Thursday, November 18, 2010
pengorbanan
saya baru tergerak hati ingin wish "selamat hari raya aidiladha" pada kali ini. so, kepada semua umat Islam yang meraikan hari raya aidiladha - selamat berkorban, selamat berkorban, dan selamat berkorban :D
sudah dua hari berlalu, raya tetap diraikan bersederhana. lembu dan kerbau tetap ditumbangkan seekor demi seekor. semangat masing-masing untuk menghabiskan daging korban yang ada di rumah tetap diteruskan * jugaaaaaaaa hingga ke cebisan yang terakhir. hikhik terpaksalah kan, kalau tidak membazir aje
raya tetap raya. tetapi raya aidiladha ini situasinya amat berbeza tau. tidak sama dengan raya aidilfitri. kalau tengok ejaannya pun memang dah lain sangat-sangat op. hehe
aidiladha : lagu raya
"Pulanglah berhari raya...begitulah harapan ayahanda"
haa'ah. saya sudah lupa lirik seterusnya. saya memang tidak pernah hafal semua lirik-lirik lagu gini. kalau lagu nasyid, konfim saya excited lebih sikit. hehe. ini lagu aidilfitri. semua orang pun dah pernah dengar lagu ini. tetapi saya tertanya-tanya juga, lagu aidiladha takda ke? teringin juga nak dengar lagu versi hari raya korban. mesti bertambah meriah suasananya, op :|
aidiladha : pengorbanan
soal lagu tidak penting mana pun. soal pengorbanan yang harus kita fikirkan sambil buat amal apa yang sepatutnya. kebiasaannya, apabila setiap kali on time 10 dan 11 zulhijjah, nilai erti pengorbanan di kalangan umat islam itu yang harus kita amik cakna sebenarnya. bukan senang untuk kita melakukan pengorbanan. asal sahaja niat pertama kita dah setting mahu buat baik, tiba-tiba datang si polan itu suruh kita buat jahat sikit jeh. adushh hati kita pun dah mula berbolak-balik jadinya. masyAllah - begitu banyak godaan nafsu dan mainan akal yang berada di sekeliling kita ini. itu sebab umat Islam harus kuat untuk melakukan satu pengorbanan. tidak kiralah pengorbanan berbentuk material, persahabatan, keluarga dsb.
aidiladha : daging
ooh, bila dapat makan daging, mahu lupa habis segala penyakit darah tinggi yang dihadapi kan. yang terlantar boleh bangun tegak disebabkan terliur akan daging yang gebu-gebu gitu. hehe mengarut loor. biasanya seekor lembu atau kerbau yang dijadikan korban akan dibahagikan kepada 7 bahagian. bila dah dapat bahagian daging masing-masing, semua pakat berebut nak sedekahkan kepada si A, si B, si C, si D sampai lah si Z.
kemudian ada pula jiran kita bagi lagi daging pada kita. alhamdulillah rezeki daging korban biasanya berlebihan sokmooo. sampai kan mak kita pun dah pening nak masak lauk apa lagi ek - masak singgang sudah, goreng pun sudah, buat gulai, rendang, tumis pun puas sudah. akhirnya masuk tong sampah juga kadang-kadang op. ishh2 janganlah sampai ada pembaziran sebegitu rupa.
itulah ia - "pengorbanan tidak pernah akan habis". so, renungkan dan selamat beramal _(',')_
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen sahaja:
Post a Comment