Wednesday, June 30, 2010

mudahkan pernikahan.


Pertama - Jangan terlalu mementingkan sama level pendidikan. apabila ada lelaki yang baik ingin melamarmu, maka pertimbangkan lah dengan memohon petunjuk dari Allah s.w.t. jangan terus menolak tanpa memohon petunjuk dari-Nya. Mohonlah pada Allah s.w.t :

" Wahai Tuhan yang pengasih, berilah aku petunjuk, jika lelaki ini baik bagi dunia dan akhiratku, maka permudahkan lah urusan pernikahan ku dengannya, bukakan lah hati kami agar sentiasa berkasih sayang."

Kedua - Berbincanglah dengan ibu bapa yang terlalu mementingkan
material, jangan meminta wang hantaran terlalu tinggi. jangan kata zaman sekarang harga barang mahal, maka wang hantaran mesti ikut harga semasa juga, kerana harga muslimah yang berkahwin lebih mahal lagi dari harga barang-barang.

shhh..masih boleh berunding lagi kan?

Ketiga - Walimah itu memang perlu dibuat, namun bersederhana sahaja, yang penting menjamu makanan sekadar termampu, tidak perlu hingga menyewa tempat yang
grand dan memberikan cenderahati yang mahal tapi tiada ertinya kepada tetamu. keberkatan itu harus ada.

Rasulullah memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik adalah yang terendah. sabda Rasulullah s.a.w :

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah saw lagi :

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Bersabda Baginda lagi :

“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja ; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumahnya. setengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham).

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya :

“Tiada berkahwin Rasulullah s.a.w dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat Al Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. contohnya ayat dalam surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki. akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam.

hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan. kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.


- Sampaikanlah apa-apa yang datang dari ku walaupun hanya satu ayat.
(daripada hadis riwayat bukhari).


0 komen sahaja:

Post a Comment