Monday, June 28, 2010
standard pemain kami harus taat pada Allah.
gooooooooolllllllllllll. itulah dia jaringan yang telah dijaringkan oleh pasukan dari negara ----
sekarang ini musim piala dunia. musim world cup. musim cawan dunia. di mana-mana pun orang asyik sangat bercerita. sampai terangkat-angkat kaki dan kanan masing-masing. iye lah. mahu menerangkan apa yang dilihat setiap hari kan. hehe. boleh dikatakan tidak mengira tempat dan masa. dan tidak mengira peringkat umur dan jantina juga.
saya pun nak juga stori mengenai bola ini kan. tetapi dalam versi yang berbeza. sebab saya tidak minat langsung pada bola. minta maaf, jangan tanya saya apa dia bola. konfim saya tidak boleh jawab.
saya jumpa satu artikel menarik. see ini
Jurulatih Pasukan Kebangsaan Mesir, Hassan Syihata mengesahkan bahawa mereka akan memilih pemain berdasarkan etika pemain (akhlak) dan ketaatannya kepada Allah s.w.t. tanpa perilaku yang baik meskipun mereka berpotensi mereka tetap tidak akan dipilih sebagai pemain kebangsaan.
"Saya selalu mencuba mencari orang yang akan diberi jersi pemain kebangsaan Mesir berdasarkan perilaku dan ketaatannya terhadap Tuhan mereka."
Dia mengatakan bahawa ini telah dibuktikan oleh pasukan bola sepak Mesir yang dapat mengkombinasikan pemain baru dalam satu pasukan sehingga boleh mengalahkan Nigeria dengan tiga gol pada Piala Afrika.
"Hari ini membuktikan kebenaran kata saya, ketika saya memilih pemain yang berakhlak baik."
Mengambil contoh pada Muhammad Zidan, penyerang Mesir yang juga bermain untuk Borussia Dortmund Jerman, Syihata berkata :
"Muhammad Zidan sebelum ini tidak solat, saya kurang suka dengan akhlaknya dan dia menjauh dari kami, namun ketika saya bertemu dia sebelum melawan Brazil di Piala Konfederasi, saya kemudian memujuk dia untuk solat dan saya jelaskan tentang solat kepadanya - kerana hal tersebut sesuatu yang penting bagi umat Islam, dan sejak hari ini dia melaksanakan solat secara teratur."
Anggota pasukan bola sepak Mesir yang lain selalu melaksanakan solat pada waktunya, dan jika mereka sedang dalam latihan, mereka akan berkumpul di padang atau di ruang salin pakaian untuk melaksanakan solat berjamaah dan setelah itu akan kembali berlatih lagi.
Jiwa beragama (religious) dalam diri para pemain bola sepak Mesir tidak terlepas dari banyaknya pengaruh pemain bintang pasukan Mesir iaitu Muhammad Abu Trika dalam hal akhlak dan kesopanan sewaktu berinteraksi dengan seluruh pemain. Trika selalu menjaga solat subuhnya dan memberikan kesedaran kepada para pemain di dalam kumpulannya di kem latihan agar selalu melaksanakan perintah agama yang wajib seperti solat dan tidak lupa membaca Al-Quran.
Setiap kali Abu Trika berjaya menjaringkan gol, maka dia akan segera bersujud syukur. Ini juga yang dilakukan oleh Abu Trika sewaktu bertanding melawan Pasukan Kebangsaan Congo pada bulan September 2008 yang lalu di Stadium Nasional di Ibu Kota Congo, Kinshasa. Aksi di luar kebiasaan pemain bola tersebut telah menyebabkan Mufti Congo, Syaikh Abdullah Mangala Luaba memberikan respons yang positif. Dia sangat bahagia dan senang melihat aksi sujud syukur Trika setelah menjaringkan gol.
Mufti Congo tersebut menyatakan bahawa sujud syukur yang dilakukan oleh Abu Trika merupakan salah satu penyebab semain ramai warga Congo yang masuk Islam. Subhanallah!! Mufti Congo mengatakan :
"Kesan sujud Abu Trika dan rakan-rakan pasukannya sebagai sujud syukur kepada Allah s.w.t setiap kali menjaringkan gol selama pertandingan kumpulan dengan pasukan-pasukan Afrika vs Mesir telah menyebabkan rasa ingin tahu yang mendalam bagi peminat bola sepak di negara kami, apa maksud dari sujud tersebut?"
Dia menambah :
"Didorong rasa ingin tahu yang tinggi, mereka datang kepada kami dan meminta kami menjelaskan mengapa hal ini dilakukan oleh pasukan Mesir dengan bersujud sewaktu selesai menjaring gol. kami menjelaskan kepada mereka bahawa itulah sujud syukur kepada Allah Yang Maha Esa agar para pemain selalu mendapat berkat dan rahmat. Islam menganjurkan hal itu, mereka akhirnya banyak bertanya tentang Islam dan Syariah, dan kami jelaskan hal itu semua kepada mereka sehingga ramai di antara mereka akhirnya menerima ajaran Islam dan masuk agama Islam."
petikan daripada Ahmad Johari b Mohamad - Warwick University
Kategori :
hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen sahaja:
Post a Comment