Thursday, November 11, 2010

exam dekat dah :D


Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada hari ini. saya pun ada seorang adik. adik lelaki bongsu dalam famili besar saya. namanya aimin. dia pun salah seorang calon UPSR 2010. saya kata pada dia - "kakak bangga dengan aimin. bagus dah
result awak tue, ok".

so, alhamdulillah banyak-banyak la - ini hasil usaha dia sendiri. walaupun selalu kena sound dengan abah sebab suka main-main and tak mahu study. oh, lupa nak tanya semalam, aimin nak hadiah apa ye? rasanya banyak dah kakak belanja aimin macam-macam, op

(padahal saya memang dah tahu dia takkan baca blog saya ini. rela dia buka website bola 24jam daripada menghadap tulisan kakak dia yang perasan ini op.) haha :D

dia sudah selesai dengan peperiksaan besarnya. lega lah sikit op. saya pula yang semakin takut menghadapi final exam saya untuk semester ini. dekat dah tarikhnya, tidak sampai 2minggu dari sekarang. ohh. berdebar sangat-sangat. "Ya Tuhan - tolongi aku. Rahmati aku. Lindungi aku jua.."


Kalau nak diikutkan perasaan takut tiap kali tiba time exam, memang wajib ada dalam diri setiap pelajar. Tidak kiralah kursus apa pun yang mereka ambil. Tidak terkecuali saya juga - nama sahaja pelajar Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian), tetapi saya amatlah tidak terror langsung dalam komputer. Banyak sangat-sangat ilmu berkaitan bidang ini yang saya memang tidak tahu. Orang cakap "failed terus laa op". hehe

Kesimpulan dia - Jagalah hati. jangan kau kotori. Jagalah hati. Cahaya Illahi! Dengan ini, senang lah ilmu itu akan diterima oleh kita.


Ok. stop di sini. I've got to go first. Saya mahu berjalan kaki ke kedai. Teringin makan popia crab stick la. Nak masak sendiri nanti.

Sekian, ma'assalamah. Senyum-senyum selalu yeeh :P

2 komen sahaja:

  1. tahniah untuk adik akak ! =)

    tahun depan adik saya pulok ..

    ReplyDelete
  2. terima kasih, zqah. good luck untuk adik yeeh :D

    ReplyDelete