Thursday, August 5, 2010

khabar iman


hari kelmarin dan hari ini - telah berlangsungnya Program Jualan Mega Lelong. anjuran fits lagi. oohh ini adalah event ke-dua kami selepas program penyembelihan ayam mengikut kaedah islam pada minggu lepas. Program lelong ini akan diteruskan lagi pada 09 hb dan 10 hb ogos minggu depan


iye, saya tumpang seronok dan gembira dengan exco mira fuat kerana gambarnya telah disiarkan di dalam surat khabar sinar harian edisi hari rabu, 03 hb ogos 010. mira telah berjaya mendapat cenderahati daripada pihak sinar harian. hehe. bestnya dan congrates for her

psst. tahniah juga untuk gadis terengganu. cik fatimah zaharah binti osman @ alias. salam sayang saya untuk beliau - jaga diri, jaga akhlak, cermin diri, hiasi peribadi. semoga menjadi muslimah sejati dunia akhirat insyAllah


hari ini dan semalam juga banyak sangat benda saya belajar. ada yang positif. ada yang negatif. yang baik saya sokong seratus persen. yang kurang berkenan saya tidak kata apa-apa. saya lebih suka bersikap diam dan memerhati keadaan semasa. everything is ok for me.

jika ada yang menganggap saya salah, just straight forward and tell me. i can accept it. manusia tiada yang terlalu sempurna di mata sesiapa pun. pasti akan ada kesalahan yang selalu dipertikaikan walaupun orang itu adalah kawan terbaik yang kita ada. yehh, it's right.

"ehh. aku ke dia yang salah."

"mung tak pandai buat, aku je pandai buat benda nie."

aiiik. boleh ke kita fikir begini?


realiti kita sebagai hamba-Nya di atas muka bumi ini hanya menumpang di bumi Tuhan yang cukup indah segalanya. terpulang pada diri kita ingin menjadi yang terbaik atau sebaliknya. pegang kata-kata kita adalah hamba-Nya yang dijadikan untuk mengabdikan diri kepada pencipta kita dan kepada-Nya jua kita akan kembali. entah bila kita tidak akan sedar

jadi - betulkan niat kita, jadi yang terbaik setiap hari, maafkan segala kesalahan semua insan yang berada di sekeliling kita, think positive always, jika kita boleh saling membantu apa yang patut, just do it.. insyaAllah disayangi oleh-Nya selalu

2 komen sahaja:

  1. tq letak pic i..hehe..nway tq 4 ur cooperation during the program sis!!

    ReplyDelete
  2. hehe. chayok farah. camat berpose yee

    ReplyDelete