Hari ini sudah melangkah ke hari ke-14 kita berpuasa. pejam celik pejam celik sekejap sahaja lagi bulan ramadhan ingin berlalu meninggalkan kita lagi. nah - cuba kita fikirkan, apakah amalan yang kita amalkan sepanjang bulan rahmat ini?
sudah ingin berubah kah kita ke arah insan yang lebih baik, insyAllah. bersediakah kita ingin menjadi sebaik-baik ciptaan Tuhan yang lebih terarah arah tujunya? A'ah. mari kita fikir bersama-sama, ok. semoga keberkatan yang ada kita manfaatkan setiap saat kita bernafas di atas muka bumi milik-Nya ini
segala puji kepada pencipta-Nya kerana hari semalam merupakan kenangan terindah yang saya dapat rasai bersama rakan-rakan saya. iye lah, kami masih lagi berpeluang berbuka puasa secara berjamaah di restoran warisan nil di area banggol air lilih. puasa kami di luar yang pertama kalinya untuk tahun ini. terima kasih di atas kesudian 2 orang driver kami yang mantap dan advance sokmo. hehe
oh ya - semalam berbuka puasa di luar berjamaah seramai 9 orang sahaja. malam ini pun saya ingin mengajak semuanya yang ada (pelajar fits dan nsc sahaja) untuk ke majlis berbuka puasa dan berjamaah solat maghrib, isyak dan terawih juga bersama-sama. wah, macam best jeh op
kalau dah best, join jeh la. konfim tidak akan rugi bagi umat Islam yang ingin membuat kebaikan demi mencari keredhaan dari Allah s.w.t....iye dop?
Ramadhan bulan ibadah, bulan kerahmatan dan keampunan,
para malaikat merendahkan sayap, untuk menghimpun pahala berganda,
ramadhan bulan puasa, bulan kesabaran dan keinsafan,
lapar dahaga mendidik jiwa, menundukkan nafsu, mengawal indera,
pintu syurga dibukakan, ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana, dihentikan azab di pusara,
bersyukurlah pada rahmatnya ya ramadhan,
dikurnia bulan yang dimulia,
bersyukurlah bagi mereka yang mendapat rahmatnya,
tiap satunya pahala ibadah, 70 ia digandakan,
10 akhir ramadhan dikurniakan, lailatul qadar malam yang terbaik,
diumpamakan seribu bulan.
_('-') (',')_

0 komen sahaja:
Post a Comment