Saturday, March 27, 2010

"Sukan FiTs"


Pertamanya ucapan Alhamdulillah saya ucapkan...

Karnival Sukan FiTS Sesi 2010 sudah berakhir dengan jayanya. Tahniah laa kepada semua Exco2 yang terlibat. Specially Pengarah program, Wahidah. Jaga kesihatan baik2. Timbalan Pengarah Program juga, Syada tahniah juga ok! walaupun mung kecik macam Chah juga, tapi tak boleh pandang rendah jugak op. hehe.

Tahniah juga kepada semua peserta2 yang telah melibatkan diri dalam acara2 yang dipertandingkan. Pelajar2 diploma dan juga degree. Dari junior dan senior2...congratulations because gave us ur good co-operation. Ok!
Lupa kepada staff yang join futsal, arigato gozaimas. :)

Di antara acara2 yang dipertandingkan sepanjang 21 hb hingga 26 hb mac adalah :

--> Bola Keranjang (Wanita)
--> Memanah (Wanita dan Lelaki)
--> Bola Baling (Wanita dan Lelaki)
--> Street Soccer (Lelaki)
--> Futsal (Wanita dan Lelaki)
--> Sukaneka (Tarik Tali dan Galah Panjang)

Penyertaan agak menggalakkan untuk semua permainan, walaupun ada sedikit kekangan untuk permainan bola jaring dan badminton. InsyaAllah di lain masa, kita bersukan lagi.

Semalam pun, majlis penyampaian hadiah sudah selamat disempurnakan. Terima kasih kepada Ketua Jabatan Sains Komputer, Puan Aznida Hayati kerana sudi merasmikan dan menyampaikan hadiah pada malam itu. Semua pemenang dah mendapat habuan masing2. Harapnya simpan laa medal itu sebagai kenangan di hari tua anda ye..ehe. Boleh tunjuk kepada anak2 dan cucu2 nanti

Saya pun cuma menjadi AJK saja. Dan peserta Sukaneka..dapat laa Naib Johan. Dengan bangganya mengumumkan. A'ah...pasti bangga, sebab dah cukup sakit satu badan saya. Ditambah lagi dengan demam plus selesema, batuk, sakit tekak, pening kepala dah banyak hari dahh...tapi saya tetap bertahan. Nasib baik semangat kuat, kalau tak memang dah lama pengsan kat situ. Maluu laa kalau dilihat kaum lelaki kan....


Wednesday, March 24, 2010

"Menang Award."

Tahniah shahzuichah. Anda telah Menang Award. Iyeke?

Terima kasih kat Fatah A. Aziz kerana menganugerahkan award ini kepada shahzuichah.blogspot.com.

Tanpa anda, siapa lah saya di sini..ehe


Saya dengan ini berbesar hati untuk menganugerahkan award seterusnya kepada yang berikut.

Calon-calonnya ialah :

1. Syada

2. Dr. Amad

3. Dr. Nurul Insyirah
4. Bihah
5. darlingFara

6. Kak Sumayyah

7. Ahmad

8. Ain

9. Nisaa'
10. Khuzaimah
11. Saila

12. Tiqah


Disebabkan fatah yang beria nak bagi award ini kat saya, so saya copy jeh laa arahan yang patut anda2 yang di"awardkan" lakukan. Baca kat bawah nie yee.

Syarat-syaratnya teramatla mudah. Tak payah jawab sebarang soalan.


Apa yang perlu anda buat ialah..


1. Thank & link to the person that gave you award.
2. Past this award onto 12 blogger's you've recently discovered and think are fantastic
3. Contact and let them know they've won the award..

Very simple bukan? Jadi tunggu apa lagi...

Sayang, Cinta, Suka terlalu kompleks.


Ungkapan Sayang, Cinta, Suka tue apa sebenarnya? Sama ke tak sama?

Boleh ke kalau kita suka kat orang lain. Sayang kan yang lain. Cinta pun kat yang lain juga..aiik tamaknyerrr die tue


Ada satu kisah. Si A suka kan seseorang. tapi dalam masa yang sama, si A nie dah ada teman istimewa. dan si A nie juga konfius nak meneruskan hubungannya atau tidak. Ada laa masalah yang tidak dapat ditafsirkan. (Ini kisah benar). A'ah...camana tue. Biarlaa rahsia

Sekejap jeh lepas tue, si A nie pasrah jeh laaa..dan hanya berserah pada jodoh ditentukan-Nya. Dalam masa sama
nak juga berharap tapi tak nak berusaha. Iyee, memang Perasaan kita masa remaja ini tidak boleh dipaksa terlalu mendalam. Lebih baik mengikut sunnah daripada kita memandai jeh menetapkan sendiri apa yang patut dan tidak patut. Buat apa susah2 nak mengorat sini sana kan...meletihkan, membazir masa. Pastinya melalaikan juga. Kalau orang tue buat biasa je, kita layan biasa je. Nak tengok sekali-sekala takpe kot. tapi haramla hukumnya. hehe

Yang betulnya,

"Jangan mengungkapkan perkataan Sayang, Cinta dan Suka itu sesuka hati di kala kita sendiri belum pasti akan bersama dengannya. Di saat kita sudah betul2 bersedia untuk berkasih-sayang, Ok..proceed saja laa."

Kan melepas susah nanti

Bercinta selepas kahwin mungkin menjanjikan seribu lagi kemanisan dalam nikmat berumah tangga kan. Bercinta sebelum kahwin kadang2 ada juga pahitnya. Bukan kata tak boleh, Boleh....tapi berpada-pada lah.

Jadi, checking la diri kita. Duhai hati, bertanyala kepada hati kita, apa yang kita nak sebenarnya. Apakah yang terbaik atau tercorot? Atau kita tak nak apa-apa dah?

Saya sendiri pun kena berpada-pada selalu. Jangan mengada sangat yerr, Echah sayang

Monday, March 22, 2010

Motivasi - Kita Tidak Tahu...


Satu kisah…..seorang wanita dalam perjalanan untuk ke stesen bas. Dia sekarang berada di Kuala Terengganu dan mahu bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres. Bas dijadualkan bertolak pada pukul 9 malam dan sekarang jam menunjukkan pukul 8.45 malam.

“Ishh..cepatlah dik. Terlepas bas akak nanti.”

Si adik hanya mendiamkan diri. Keretanya yang tidak pernah rosak sebelum ini tiba-tiba sahaja meragam sebelum memulakan perjalanan tadi. Si kakak sudah tidak berhenti-henti merungut kerana bimbang tertinggal bas.

“Aduh…10 minit lagi…. jauh lagi ni!” rungut si kakak kerana memikirkan masih ada lebih kurang 15 kilometer lagi sebelum sampai ke perhentian bas. “Semuanya serba tak kena malam ni!” Katanya lagi.

“Takpe, selalu bas kan lambat bertolak. Cakap pukul 9, pukul 9.15, 9.30 baru bergerak….macam tak biasa,” sahut si adik untuk menenangkan diri sendiri dan diri si kakak. Si kakak tidak membalas, hanya memasamkan muka.

Tepat 9.05 malam, mereka sampai ke stesen bas. Malangnya, mereka diberitahu bas telah bertolak tepat pukul 9.02 minit tadi. Si kakak terus mengeluh. Si adik tidak berkata apa-apa. Si kakak akan terlepas masuk kerja esok. Si adik akan menerima leteran sepanjang malam.

Di awal pagi keesokan harinya, si kakak menerima berita yang agak mengejutkan. Bas yang bertolak malam tadi terkandas di sempadan Kemaman dan Pahang disebabkan banjir. Semua penumpang terpaksa bermalam di dalam bas dan ada juga yang dijemput oleh keluarga berdekatan untuk pulang semula ke rumah.

Si kakak menarik nafas panjang. “Kalau aku naik bas semalam, tidakkah aku kena tidur dalam bas yang sempit dan mungkin panas sepanjang malam?”

Si adik hanya tersenyum semasa mendengar berita tersebut.

Cerita tamat. Sekian...

Di sini. Ada Satu persoalan yang bermain di minda saya. Pernahkah kita merungut, sedih dan murung tentang sesuatu sedangkan perkara tersebut sebenarnya adalah permulaan kepada sesuatu yang sangat menggembirakan diri kita? Pernahkah sesuatu yang kita sangka satu bencana atau musibah tetapi sebenarnya adalah satu rahmat kurniaan Allah? Inilah mesej yang perlu kita fikirkan bersama. Jika kita sedang dilanda kesedihan atau kekecewaan, mungkin ada rahmat dan kegembiraan yang sedang bersembunyi disebaliknya. Jika kita fokuskan minda kita secara positif kepada perkara ini, tahap kesedihan dan kedukaan yang kita alami akan menurun dan hati kita akan jadi lebih tenang.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

“Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu; dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedangkan ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.”


Selamat mencari ketenangan dan kegembiraan dalam setiap perkara yang berlaku di dalam hidup kita.


Sunday, March 21, 2010

"Almighty Allah S.W.T and His Love."

Assalamualaikum semua.

Apa khabar hari ini..Harapnya lebih baik berbanding semalam. Saya kata

"Peristiwa yang tak sedap dipandang mata tue, baiknya kita jangan cepat melatah. Sebab manusia dilahirkan tiada sempurna segalanya. Mungkin bagi kita, orang lain buat sesuatu kerja itu memang tak bagus kan. Tapi pernah ke kita fikir apa pandangan orang lain terhadap kita. Even though kita selalu fikir kita dah buat yang terbaik. Tak semua manusia ini suka akan kebaikan. Ada yang takkan senang jika kita lebih baik dari hari sebelumnya. So..akhirnya, bermasam muka aje laa 24 jam kan. "

Kita nie, nak cakap camna lagi? Kalau dah senyum pun dan buat yang the best everytime, orang still akan perlekehkan kita selalu..A'ahh la kan biarlah semuanya berlalu. Bagai lagu dan irama


OK. Perkara utama di sini, saya nak wish Happy Birthday Girl to my dear sister. Dr. Nurul Insyirah Binti Abdullah. Yang sekarang ini masih lagi belajar di Mesir. sob2....dah berbulan tak jumpa dia. Rinduuu

"May God Bless U, dear. May God Bless U dear. May God Bless U Insyirah. May God Bless U"

She is everything to me. Sebab semua rahsia saya dia akan tahu. Dengan siapa lagi nak share kan, takkan nak share dengan adik-beradik lelaki kan? Tak sesuai laa....and tak syarak.

Terima kasih laa kat Ummi, sebab dah lahirkan anak2 perempuannya yang cantik, comel nie kan. haha..Saya tak ngaku, tapi orang lain yang tolong mengakukan-nya. Saya suka dengar lagu nie. Yusof Islam punya lirik.

Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should I pay good mind to
After Allah and Rasul-Allah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?

When you were sick
Stay up all night
Holding you tight?
That right no other
My mother

Who should I take good care of
Giving all my love?
Who should I think the most of
After Allah and Rasul-Allah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?

And when you fell
Who’d pick you up?
Clear your cut?
No one but
Your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to?
Never say no to
After Allah and Rasul-Allah?

Sekiannnn saja di sini. Dari Biruni...

Saturday, March 20, 2010

Majlis Malam Pra-Graduasi Sesi 2010

Majlis Malam Pra-Graduasi sesi 2010..Bunyi cam best je kan.

Bila diadakan? Semalam sudah ia berlalu..Tanggal 19hb Mac 2010. Tahniah kepada Pengarah Program kita, Syazwina Sarugi. Walaupun agak kelam kabut persiapan tempatnya, So far berakhir dengan jaya dan selamatnya..Alhamdulillah.

Pengerusi Aturcara Majlis pun pandai jeh buat lawak nak membangkitkan suasana romantik di tepi pantai yang indah. Pantai Batu Burok saja. Berduet pulak dengan adik ipar Puan Aznida yee..amboii encik Fatah A. Aziz dan Nurul Aini Ghazali. Anda berdua memang sepadan gtue. ehe

Nak tengok gambar ke? Kat bawah2 nie...Gambar kita2 jeh. Kamera agak kelabu. Jadinya gambar tak berapa cantik. Apa pun, tq kat Syada sebab bawa juga Kameranya. Ok

*Syada dah nak balik daa...*

*Chah dan Nur Aisyah (Pelajar semester Akhir yang diraikan). Syada nampak separuh jehh yee...haha*

*Selamat tinggal semua. Selamat Tinggal Batu Burok Beach Resort*

*Hadapan Medan Selera pun nak berposing. aiii..malu laar*

*Kakak kesayangan SMSPPP 4 kita. Kak Hermaelisrani...sebut betul2 yee*

*Sepasang Exco Kebajikan dan Kerohanian Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik.. Zhariff Adam Abdul Hamid dan `Aishah Zunairah Abdullah*

*Oo..Kak Arab kita didatangkan khas dari Mesir nun jauh di sana. Bersama Nab dan Syada*

*Tiga anak dara pingitan. Cun melecun semuanya*

*Ye..yee..Chah dapat cabutan bertuah. Nombor kapit 404 katanya si Fatah A. Aziz*

Lain hari, lain masa di semester hadapan..InsyaAllah kita bertemu lagi untuk majlis sebegini rupa. Yang baik datangnya dari Allah S.W.T...dan yang tak elok bisa dipandang sepi. Gambar yang tak ada di sini, minta maaf banyak2. Kamera bukan hak milik saya. Dan Saya memang tak bergambar mana pun. Maluu sebenarnya..ehe

Tahniah kepada Prince dan Princess... Saudara Mohd Asraf Zainuddin dan saudari Rosaida Binti Rosly yang kedua-nya dari Diploma Teknologi Maklumat semester enam sahaja. Kepada Encik Suhailan juga, encik memang sporting habis sebab sentiasa sokong program Fakulti dan Persatuan..Terima Kasih banyak

Friday, March 19, 2010

"Tahniah semua."

Tahniah laa kepada pemenang-pemenang Utama Pertandingan Pengaturcaraan yang baru diadakan sebentar tadi...

Pertama : Ong Yu Chuan DAN Faris Adli (SMSKPP 6)

Kedua : Al' Nurul Amin DAN Ahmad Izzuddin (SMSKPP 4)

Ketiga : Nadia DAN Nurul Saila Murnira (SMSKPP 4)


Jangann lupa jemput lah ke Majlis Malam Pra-Graduasi yang akan diadakan di Batu Burok Beach Resort pada malam ini untuk penyampaian hadiah kepada pemenang2 utama...

hamper besar menanti anda semua


Terima Kasih untuk sokongan exco-exco FiTS semua yee...

Tuesday, March 16, 2010

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin...ada hadnya!

Seorang ustaz pernah menyatakan begini....

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalang aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awaslah anda !!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda sebaiknya.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.

Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topik saya sekarang ni sedang menceritakan tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu. Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a :

"Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku",

maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respon :

"Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah S.W.T lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah S.W.T itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protektif kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

Jadi, di sini masing2 patut tahu hadnya. OK kan jika saling mencegah dari membenarkan ia berlaku....

"Bila Lelaki Menjadi Dayus."

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah..

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang perjalanan yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua2an dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah. (Konon lelaki suka tengok)

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, Adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati : " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian...

P/s : Marilah kita sama-sama bertaubat meminta pengampunan daripada-Nya Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang agar diberi hidayah dan kekuatan dalam memahami agama ini seperti yang dikehendaki-Nya bukan seperti yang kita fahami.