Sejak beberapa minggu sebelum ini, saya memang teramat runsing memikirkan peperiksaan akhir semester yang sedang berjalan. Alhamdulillah sekarang, perasaan itu sudah saya kuburkan. Cuma nak menantikan keputusan peperiksaan yang akan diumumkan dalam masa 1 bulan dari sekarang. Saya mahukan yang terbaik dalam hidup. Terbaik untuk segala2nya.
Tapi...kadang2 apa yang kita mahukan terbaik, kita kena lah jadi yang terbaik dahulu. Tak nak laa asyik2 nak orang yang buat baik dengan kita kan. Kita nie bila lagi? haa....itulah tepuk hati, tanya iman yang pasti apa yang kita hendak sebenarnya.
Kelmarin hari untuk meraikan para pekerja kita di serata tempat...
"SELAMAT HARI PEKERJA pada 01 hb Mei 2010."
Kepada Abah, Along, Abang, Adik, Kakak, Makcik, Pakcik, Uncle, Auntie, W** (ehe) dan kesemuanya yang telah tekun melaksanakan kerja dengan sepenuh ikhlas kerana Allah S.W.T semestinya...Kita datang dari-Nya dan akan kembali jua kepada-Nya. Entah bila, itu sudah pasti akan ada harinya...
Moga rahmat dari-Nya sentiasa dilimpahkan ke atas diri-Kalian semua.
InsyaAllah. Dan harap2 Doakan kejayaan saya dunia dan akhirat..
P/s : Saya kena bahagikan masa untuk mengemaskini blog ini dan juga blog yang satu lagi.
0 komen sahaja:
Post a Comment