Monday, November 22, 2010

hati harus tenang, ok :0


alhamdu lillahi rabbil a'lamin

saya terasa rajin ingin menaip di sini. padahal tidak tahu sebenarnya mahu menulis mengenai apa pada waktu petang begini. sedang mencari sedikit ilham sesudah usai menjalani peperiksaan akhir semester sebentar tadi. kertas pertama peperiksaan saya, iaitu subjek perlombongan data (data mining). lega sedikit sebab this is a very tough subject for this sem!

haha. tidak tahu la apa yang saya jawab tadi. ada yang konfius, ada yang konfiden. apa pun - segala puji bagi Allah s.w.t . saya berserah sahaja bagaimana keputusannya nanti, insyAllah moga DIA akan menjanjikan yang terbaik untuk semua.

(imbas kembali beberapa minggu sebelum hari ini...)

sekejap sahaja cuti tiga minggu di rumah dihabiskan begitu sahaja. nah, sekarang sudah kembali lagi ke kampus ini. bagi saya lah, seronok sungguh bila kembali menjadi seorang pelajar. sebab apa? kalau di rumah, simptom malas belajar biasanya menguasai segala-gala. saya lebih suka melayan kerenah adik kecik saya daripada menghadap buku-buku nota. hehe. biarlah semua nota-nota subjek saya angkut bawa balik ke rumah juga. kononnya mahu stadi di rumah, tapi hasilnya - kosooonggg! ish2 memang amat malas jadinya

saya memang tidak akan stadi kalau stay di rumah lama-lama. better saya stay every day cuti minggu stadi yang ada di hostel saja. sambil bertemankan laptop, pegang buku dan stadi, juga asyik dengar mp3. masuk la juga ilmu sikit-sikit op. hehe.

tetapi hati saya lebih betah untuk pulang ke rumah juga. rindu nak mandikan amrina, nak tukar pampers dia (saya seorang saja yang rela buat ini, hikhik), buat susu amrina, bawa dia jalan-jalan pusing taman chukai indah dan semuanya la. yang ini memang saya suka.

love it, ummuahh :0


saya terpilih lagi lorr. dengan rasmi saya dan beberapa rakan kelas saya dikerah mengikuti kursus kebolehpasaran graduan di hulu terengganu. yang ini i didn't love it. hukhuk sedih. beberapa hari cuti semester saya harus dikorbankan begitu sahaja. mintalah masa hari kejadian, tidak ada hujan terlalu lebat. takmau lah banjir di sana nanti op.

moralnya - "hadapilah semua ini dengan tenang dan redha selepas berusaha sebaik mungkin."

mulai harimu dengan bismillah. moga diberkati perjalanan hidupmu sehari-hari, ok :D

0 komen sahaja:

Post a Comment