Sunday, November 14, 2010

ana bil khair. wa alhamdulillah


Assalamualaikum semuanya. Harap sihat sokmooo yeeh, insyAllah

Senyum jeh saya memanjang malam ini :D Saya baru sudah menyaksikan secara live satu cerekarama yang agak kelakar dan best juga di tv3 tadi. A'ah memang kelakar, ada pengajarannya dan cukup membuat terasa orang-orang di sekeliling juga. hehe.


Ini pendapat peribadi saya sahaja. Orang lain maybe pendapat mereka berbeza. Jika saya kata ini adalah A, akan ada yang kata itu B. Jika saya fikir positif, ada juga fikiran negatifnya. Masing-masing tidak akan mahu mengalah seadanya. Cas magnet yang kadang-kadang tidak disedari ini biasanya akan selalu menarik perhatian kita saban waktu. Iye kan

Jadi - senyuman ukhuwah itu penting tau!

Oh ya, berbalik kepada cerekarama tadi, ceritanya lebih kurang begini alkisahnya :

"Arman (pelakon Nabil Raja Lawak) suka betul cakap besar. Jika 10 patah dia cakap, tidak sampai satu patah perkataan sahaja ayatnya yang memang sahih betul. Yang lain semuanya tipu semata-mata. Arman juga suka cakap standard gred A++. (kawan2 dia kata) hehe. Dia canang pada semua kawan-kawan dia tunangnya seorang model (dilakonkan oleh Ayu Raudhah). Nasib baik la si Ayu baik jeh kan. Sanggup tolong Arman pinjam duitnya dahulu untuk majlis perkahwinan mereka. Seterusnya...dunia akan terbalik kot. haha. Berubahlah sikap Arman akhirnya sebelum diijabkabulkan bersama pilihan hatinya"

Tajuk cerita "Semuanya Nak 'A' je". Mula-mula baca macam pelik juga. Tidak pernah saya tengok tv dengan bersungguh2 sebelum ini. Kalau sesiapa yang perangai dia betul-betul macam si budak Arman tengok cerita ini tadi, rasanya boleh jadi insaf terus automatik op. Mahu terbalik dunia ini kot. haha..this story is so goood la. saya suka sebab ada pengajarannya :P

Itu lain cerita. Cerita tidak real dalam tv sahaja kan. Saya pun ada cerita juga. Cerita saya ini betul punya. Bukan cerita sangat pun, cuma luahan perasaan jeh. Inilah ia kisah fantasia romantika bulan madu di bulan November. A'ah..iye lah sangat, op

(jangan percaya ini cerita. takda makna dan tidak ada kaitan dengan anda langsung tau :P)

Saya sudah tidak sabar ingin kembali lagi ke kampus. Eh, orang lain ada juga perasaan ingin balik selalu ke kampung halaman. Saya terbalik pula kisahnya. Itulah pasal, selagi final exam untuk semester ini belum bermula dan finish yet, saya tidak akan berdiam diri dengan selesa. Semakin banyak sangat benda yang bermain di fikiran saya sekarang. Jujurnya - saya sudah sedikit tertekan dengan keadaan sekeliling.

- I am so depressed. I am little frustrated. I am quite nervous -

Sesungguhnya ketahuilah - dengan mengingati Allah S.W.T itu, akan tenang dan tenteramlah hati manusia.

MasyaAllah begini mudah ayat yang telah Allah S.W.T bagi pada kita untuk dipraktikkan. Pokok pangkalnya adalah bermula daripada hati juga. Saya harus dimotivasi dengan lebih lagi agaknya selepas ini.

"Hati ini hancur dan luluh keranamu...ooh" hukhuk. I am so frustrated lorr
:(

0 komen sahaja:

Post a Comment