Saturday, May 22, 2010

memasuki gerbang perkahwinan.



tengah mencari-cari buku apa yang mahu dibaca masa bersenang-lenang di rumah sekarang, tiba-tiba dengan tidak sengaja saya terjumpa laa buku ini.
see gambar di atas. mak aiii...tajuknya begitu mantap sekali. buku bertajuk "Memasuki Gerbang Perkahwinan". bukan pintu gerbang ke rumah anda yee. harap jangan silap faham. haha

sebenarnya dah lama saya memang nak cari buku ini. sebab saya tengok along asyik sangat baca buku bab kahwin sejak akhir-akhir ini. maknanya along sudah bersiap sedia hendak melangkah ke alam rumah tangga ke? hehe.

saya dapat buku ini percuma saja. bukan beli kat kedai pun
. buku ini merupakan modul perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jakim. anda faham maksudnya kan? bila dah sebut pasal jakim, memang ada kaitan dengan kahwin laa off course. saya ada mengikuti satu kursus pra-perkahwinan di udm. masa itu dah lama, dalam tahun 2008 gitu laa. pakej istimewa untuk pelajar-udm. berkali ganda murahnya nak dibandingkan jika saya nak ikuti kursus kahwin ini kat luar tau. sijil kursus kahwin-nya pun dah selamat saya simpan dalam fail kebal. ngeh2

buku ini menyatakan dengan jelas tanggungjawab dan hak pasangan suami isteri bagi membentuk dan memelihara sesebuah keluarga supaya kekal dan berada dalam kebahagiaan. Ia amat sesuai dijadikan bahan bacaan dan panduan kepada suami isteri, terutama kepada muda-mudi yang bakal mendirikan rumah tangga yang aman, harmoni dan diredhai oleh Allah S.W.T. Setiap pasangan suami isteri perlu bekerjasama dan bersefahaman di dalam menjalani amanah Allah S.W.T dengan mencontohi keluarga Rasulullah S.A.W ke arah menjadikan rumah tangga sebagai syurga di dunia. Perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh....

terasa mahu mengambil kursus ini sekali lagi. banyak lagi tak faham tentang bab kahwin~

0 komen sahaja:

Post a Comment