keluarga dsb.

aidiladha : daging

ooh, bila dapat makan daging, mahu lupa habis segala penyakit darah tinggi yang dihadapi kan. yang terlantar boleh bangun tegak disebabkan terliur akan daging yang gebu-gebu gitu. hehe mengarut loor. biasanya seekor lembu atau kerbau yang dijadikan korban akan dibahagikan kepada 7 bahagian. bila dah dapat bahagian daging masing-masing, semua pakat berebut nak sedekahkan kepada si A, si B, si C, si D sampai lah si Z.

kemudian ada pula jiran kita bagi lagi daging pada kita. alhamdulillah rezeki daging korban biasanya berlebihan sokmooo. sampai kan mak kita pun dah pening nak masak lauk apa lagi ek - masak singgang sudah, goreng pun sudah, buat gulai, rendang, tumis pun puas sudah. akhirnya masuk tong sampah juga kadang-kadang op. ishh2 janganlah sampai ada pembaziran sebegitu rupa.

itulah ia - "pengorbanan tidak pernah akan habis". so, renungkan dan selamat beramal _(',')_

Tuesday, November 16, 2010

haramkah aku.






















Haram Haramkah Aku
Bila Hati Dah Jadi Cinta
Tuhan Pertemu Hatiku
Biar Aku Tak Jadi Melanggar

Aku Cinta Pada Dirinya
Cinta Pada Pandang Pertama
Sifat Manusia Yang Ada Padaku
Aku Bukan Tuhan

Haram Haramkah Aku
Bila Aku Terus Menantinya
Biar Waktu Berakhir
Bumi Dan Langit Berantakan

Aku Tetap Ingin Dirimu
Tak Mungkin Aku Berdusta
Hanya Tuhan Yang Bisa Jadikan
Yang Tak Mungkin Menjadi Mungkin

Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Di Mata Dunia Juga Akhirat
Biar Aku Sepi Aku Tapi Aku Masih
Tuhan Sayang Aku

Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Dengan Dia Tentu Atasi Zina
Ketika Cinta Bertasbih
Tuhan Beri Aku Cinta

Ku Menanti Cinta...

Haram Haramkah Aku
Bila Aku Terus Menantinya
Biar Waktu Berakhir
Bumi Dan Langit Berantakan

Aku Tetap Ingin Dirimu
Tak Mungkin Aku Berdusta
Hanya Tuhan Yang Bisa Jadikan
Yang Tak Mungkin Menjadi Mungkin

Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Di Mata Dunia Juga Akhirat
Biar Aku Sepi Tapi Aku Masih
Tuhan Sayang Aku

Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Dengan Dia Tentu Atasi Zina
Ketika Cinta Bertasbih
Tuhan Beri Aku Cinta

Ku Menanti Cinta...


Menghayati Hari Raya Korban :D



Bismillahirrahmanirrahim...

MENGHAYATI HARI RAYA KORBAN

oleh Ustaz Syed Hasan Alatas



'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya
Haji ataupun Hari raya Aidil-adha. Pada hari raya ini, ramai umat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibahagikan kepada fakir miskin. Ramai juga umat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullah ilharam (Makkah).

Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh umat Islam untuk membantu mereka yang susah. Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh umat Islam, IsyaAllah akan wujud ketenangan dan kedamaian dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan di antara yang kaya dengan yang miskin, di antara yang kuat dengan yang lemah, di antara penguasa dengan rakyat biasa.

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertolongan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga serta tidak hanya bergantung kepada pemberian orang.

Rasullah S.A.W.telah mengingatkan bahawa :

"Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah".

Oleh kerana itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara haiwan ternakan, memelihara ikan dan sebagainya, InsyaAllah di satu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.

Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakannya sekali seumur hidup. Allah S.W.T berfirman yang maksudnya :

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, kerana rezeki yang Allah S.W.T telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternakan. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan kepada orang yang sengsara dan fakir."

(Surah Al-Hajj : 27-28)

Sungguh besar manfaat yang akan diperolehi mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, di antaranya, InsyaAllah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cubaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim A.S dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah S.A.W dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia ke jalan yang benar jalan yang diredhai Allah S.W.T yang terkandung dalam Islam.

Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada pelbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.

Pelbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi pelbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeza dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.

Kita berdoa kepada Allah S.W.T. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah S.W.T semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala mala petaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja.

Amin ya Rabbal Alamin!


Monday, November 15, 2010

note 25 random things.


i've been tagged again! excited lorr mahu jawab ini soalan-soalan cepu emas.



arigato pada luqmanmaat abdul rahim. :P

walaupun saya kurang
frendship dengan dia, saya hargailah juga dia as one of my classmate.
(biarlah dia nak kata apa pun pada saya nanti. saya terima semuanya ek).

arahan-arahan nya senang sahaja :

“once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tagged the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you.”

jom semak siapa saya sebenarnya, ok -

1. saya suka nama saya, sebab nama saya cantik. hehe perasan

2. nama penuh saya - `Aishah Zunairah Binti Abdullah

3. 02 hb november adalah tarikh lahir saya

4. saya anak dara negeri terengganu darul iman

5. kampung saya di jambu bongkok dan teluk kalong

6. saya tinggal di taman chukai indah

7. sekolah saya ada lima buah (tiga rendah dan dua menengah)

8. saya pelajar lompat dari darjah tiga ke darjah lima

9. saya pernah sekelas dengan abang saya semasa darjah lima

10. upsr saya dapat 5A. ngeh-ngeh :P

11. pmr saya dapat 5A jeh. hukhuk :(

12. spm tidak payah cakap lah op. kisah lama :D

13. saya mudah terasa dan juga sensitif. so, jangan berkasar dengan saya

14. kawan-kawan di kampus mostly kata saya memang cepat bersiap (dressing to class) dan suka jalan laju. hehe

15. saya agak mudah percaya pada cakap orang kadang-kadang

16. room-mate saya cakap saya suka bolot. haha mengarut la

17. saya suka sengih senyum. kalau saya bad mood jeh, saya akan senyap terus

18. saya tidak suka dipuji dan tidak suka dikritik

19. saya sayang pada semua kawan-kawan, sahabat2, keluarga saya juga

20. ubat saya adalah minuman 100 plus sahaja

21. saya tidak pandai makan ubat pil langsung dan tidak pernah makan panadol jika tidak sihat

22. i am quite less confident in front of the audiences.
sokmo berdebar loor

23. i am currently single and available. (jangan ganggu privasi saya)

24. saya mahu kahwin as soon as possible! hehe galok

25. saya dambakan seorang pasangan yang akan sentiasa sayang saya di dalam keimanan kepada-Nya selalu.

sekian. the end -

Sunday, November 14, 2010

ana bil khair. wa alhamdulillah


Assalamualaikum semuanya. Harap sihat sokmooo yeeh, insyAllah

Senyum jeh saya memanjang malam ini :D Saya baru sudah menyaksikan secara live satu cerekarama yang agak kelakar dan best juga di tv3 tadi. A'ah memang kelakar, ada pengajarannya dan cukup membuat terasa orang-orang di sekeliling juga. hehe.


Ini pendapat peribadi saya sahaja. Orang lain maybe pendapat mereka berbeza. Jika saya kata ini adalah A, akan ada yang kata itu B. Jika saya fikir positif, ada juga fikiran negatifnya. Masing-masing tidak akan mahu mengalah seadanya. Cas magnet yang kadang-kadang tidak disedari ini biasanya akan selalu menarik perhatian kita saban waktu. Iye kan

Jadi - senyuman ukhuwah itu penting tau!

Oh ya, berbalik kepada cerekarama tadi, ceritanya lebih kurang begini alkisahnya :

"Arman (pelakon Nabil Raja Lawak) suka betul cakap besar. Jika 10 patah dia cakap, tidak sampai satu patah perkataan sahaja ayatnya yang memang sahih betul. Yang lain semuanya tipu semata-mata. Arman juga suka cakap standard gred A++. (kawan2 dia kata) hehe. Dia canang pada semua kawan-kawan dia tunangnya seorang model (dilakonkan oleh Ayu Raudhah). Nasib baik la si Ayu baik jeh kan. Sanggup tolong Arman pinjam duitnya dahulu untuk majlis perkahwinan mereka. Seterusnya...dunia akan terbalik kot. haha. Berubahlah sikap Arman akhirnya sebelum diijabkabulkan bersama pilihan hatinya"

Tajuk cerita "Semuanya Nak 'A' je". Mula-mula baca macam pelik juga. Tidak pernah saya tengok tv dengan bersungguh2 sebelum ini. Kalau sesiapa yang perangai dia betul-betul macam si budak Arman tengok cerita ini tadi, rasanya boleh jadi insaf terus automatik op. Mahu terbalik dunia ini kot. haha..this story is so goood la. saya suka sebab ada pengajarannya :P

Itu lain cerita. Cerita tidak real dalam tv sahaja kan. Saya pun ada cerita juga. Cerita saya ini betul punya. Bukan cerita sangat pun, cuma luahan perasaan jeh. Inilah ia kisah fantasia romantika bulan madu di bulan November. A'ah..iye lah sangat, op

(jangan percaya ini cerita. takda makna dan tidak ada kaitan dengan anda langsung tau :P)

Saya sudah tidak sabar ingin kembali lagi ke kampus. Eh, orang lain ada juga perasaan ingin balik selalu ke kampung halaman. Saya terbalik pula kisahnya. Itulah pasal, selagi final exam untuk semester ini belum bermula dan finish yet, saya tidak akan berdiam diri dengan selesa. Semakin banyak sangat benda yang bermain di fikiran saya sekarang. Jujurnya - saya sudah sedikit tertekan dengan keadaan sekeliling.

- I am so depressed. I am little frustrated. I am quite nervous -

Sesungguhnya ketahuilah - dengan mengingati Allah S.W.T itu, akan tenang dan tenteramlah hati manusia.

MasyaAllah begini mudah ayat yang telah Allah S.W.T bagi pada kita untuk dipraktikkan. Pokok pangkalnya adalah bermula daripada hati juga. Saya harus dimotivasi dengan lebih lagi agaknya selepas ini.

"Hati ini hancur dan luluh keranamu...ooh" hukhuk. I am so frustrated lorr
:(