Wednesday, May 12, 2010

aku dan kamu.


Saya baru lagi tengok video klip cerita pendek 3 part bertajuk aku dan kamu. cerita yang dilakonkan di uni. padjajaran, indonesia. cerita yang dilakonkan oleh pelakon2 yang tak pernah berlakon rasanya. tapi best bangat ceritanya. walaupun sempoi, tetapi bagi saya memang best la. pertama kali tengok, ulang tayang sekali lagi. lepas itu, saya bagi ummi saya tengok. dia kata bagus cerita nie. saya bagi along dengan aimin tengok. diorang siap gelak sengih2 pulak tue. tapi best juga. aimin siap ulang tayang part semasa geng abang aisyah sofea datang serang si saiful bukhari tue. ahha...menjadi sungguh watak masing2 dilakonkan. sampai kesukaan seorang diri .

cerita mengenai apa? ooowh. ini cerita tentang kau dan aku. tentang dia. tentang seseorang. soal hati jangan dipaksa. bila ditakdirkan dia untuk saya, hati itu insyaAllah akan bersatu untuk dijodohi. iye kan? cerita ini mengisahkan tentang seorang pelajar muslimin ingin mencuba untuk berkaple. untuk berpasangan. saiful bukhari bin muslim namanya. and then, dia try laa nak mengorat si aisyah sofea yang kononnya single. lalu cinta mula berputik...la la la. indah sungguh saat bersama, belajar bersama, makan bersama dan segalanya bersama. tapi cinta terhalang disebabkan oleh abang aisyah sofea tidak suka dengan hubungan dorang berdua. dan akhirnyaa....anda fikir sendiri ok apa jadi finally. saya tak nak cerita.


motif cerita ini - "Setiap cita2 dan impian bermula daripada mimpi. tetapi bermimpikan, bercita2kan sesuatu benda yang salah, tak patut. cita2 nak kaple, tak perlu kot. Semua orang diberikan fitrah untuk berpasang2an, memang kita suka untuk berpasang2an. tapi akan sampai masanya kita berpasangan. Biarlah cinta itu untuk isteri / suami kita sahaja..."

takda sambungan ke cerita ini? nak tengok sekali lagi laa...em. kredit for fahmi too.

0 komen sahaja:

Post a Comment