Friday, May 7, 2010

Takda idea.


Saya tukar template blog ini lagi.

Ini kerana saya inginkan blog saya lebih bersifat matang, tidak bersifat budak2 lagi dan sesuai dengan tuan punya blog ini yang akan masuk 23 usia pada penghujung tahun ini. Usia hanya angka sahaja. Hidup menumpang, buat lah cara menumpang op! Ke guane? haha.

Dan lagi....

Entri2nya juga insyAllah akan dikemasikini secara yang lebih matang juga. Tapi sekarang saya tak dak idea nak menulis mengenai apa. Masa saya sedikit dicuri untuk update juga blog ganu
saya. Tak tahu lah cantik ke tidak. Saya taip jeh apa yang saya rasa nak taip. On the spot....

Perkembangan hari ini...Tiada apa yang menarik. Macam biasa jadi bibik segala sokmo. Sebab saya sedang dalam mood bercuti di rumah. Amrina Rasyada la pengarah saya.hehe. Anda faham kan? Mana aci budak kecik umur 8 bulan mengarah saya itu ini. Mengada2 adik saya nie...

Cuma dalam tengah hari tadi, saya dan keluarga menerima kunjungan terancang dari Pak Cik Sulaiman dan keluarganya. Datang nak melihat rumah sewanya di Taman Chukai Indah. Sebelah rumah saya je. Sekarang rumah itu sedang di kemaskini dan dengan segera akan disewakan kepada penyewa seterusnya. Satu minggu lagi kot dapat penyewa baru lagi gamaknya. Sempat juga la saya dan ummi masak untuk makan tengahari bersama-sama. Haha. Apabila dua keluarga makan bersama menjamu selera, meriah la jadinya kan...

Esok hari untuk meraikan warga pendidik di Negeri Terengganu. Tempatnya di Padang Taman Bandar Chukai. Abah kena pergi laa esok pagi2 hari. Saya tak tahulah. Kesihatan tidak mengizinkan. Demam selesema batuk segala...

0 komen sahaja:

Post a Comment