Wednesday, November 18, 2009

Kuala lumpur melambai2 ke arah kami.

*Ding..ding!

Peringatan : Ini mungkin entri terakhir untuk kali ini.Jika berkesempatan, akan ditambah lagi entri semasa bercuti di rumah.Kadangnya faktor kekangan masa turut mencemburui saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa..hihi

Sesudah usainya segala urusan di sini untuk semester ini, Kami sekelas ada terlibat dengan satu trip sambil belajar (ataupun melegakan tensio
n sem tiga) ke Kuala Lumpur.Kami akan bertolak pada malam ini, 18hb terus ke tempat penginapan di Smk. Teknik Setapak..Dan insyaAllah dijangka sampai di sana pada pagi 19hb.Moga perjalanan kami diberkati-NYa

Pada sebelah paginya mengikut tentatif - Kami akan ke Multimedia Development Corporation (MDec), MSC di Cyberjaya untuk sesi b
eramah mesra dengan persekitaran suasana kerja di dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.Maklum lah di Cyberjaya tempat berkumpulnya pakar2 IT yang sedia ada dan bakal menggantikan yang sedia ada..

* Adik2 senior tersenyum ceria bersama kakak2 junior *

Wajah kami yang terpilih menyertai lawatan ini.Bertarikh 25hb Februari 2009 yang lepas

Cik `Aishah Zunairah Binti Abdullah sebagai Pegawai Teknologi Maklumat, MDec
T______T

Chah, Zaha, Ummi di hadapan MSC Cyberjaya.

Jikalau hendak dihitung, ini merupakan kali kedua Chah dan segelintir kawan2 menjejakkan kaki ke MDec.Tujuannya juga sama, ingin mengenali lebih dekat keadaan sebenar semasa kami bekerja nanti..Taknak cerita panjang, gambar2 semasa trip yang kali lepas sila lihat sendiri yehh.

Harapan untuk lawatan kali ini, Chah akan lebih mendapat manfaat2 yang jarang diperolehi oleh semua orang.Selepas ke MDec, insyaA kami akan menyerang MIMOS SDN.Bhd pula..

Kuala Lumpur..tungguuu!!

Macam Chah sorang jeh yang teruja benarnya..kihkih

P/s : 20hb baru Chah balik Kemaman..sob2 sedihnnyaaa.

2 komen sahaja:

  1. huhu jeles nye g trip ke kl
    jeles sbb korg g mimos
    sbb hri tu kte kn x jd g mimos huhu

    tp x jeles sgt sbb korg x les copaque :p

    ReplyDelete
  2. xbaik tau ika ckp cmtu..
    ala upin ipin cuti..
    that why kitorg x brminat
    nk gi les copaque..
    hehe...

    ReplyDelete