Monday, August 30, 2010

pakar motivasi hati


saya tertarik untuk berkongsi sedikit rasa dan kata-kata daripada penceramah motivasi kita, iaitu Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. saya suka juga mengambil beberapa kata motivasi dan semangat daripada beliau ini yang suka mengkaji mengenai wanita. sehingga kan abah saya kata, beliau adalah seorang pakar motivasi hati wanita. hehe. iyeke?


"Orang cemerlang sentiasa mencari ‘emas’ dalam diri. Tuhan mencipta manusia dengan sempurna, tetapi kebanyakan orang tidak sedar akan kehebatan dirinya. Dengan mengenal diri secara mendalam, kita dapat menerobos sempadan diri."

wah. sedap kata-kata ini. sedikit terkesan di hati saya juga. in case di dalam setiap perbuatan harian kita, sebenarnya pasti ada adab dan tatacara yang tersendiri. mahu ikut sunnah? ya, itu sudah pasti. di mana-mana kita berpijak di bumi pinjaman Allah s.w.t ini, haruslah sunnah itu yang paling utama kita pegang dan ikut.

apa tatacaranya? see di antara tatacara yang Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah sarankan...

Pertama : Sebelum tidur

1. Sebelum tidur -maafkan semua orang tidak mengira siapa ~ insyaAllah, Allah s.w.t akan melipatgandakan rezeki kita semua.

2. Sebelum tidur - harus digalakkan berdoa dan bergantung kepada apa yang kita hendak.

3. Sepanjang tidur - otak akan berlegar pada kehendak kita itu dan insyaAllah, kita akan mempunyai tenaga dan semangat ke arah kehendak itu di esok harinya.

Kedua : Tatacara makan dan minum

1. Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam ~ ikut sunnah dan dapat pahala.

(*) jika dirujuk kepada pakar pemakanan, jumlah vitamin yang diperolehi daripada buah-buahan yang dimakan selepas waktu makan menghampiri 0%.

2. Jangan minum air semasa sedang makan. Minum air hanya selepas 15-30 minit selesai makan.


(*) Untuk minum, bagi tegukan yang pertama, biarkan air di dalam mulut selama lebih kurang 10 saat, baru telan. bagi tegukan yang kedua dan seterusnya boleh diminum terus. ini kerana air liur mengandungi 'enzim' yang boleh membunuh kuman di dalam 'pankreas', perut dan seterusnya. ini akan dibawa oleh air tegukan pertama tadi.

(*) Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib - ikut sunnah. Rasullullah s.a.w makan sebelum maghrib kecuali pada bulan Ramadhan sahaja iaitu semasa maghrib.

bagi mereka yang sedang belajar atau kanak-kanak, otak mereka ini akan berfungsi dengan cemerlang untuk menyerap ilmu kira-kira 2 jam selepas makan. oleh itu jika mereka makan pada pukul 8.30 pm, dalam pukul 10.30 pm baru mereka mula belajar dan biasanya hanya boleh bertahan hingga jam 12 am saja.

so means that
, tidak banyak ilmu yang boleh dipelajari berbanding jika mereka makan pada pukul 6.30 pm. bangsa Cina kebiasaannya makan pada waktu ini. kita juga tidak akan tidur di dalam kekenyangan yang boleh menghindar dari membuat sembahyang malam.

Ketiga : Tatacara di bilik air

1. Selepas buang air kecil, berdehem 3 kali (teran sikit) ~ ini boleh mengelakkan daripada mendapat penyakit batu karang.

2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri - ikut sunnah kerana apabila kita mengiring ke kiri, perut akan tertekan dan senang untuk bertindak balas.

Keempat : Tatacara mendidik anak

1. Di antara tips untuk mendapatkan anak bijak atau genius, ajar anak atau bayi tidur mengiring ke kanan ~ kerana jantung yang terletak pada sebelah kiri kanak-kanak ini akan lebih “lapang”
, “lega” dan mudah berdegup, yakni perjalanan darah menjadi lebih sempurna dan otak anak akan berkembang dengan pesat.

(*) Bagi anak-anak yang aktif atau 'hyper-aktif', kurangkan atau jangan pakaikan baju berwarna orange - kerana warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak. dia akan lebih nakal, sentiasa bersemangat waja dan menjadi exuberant.

Kelima : Tatacara mendidik diri sendiri

1. Amalkan apa-apa yang baik dan juga amalan-amalan baru selama 21 hari dan ke atas berturut-turut ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari terus menerus, akan menjadi tabiat. Kalau tidak, ilmu itu akan mati.

2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif - emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline, cortisone dan toxine secara berlebihan. Ini boleh membawa kepada beberapa penyakit seperti cepat letih, wajah cepat nampak tua, selalu sakit perut dan sebagainya.

puasa tapi tinggal solat.


Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin -rahimahullah pernah ditanya :

“Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?”

Beliau rahimahullah menjawab :

“Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad."

“Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.”

(Qs. At Taubah [9]: 11)

Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

“Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.”

(HR. Muslim no. 82)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

“Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barang siapa meninggalkannya maka dia telah kafir.”

(HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa’i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)

Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma’ (kesepakatan) para sahabat.

Abdullah bin Syaqiq -rahimahullah- (seorang tabi’in yang masyhur) mengatakan,

“Para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat.”

Oleh karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.

Oleh sebab itu, kami katakan,

“Solatlah kemudian tunaikanlah puasa.”

Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasa mu akan tertolak kerana orang kafir (disebabkan meninggalkan solat) tidak diterima ibadah daripadanya.

[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]


Tuesday, August 24, 2010

ramadhan bulan ibadah.


Hari ini sudah melangkah ke hari ke-14 kita berpuasa. pejam celik pejam celik sekejap sahaja lagi bulan ramadhan ingin berlalu meninggalkan kita lagi. nah - cuba kita fikirkan, apakah amalan yang kita amalkan sepanjang bulan rahmat ini?

sudah ingin berubah kah kita ke arah insan yang lebih baik, insyAllah. bersediakah kita ingin menjadi sebaik-baik ciptaan Tuhan yang lebih terarah arah tujunya? A'ah. mari kita fikir bersama-sama, ok. semoga keberkatan yang ada kita manfaatkan setiap saat kita bernafas di atas muka bumi milik-Nya ini


segala puji kepada pencipta-Nya kerana hari semalam merupakan kenangan terindah yang saya dapat rasai bersama rakan-rakan saya. iye lah, kami masih lagi berpeluang berbuka puasa secara berjamaah di restoran warisan nil di area banggol air lilih. puasa kami di luar yang pertama kalinya untuk tahun ini. terima kasih di atas kesudian 2 orang
driver kami yang mantap dan advance sokmo. hehe


oh ya - semalam berbuka puasa di luar berjamaah seramai 9 orang sahaja. malam ini pun saya ingin mengajak semuanya yang ada (pelajar fits dan nsc sahaja) untuk ke majlis berbuka puasa dan berjamaah solat maghrib, isyak dan terawih juga bersama-sama. wah, macam best jeh op

kalau dah best, join jeh la. konfim tidak akan rugi bagi umat Islam yang ingin membuat kebaikan demi mencari keredhaan dari Allah s.w.t....iye dop?


Ramadhan bulan ibadah, bulan kerahmatan dan keampunan,
para malaikat merendahkan sayap, untuk menghimpun pahala berganda,
ramadhan bulan puasa, bulan kesabaran dan keinsafan,
lapar dahaga mendidik jiwa, menundukkan nafsu, mengawal indera,
pintu syurga dibukakan, ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana,
dihentikan azab di pusara,
bersyukurlah pada rahmatnya
ya ramadhan,
dikurnia bulan yang dimulia,

bersyukurlah bagi mereka yang mendapat rahmatnya,
tiap satunya pahala ibadah, 70 ia digandakan,
10 akhir ramadhan dikurniakan, lailatul qadar malam yang terbaik,
diumpamakan seribu bulan.

_('-') (',')_

Friday, August 20, 2010

suara harapan oleh raihan
















suara dari kejauhan
menangis merintih pilu
termangu-mangu di muka pintu
pada siapa saja
yang sudi mendengar

sebuah harapan
membawa khabar
tangisan si anak kecil
yang kesakitan
rintihan dari ibu ayah
yang sekian lama
menanggung derita

berilah harapan
taburlah budi
semaikan kasih
setulus budi
seikhlas hati
semurni nurani
buat semua insan di dunia

bersama harapan dan air mata
jangan biarkan terus basah di pipi
hulurkan bantuan dan pengorbanan
dari hati yang ikhlas
simpati tanpa nista

berilah harapan
taburlah budi
semaikan kasih
setulus budi
seikhlas hati
semurni nurani
buat semua insan di dunia

Thursday, August 19, 2010

andai kau di sisi


saya sangat-sangat rindu pada ummi saya dan adik debeb saya. 2 hari lepas saya mendapat khabar bahawa adik ditahan di wad hospital kemaman. kata nurul, adik demam panas. Ya Allah s.w.t - semoga adik kesayangan saya ini cepat sembuh dan sihat kembali. i miss u much-much, dear. sayang adik lebih tau


kerdipan bintang di langit memancarkan cahaya,
menerpa kehidupan yang bersungguh mengejar cita,
pernah ku mendaki gunung tinggi agar disanjungi,
meredah lautan yang luas untuk dipuja dan dipuji,
namun bila hilang semua di manakah saudara,
yang tinggal hanya helaian yang tiada pernah ku buka,



walau sejauh mana ku berlari tak mungkin sembunyi
apa yang di genggaman untuk ku tempuhi dan diuji
sejauh manakah keteguhan iman ku...

kaburnya pandanganku agar esoknya menunggu
namun pasti seandainya kau di sisi
hatiku tak tersendiri.
sejauh manakah keteguhan iman ku...

walau sejauh mana ku berlari tak mungkin sembunyi
apa yang di genggaman untuk ku tempuhi dan diuji
sejauh manakah keteguhan iman ku...

seandainya kau di sisi
hatiku tak sendiri
seandainya kau di sisi
hatiku tak sendiri.

Monday, August 16, 2010

shawlipop.blogspot.com


nama beliau farah aminuddin. salah seorang kawan lama saya di sekolah rendah dan menengah yang cemerlang serba-serbi. memang jauh berjaya jika dibandingkan dengan saya yang slow ini. hehe.


she is teacher to be
, insyAllah. i am very happy to her position right now. gambate farah!



and now kawan saya yang berjaya ini sedang berjinak-jinak di dalam online shopping pulak dah. wah, she is great. saya dengan berbesar hati mahu promosi kedai alam maya beliau ini yang

beroperasi di shawlipop
.


apa yang ada di sini? pelbagai jenis pilihan shawl yang menarik dan berwarna-warni. jangan baca sahaja, klik la di sini juga. hehe

farah - chah sudah menunaikan janji yang terpatri. semoga berjaya dunia akhirat di dalam segalanya. may God always bless you.

kepada semuanya - "selamat berpuasa dan selamat bersahur."

Thursday, August 12, 2010

fadhilat puasa ramadhan



Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syarie, uzur puasa seperti sakit serta dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km atau lebih. orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. pahala melakukannya tersangat besar,

sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

"sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."

(Rujukan : Al-Targhib II : 206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

"setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda.

Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :

"kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku"

Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi."

(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)


Wednesday, August 11, 2010

ahlan wasahlan ya-Ramadhan


ahlan wasahlan ya-ramadhan al-mubarak!

bulan mulia ramadhan kembali lagi. bulan ramadhan bulan rahmat bagi semua umat islam. alhamdulillah, hari pertama puasa pada tahun ini saya masih berkesempatan menjalaninya dengan sempurna. malam semalam ialah malam pertama tarawikh. saya juga sempat bertarawikh bersama ratusan pelajar-pelajar unisza dan orang luar di masjid unisza. terasa begitu besar rahmat dan cahaya ramadhan setiap kali tiba saat ini.

iyelah, siapa yang tidak mahu merebut peluang beribadah sekerapnya pada bulan yang terlalu mulia di sisi-Nya kan. even orang itu sejahat mana sekali pun, stop lah dulu niat tidak elok itu pada bulan ramadhan. minta hidayah petunjuk dari Allah s.w.t. harapnya selepas berakhir bulan berkat ini, semua niat jahat akan terhapus dan zerooo terus op


sumber di dalam internet mengatakan bahawa :

ibadat puasa adalah ibadah yang dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu maghrib).

ada banyak hikmah dan faedah puasa yang memang sudah sedia termaktub oleh-Nya :

1. menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

firman Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud :

"wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa."

(Surah al-Baqarah : 183)

2. memperolehi kesihatan jasmani dan rohani.

sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

"berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."

sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi :

"perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

3. sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas limpah kurnia nikmat-Nya yang tidak terhingga.

4. mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.


5. melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka.

6. membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi.

7. mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.

8. memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya :

"orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."


Thursday, August 5, 2010

khabar iman


hari kelmarin dan hari ini - telah berlangsungnya Program Jualan Mega Lelong. anjuran fits lagi. oohh ini adalah event ke-dua kami selepas program penyembelihan ayam mengikut kaedah islam pada minggu lepas. Program lelong ini akan diteruskan lagi pada 09 hb dan 10 hb ogos minggu depan


iye, saya tumpang seronok dan gembira dengan exco mira fuat kerana gambarnya telah disiarkan di dalam surat khabar sinar harian edisi hari rabu, 03 hb ogos 010. mira telah berjaya mendapat cenderahati daripada pihak sinar harian. hehe. bestnya dan congrates for her

psst. tahniah juga untuk gadis terengganu. cik fatimah zaharah binti osman @ alias. salam sayang saya untuk beliau - jaga diri, jaga akhlak, cermin diri, hiasi peribadi. semoga menjadi muslimah sejati dunia akhirat insyAllah


hari ini dan semalam juga banyak sangat benda saya belajar. ada yang positif. ada yang negatif. yang baik saya sokong seratus persen. yang kurang berkenan saya tidak kata apa-apa. saya lebih suka bersikap diam dan memerhati keadaan semasa. everything is ok for me.

jika ada yang menganggap saya salah, just straight forward and tell me. i can accept it. manusia tiada yang terlalu sempurna di mata sesiapa pun. pasti akan ada kesalahan yang selalu dipertikaikan walaupun orang itu adalah kawan terbaik yang kita ada. yehh, it's right.

"ehh. aku ke dia yang salah."

"mung tak pandai buat, aku je pandai buat benda nie."

aiiik. boleh ke kita fikir begini?


realiti kita sebagai hamba-Nya di atas muka bumi ini hanya menumpang di bumi Tuhan yang cukup indah segalanya. terpulang pada diri kita ingin menjadi yang terbaik atau sebaliknya. pegang kata-kata kita adalah hamba-Nya yang dijadikan untuk mengabdikan diri kepada pencipta kita dan kepada-Nya jua kita akan kembali. entah bila kita tidak akan sedar

jadi - betulkan niat kita, jadi yang terbaik setiap hari, maafkan segala kesalahan semua insan yang berada di sekeliling kita, think positive always, jika kita boleh saling membantu apa yang patut, just do it.. insyaAllah disayangi oleh-Nya selalu

dekat di hatiku


hatiku kembali tersentuh
membisik untuk pulang ke sana
di bayu pergunungan itu
di laman kedamaian kita

biar pun ku jauh di sini
namun tak pernah lupakan mu
itulah sebagai tandanya
tidak sesal sanubari ini

hanya kau yang amat ku sayang
andai kau dengar lagu ini
walau di mana dikau berada
yang hidup atau yang telah tiada

mengertilah wahai saudaraku
dikau lah yang amat ku rindu
yang ku sayang buat selamanya

tapi apa lah daya diriku
tak terucap lagi di bibir
walau air mata mengalir
ku tabahkan demi mereka
kerna ku tahu ku kan pulang jua

andai kau dengar lagu ini
walau di mana dikau berada
yang hidup atau yang telah tiada
mengerti lah wahai saudaraku
dikau lah yang amat ku rindu
yang ku sayang buat selamanya



"tidak akan sempurna iman seseorang itu, jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri."