Wednesday, May 5, 2010

Keletah si Amrina Debeb.

Salam dari Malaysia. Untuk adik saya di Alexandria...

Macam biasa, gambar amrina yang terkini berusia 8 bulan saya postkan untuk Dr. Syirah...Gambar ini dirakamkan menggunakan webcam laptop saya. Amrina marahh sungguh apabila dipakaikan tudung saya yang comel ini. haha...

Inilah keletahnya si Amrina debeb.






"Perhimpunan Perdana Palestin."



Kali ini saya nak cerita lagi pasal isu Palestin.

Satu Perhimpunan Perdana Palestin akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 08 hb Mei 2010 ini bermula pada jam 5.00 petang

Kepada siapa-siapa yang ingin memberi sumbangan sambil berhibur secara amal, boleh berbuat demikian secara terus semasa Perhimpuan Perdana Palestin ini. Masuk adalah percuma. Persembahan nasyid dan tayangan video amal juga akan turut diadakan.

Jadi apa tunggu lagi. Bila lagi kita nak buat amal kan?

Alhamdulillah, pada minggu lepas - telah diadakan Majlis Makan Malam Amal Untuk Palestin yang diadakan di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Keluarga saya turut hadir memberikan sokongan. Untuk ke majlis ini, setiap individu dimestikan membeli satu kerusi dengan harga RM100 (satu meja makan berharga RM1000 dan menempatkan 10 biji kerusi) sebagai sumbangan untuk Tabung Haluan Palestin.

Saya pernah buat entri mengenai sumbangan untuk LIFELINE FOR GAZA di mana sumbangan yang dikutip ini digunakan untuk membeli barang-barang keperluan untuk rakyat Gaza di sana. Dan semua barang-barang ini akan dihantar melalui jalan laut dengan menggunakan kapal di bawah ini sebanyak 20 buah dari seluruh negara.

Kapal-kapal ini akan bergerak dari negara Turki bermula 03 hb Mei 2010. Tetapi 2 buah kapal yang dibeli oleh Malaysia (digerakkan oleh NGO Haluan Palestin) akan bergerak pada 10 hb Mei 2010. Boleh baca di sini.

Ini lah kapal yang akan bergerak ke Palestin.

Saya turut tertarik untuk berkongsi dengan pembaca blog ini beberapa keping gambar yang menggambarkan keadaan rakyat Gaza yang hidup dalam keadaan terkurung dan terpisah dari dunia luar. Mereka dipisahkan dengan tembok-tembok yang telah dibina oleh askar Israel yang begitu kejam menindas umat IslamPalestin.






P/S : Saya harap satu je. Moga kaum Yahudi dilaknat Allah S.W.T...

Tuesday, May 4, 2010

Terima kasihhhh untuk fazreen.


Terima kasih saya ucapkan kepada cik Fazreen Jalal.

Kerana telah menganugerahkan award lagi kepada saya. Lihat di bawah ini, cantikkk ke?

Arahan seterusnya.

1. Buat entri mengenai anugerah ini
2. Ambil ini gambar dan poskan di entri blog anda yang seterusnya.
3. Ucap terima aksih kepada pemberi anugerah ini dan jangan lupa pautkan kembali nama blog pemberi tersebut.
4. Senaraikan penerima seterusnya : dindang, haziqah senior, eda senior dan doktor insyirah

Terima kasih.

Sunday, May 2, 2010

Sila tag diri anda selaku pembaca blog ini.

Gambar ini diambil sebagai kenangan semasa Program "Sehijau Bumi Tuhan" di mana saya selaku pelajar Projek Khidmat Masyarakat telah jalankan pada semester baru-baru ini.

Dan inilah hasilnya pokok yang telah saya dan rakan-rakan tanam. Dengan hanya menggunakan tangan tanpa peralatan tambahan lain.

ooohh...betapa nikmatnya menanam di tengah panas kan.

Pesanan ringkas dari saya **

Saya ingin membalas tag yang telah dikirimkan kepada saya oleh saudara Dindang.

Syarat-syaratnya ialah :

1. Pergi kepada fail Gambar2 anda. Pilih Fail yang ke-8 sahaja

2. Pilih gambar yang ke-8 sahaja.

3. Ceritakan mengenai gambar itu dan masukkan bersama entri seterusnya

4. Kemudian, cabar rakan2 anda untuk melakukan perkara yang sama anda lakukan sekarang.

Tag seterusnya saya anugerahkan kepada : khuzaimah, Una, madihah

dan siapa yang rasa nak amik tag ini..sila kan lah. Saya benarkan...

P/s : Dari Allah S.W.T kita datang dan kepada-Nya jua kita kan kembali.

Bekerja Biar Ikhlas Kerana-Nya.

Semangat untuk mengupdate blog bermula lagi. dari sekarang. yehh...ngeh2

Sejak beberapa minggu sebelum ini, saya memang teramat runsing memikirkan peperiksaan akhir semester yang sedang berjalan. Alhamdulillah sekarang, perasaan itu sudah saya kuburkan. Cuma nak menantikan keputusan peperiksaan yang akan diumumkan dalam masa 1 bulan dari sekarang.
Saya mahukan yang terbai
k dalam hidup. Terbaik untuk segala2nya.


Tapi...kadang2 apa yang kita mahukan terbaik, kita kena lah jadi yang terbaik dahulu. Tak nak laa asyik2 nak orang yang buat baik dengan kita kan. Kita nie bila lagi? haa....itulah tepuk hati, tanya iman yang pasti apa yang kita hendak sebenarnya.


Kelmarin hari untuk meraikan para pekerja kita di serata tempat...


"SELAMAT HARI PEKERJA pada 01 hb Mei 2010."

Kepada Abah, Along, Abang, Adik, Kakak, Makcik, Pakcik, Uncle, Auntie, W** (ehe) dan kesemuanya yang telah tekun melaksanakan kerja dengan sepenuh ikhlas kerana Allah S.W.T semestinya...Kita datang dari-Nya dan akan kembali jua kepada-Nya. Entah bila, itu sudah pasti akan ada harinya...


Moga rahmat dari-Nya sentiasa dilimpahkan ke atas diri-Kalian semua.

InsyaAllah.
Dan harap2 Doakan kejayaan saya dunia dan akhirat..

P/s : Saya kena bahagikan masa untuk mengemaskini blog ini dan juga blog yang satu lagi.