Wednesday, November 10, 2010

Dunia adalah ladang akhirat.


Assalamualaikum W.B.T pembuka bicara yang mulia.

Sebelum baca celoteh saya ini, cuba exercise kan sedikit mulut anda, ikhlaskan hati dan kira bilangan 1..2..3 senyummm la, ok, haha :D

"Dunia Adalah Ladang Akhirat"

- Jadi isilah ia dengan amal kita yang sebaiknya di sisi-NYA, insyAllah -

Kita mulakan tugas dan kerja kita pada hari ini dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim. Juga tidak dilupa kalimah yang mulia Alhamdulillah. Syukur kerana kita masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan seharian kita seperti biasa.

"Peluang yang ada jangan disia2kan begitu sahaja, ok. Jika dihitung selama mana kita bernafas di bumi pinjaman Allah S.W.T ini, setiap saat dan waktu, pasti ada sahaja peluang yang DIA telah bagi pada kita. Mungkin kita kadang-kala kurang cerdik untuk menggunakan peluang yang ada, kan :D"

Oh. Maaf pertamanya. Saya tidak tujukan ayat ini kepada sesiapa. Termasuklah saya juga, banyak sangat benda yang saya selalu gagal untuk mendapatkannya. Tidak kira lah di dalam pelajaran, hubungan dengan-NYA, hubungan sesama manusia, kasih sayang, persahabatan dan sebagainya. Bila sahaja kita kecewa, terus kita marah-marah pada Pencipta-NYA.

MasyaAllah, mana boleh kita bertindak begitu. Kerana sejak dari awal lagi, Tuhan telah menetapkan setiap tindakan kita dengan tatacara dan peraturannya yang tersendiri dan mengikut syariat yang ada di dalam kitab suci Al-Quran. Yang kita menafikannya, kenapa op?

P/s : Jadi - beringatlah selalu. Saya kena hati-hati sokmo la nampaknya, kan. hehe :0

0 komen sahaja:

Post a Comment