Tuesday, June 8, 2010

musim cuti sekolah adalah musim perkahwinan.


cuti sekolah dah bermula. sudah masuk hari ke-lima. bila time budak-budak mula bercuti sahaja, yang umur sedang-sedang sebaya dengan saya ini ramai sungguh yang mahu melangsungkan perkahwinan dengan pasangan masing-masing. saya tumpang happy untuk pihak mereka semua. nanti bila saya kahwin, harap-harap mereka pun akan mendoakan kebahagiaan saya juga.


perkembangan terkini saya dalam beberapa hari ini. actually saya telah ke pulau pinang pada hari sabtu dan ahad yang lepas. memenuhi undangan keluarga sepupu saya yang mahu bertunang dengan anak dara di sungai dua, pulau pinang. hehe..jauh sungguh perjalanan ke sana. kami bermalam di kondominium mutiara di permatang pauh.

semua perbelanjaan telah disupport oleh sepupu saya. duit minyak sahaja yang tidak berapa cukup untuk menampung kereta enova yang abah drive. separuh lagi abah kena top-up duit sendiri. banyak juga dia berhabis untuk majlisnya sendiri. apa pun, tahniah ye
saudara pidah. moga majlis kahwinnya nanti akan diberkati-Nya dan juga berbahagia dengan tunang tercinta.

beberapa sahabat saya ada yang telah selamat diijabkabulkan. ada juga yang bakal disatukan. tahniah dari saya untuk
normi dan ghazali yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada minggu lepas. juga kepada sharifah nurul aina yang telah selamat bertunang dengan pilihannya sendiri. kepada wan umi insyirah dan izzat faisal juga, tahniah kerana akan diijabkabulkan pada minggu hadapan. begitu romantik anda berdua yehh. hehe

tidak lupa selamat berjihad di alam rumah tangga kepada sahabat zakiran mahmud dan sahibah sharifah nabihah syed khair. semoga diberkati oleh Allah s.w.t hendaknya selalu. begitu juga tahniah untuk sahabat anas (adik kak naimah). selamat untuk semuanya yang telah memilih untuk melaksanakan sunnah Allah s.w.t ini.

selamat juga untuk semua sukarelawan Malaysia yang telah selamat kembali ke tanah air. tetapi misi ini akan tetap diteruskan juga selepas ini. tidak akan ada istilah serik pada semua sukarelawan ini. begitu katanya ketua misi, Bro. Norazman bin Mohd. Samsuddin.

1 komen sahaja:

  1. Ahaks...thx lol chah...ko lak bile nk smpai seru nih??...hehe...

    ijax & umi ^^,

    ReplyDelete