saya tertarik untuk berkongsi sedikit rasa dan kata-kata daripada penceramah motivasi kita, iaitu Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. saya suka juga mengambil beberapa kata motivasi dan semangat daripada beliau ini yang suka mengkaji mengenai wanita. sehingga kan abah saya kata, beliau adalah seorang pakar motivasi hati wanita. hehe. iyeke?
"Orang cemerlang sentiasa mencari ‘emas’ dalam diri. Tuhan mencipta manusia dengan sempurna, tetapi kebanyakan orang tidak sedar akan kehebatan dirinya. Dengan mengenal diri secara mendalam, kita dapat menerobos sempadan diri."
wah. sedap kata-kata ini. sedikit terkesan di hati saya juga. in case di dalam setiap perbuatan harian kita, sebenarnya pasti ada adab dan tatacara yang tersendiri. mahu ikut sunnah? ya, itu sudah pasti. di mana-mana kita berpijak di bumi pinjaman Allah s.w.t ini, haruslah sunnah itu yang paling utama kita pegang dan ikut.
apa tatacaranya? see di antara tatacara yang Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah sarankan...
apa tatacaranya? see di antara tatacara yang Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah sarankan...
Pertama : Sebelum tidur
1. Sebelum tidur -maafkan semua orang tidak mengira siapa ~ insyaAllah, Allah s.w.t akan melipatgandakan rezeki kita semua.
2. Sebelum tidur - harus digalakkan berdoa dan bergantung kepada apa yang kita hendak.
3. Sepanjang tidur - otak akan berlegar pada kehendak kita itu dan insyaAllah, kita akan mempunyai tenaga dan semangat ke arah kehendak itu di esok harinya.
Kedua : Tatacara makan dan minum
1. Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam ~ ikut sunnah dan dapat pahala.
(*) jika dirujuk kepada pakar pemakanan, jumlah vitamin yang diperolehi daripada buah-buahan yang dimakan selepas waktu makan menghampiri 0%.
2. Jangan minum air semasa sedang makan. Minum air hanya selepas 15-30 minit selesai makan.
(*) Untuk minum, bagi tegukan yang pertama, biarkan air di dalam mulut selama lebih kurang 10 saat, baru telan. bagi tegukan yang kedua dan seterusnya boleh diminum terus. ini kerana air liur mengandungi 'enzim' yang boleh membunuh kuman di dalam 'pankreas', perut dan seterusnya. ini akan dibawa oleh air tegukan pertama tadi.
(*) Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib - ikut sunnah. Rasullullah s.a.w makan sebelum maghrib kecuali pada bulan Ramadhan sahaja iaitu semasa maghrib.
bagi mereka yang sedang belajar atau kanak-kanak, otak mereka ini akan berfungsi dengan cemerlang untuk menyerap ilmu kira-kira 2 jam selepas makan. oleh itu jika mereka makan pada pukul 8.30 pm, dalam pukul 10.30 pm baru mereka mula belajar dan biasanya hanya boleh bertahan hingga jam 12 am saja.
so means that, tidak banyak ilmu yang boleh dipelajari berbanding jika mereka makan pada pukul 6.30 pm. bangsa Cina kebiasaannya makan pada waktu ini. kita juga tidak akan tidur di dalam kekenyangan yang boleh menghindar dari membuat sembahyang malam.
Ketiga : Tatacara di bilik air
1. Selepas buang air kecil, berdehem 3 kali (teran sikit) ~ ini boleh mengelakkan daripada mendapat penyakit batu karang.
2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri - ikut sunnah kerana apabila kita mengiring ke kiri, perut akan tertekan dan senang untuk bertindak balas.
Keempat : Tatacara mendidik anak
1. Di antara tips untuk mendapatkan anak bijak atau genius, ajar anak atau bayi tidur mengiring ke kanan ~ kerana jantung yang terletak pada sebelah kiri kanak-kanak ini akan lebih “lapang”, “lega” dan mudah berdegup, yakni perjalanan darah menjadi lebih sempurna dan otak anak akan berkembang dengan pesat.
(*) Bagi anak-anak yang aktif atau 'hyper-aktif', kurangkan atau jangan pakaikan baju berwarna orange - kerana warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak. dia akan lebih nakal, sentiasa bersemangat waja dan menjadi exuberant.
Kelima : Tatacara mendidik diri sendiri
1. Amalkan apa-apa yang baik dan juga amalan-amalan baru selama 21 hari dan ke atas berturut-turut ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari terus menerus, akan menjadi tabiat. Kalau tidak, ilmu itu akan mati.
2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif - emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline, cortisone dan toxine secara berlebihan. Ini boleh membawa kepada beberapa penyakit seperti cepat letih, wajah cepat nampak tua, selalu sakit perut dan sebagainya.
terima kasih kerana berkongsi ilmu ttg motivasi ni
ReplyDeleteemosi sy menjadi positif lepas baca entry ni
alhamdulillah
:)
;) sama2 insyA
ReplyDelete