Wednesday, August 11, 2010

ahlan wasahlan ya-Ramadhan


ahlan wasahlan ya-ramadhan al-mubarak!

bulan mulia ramadhan kembali lagi. bulan ramadhan bulan rahmat bagi semua umat islam. alhamdulillah, hari pertama puasa pada tahun ini saya masih berkesempatan menjalaninya dengan sempurna. malam semalam ialah malam pertama tarawikh. saya juga sempat bertarawikh bersama ratusan pelajar-pelajar unisza dan orang luar di masjid unisza. terasa begitu besar rahmat dan cahaya ramadhan setiap kali tiba saat ini.

iyelah, siapa yang tidak mahu merebut peluang beribadah sekerapnya pada bulan yang terlalu mulia di sisi-Nya kan. even orang itu sejahat mana sekali pun, stop lah dulu niat tidak elok itu pada bulan ramadhan. minta hidayah petunjuk dari Allah s.w.t. harapnya selepas berakhir bulan berkat ini, semua niat jahat akan terhapus dan zerooo terus op


sumber di dalam internet mengatakan bahawa :

ibadat puasa adalah ibadah yang dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu maghrib).

ada banyak hikmah dan faedah puasa yang memang sudah sedia termaktub oleh-Nya :

1. menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

firman Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud :

"wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa."

(Surah al-Baqarah : 183)

2. memperolehi kesihatan jasmani dan rohani.

sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

"berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."

sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi :

"perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

3. sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas limpah kurnia nikmat-Nya yang tidak terhingga.

4. mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.


5. melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka.

6. membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi.

7. mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.

8. memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya :

"orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."


0 komen sahaja:

Post a Comment