Wednesday, May 5, 2010

"Perhimpunan Perdana Palestin."



Kali ini saya nak cerita lagi pasal isu Palestin.

Satu Perhimpunan Perdana Palestin akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 08 hb Mei 2010 ini bermula pada jam 5.00 petang

Kepada siapa-siapa yang ingin memberi sumbangan sambil berhibur secara amal, boleh berbuat demikian secara terus semasa Perhimpuan Perdana Palestin ini. Masuk adalah percuma. Persembahan nasyid dan tayangan video amal juga akan turut diadakan.

Jadi apa tunggu lagi. Bila lagi kita nak buat amal kan?

Alhamdulillah, pada minggu lepas - telah diadakan Majlis Makan Malam Amal Untuk Palestin yang diadakan di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Keluarga saya turut hadir memberikan sokongan. Untuk ke majlis ini, setiap individu dimestikan membeli satu kerusi dengan harga RM100 (satu meja makan berharga RM1000 dan menempatkan 10 biji kerusi) sebagai sumbangan untuk Tabung Haluan Palestin.

Saya pernah buat entri mengenai sumbangan untuk LIFELINE FOR GAZA di mana sumbangan yang dikutip ini digunakan untuk membeli barang-barang keperluan untuk rakyat Gaza di sana. Dan semua barang-barang ini akan dihantar melalui jalan laut dengan menggunakan kapal di bawah ini sebanyak 20 buah dari seluruh negara.

Kapal-kapal ini akan bergerak dari negara Turki bermula 03 hb Mei 2010. Tetapi 2 buah kapal yang dibeli oleh Malaysia (digerakkan oleh NGO Haluan Palestin) akan bergerak pada 10 hb Mei 2010. Boleh baca di sini.

Ini lah kapal yang akan bergerak ke Palestin.

Saya turut tertarik untuk berkongsi dengan pembaca blog ini beberapa keping gambar yang menggambarkan keadaan rakyat Gaza yang hidup dalam keadaan terkurung dan terpisah dari dunia luar. Mereka dipisahkan dengan tembok-tembok yang telah dibina oleh askar Israel yang begitu kejam menindas umat IslamPalestin.






P/S : Saya harap satu je. Moga kaum Yahudi dilaknat Allah S.W.T...

0 komen sahaja:

Post a Comment