Thursday, October 8, 2009

"Kata Madah Pujangga.Sejuta Helah Bermakna."

Di saat ini.Pada waktu begini, ku teringat kata madah pujangga.Entah dari mana, Chah pun dah lupa.Tapi kata2 ini agak berkesan jugak untuk panduan kita bersama.haha..Kata2 yang lebih kepada motivasi kepada diri sebenarnya.Dan tidak bermaksud apa2 pung tau!

"Hidup ini bagaikan Boneka yang dikawal Perasaan.Tapi kadang kala ia ditunggangi nafsu.Setiap apa yang Kita miliki haruslah kita sayangi, Kerana setiap yang kita Sayangi mungkin takkan dapat Kita miliki."

Lagi Madah.

"Kadang2 Kita tak sedar Orang yang Kita tak peduli Sayang Giler2 kat Kita.Kadang2 Kita tak sedar Kita terlampau Sayang kat Orang sedangkan Dia selalu sakitkan hati Kita.Dan Kita tak pernah sedar, Kita bukannya sempurna untuk mendapatkan Orang yang sangat2 sempurna dalam hidup Kita.Kerana Kita bukan siapa2 untuk buat Orang menyayangi Kita macam Kita Sayang kat Dia...Sebab apa? Sebab Kita hanya lah Seorang Hamba Allah s.w.t yang biasa."

Seterusnya.

"Bila Kita keseorangan, bukan Kita tidak berteman.Bukan jua bersendirian tetapi akal yang sejengkal itu Teman, Ilmu di dada itu Kawan, Iman yang kukuh itu Sahabat."

Ingatlah bersama.

"Adakala Kita perlu menangis supaya Kita sedar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa.Adakala Kita perlu ketawa supaya Kita dapat menilai betapa mahalnya setitis air mata.Adakala Kita perlu menghargai apa yang kita ada.Kerana selepas kehilangannya, baru kita menyedari bahawa berharganya Dia untuk Kita."

Akhirnya.Redha lah seadanya yee


"Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan.Tetapi hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu rahsia di dalamnya.Begitulah dengan kehidupan manusia, penuh dengan rasa riang dan ketawa, tapi hanya Allah s.w.t yang tahu rahsia kehidupannya.Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biar pun berjuta batu yang menghalang.Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, Kita akan sedar bahawa Allah s.w.t sentiasa bersamamu."

()*"()*"()
( 'o')'-' )
(,(")")")")

()*"()"")
( 'o'),' )
(,(")")")")

Did U hear what I had said just now?
I Say...jeng2
- GOOD NITE AND SWEET DREAM -

T------T

0 komen sahaja:

Post a Comment