Sunday, May 23, 2010

kebahagiaan dalam perpisahan


Saya jumpa lagu baru. single terbaru yang dinyanyikan oleh shahir af8, bekas anggota kumpulan nasyid saujana. sedap jeh lagu ini..sekali dengar, macam lagu nasyid la pulak. ehe

saya tidak tahu pun pasal lagu ini. tapi sepupu saya siap kol suruh saya cari dan download lagu ini. dia dengar semalam katanya shahir nyanyi masa konsert. saya cari laa kat pakcik google dan jumpa terus. first time dengar, wahh...mantap suara dia. banyak kali dengar lagi. makin jiwang la pulak jadinya. ehehe

tapi sayang shahir nie dah keluar dari saujana kan

tajuk dia kebahagiaan dalam perpisahan. bermakna sekali yee nampaknya. tapi pendapat saya, memang serius sedap amat lagu ini. itu jeh nak cakap. ok....

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

p/s : Entah bila kebahagiaan itu mahu berputik pun saya tidak tahu bila masanya. haha

0 komen sahaja:

Post a Comment